Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 21, 2015

PKR : KERAJAAN NAJIB GAGAL..

 

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mahu kerajaan menghentikan dasarnya yang gagal mengurangkan harga kereta tetapi sebaliknya menyaksikan kenaikan harga kenderaan.


BN pada manifesto pilihan raya 2013 berjanji untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Menerusi satu kenyataan media, katanya, tidak seperti pembangkang yang mencadangkan pengurangan harga kereta dengan secara beransur-ansur dengan menghapuskan secara berperingkat cukai eksais yang terlalu tinggi, BN mencadangkan untuk berbuat demikian melalui "kuasa pasaran".

“Kerajaan Najib Razak harus mengaku sahaja bahawa dasar mereka telahpun gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami untuk mengurangkan harga kereta.

“Kegagalan kerajaan BN untuk melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada para pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat,” kata Nik Nazmi.

Kerajaan mendakwa harga kereta jatuh sebanyak tujuh peratus tahun lalu dengan keputusan pembuat kereta jenama asing memasang kenderaan mereka di dalam negara.

Bagaimanapun, perkembangan itu terjejas selepas pengeluar kereta mengumumkan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga berikutan nilai ringgit yang lemah dan telah kehilangan kira-kira 30 peratus daripada nilainya sejak awal tahun ini.

Nik Nazmi berkata UMW Toyota Sdn Bhd mengumumkan peningkatan sebanyak empat peratus dan 16 peratus masing-masing untuk model Toyota dan Lexus.

Menurutnya, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran bahawa mereka juga mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25 hingga 30 peratus.

Beliau berkata kenaikan harga kereta akan membebankan golongan muda sekarang yang dicengkam dengan pinjaman pendidikan dan perumahan.

mk

 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...