'coup de tat' dalam PKR ?
Catatan Umum
3 Oktober 2015
Sejak pemilihan di Kemaman dan keputusan penggabungan Parti Rakyat
Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional, fraksi atau kem dalam Parti
Keadilan Rakyat (PKR) sudah amat jelas. Ketika pemilihan era Kemaman dan
penggabungan jelas wujud kem Pro ABIM dan Kem bukan ABIM yang
menggunakan istilah Reformis.
Namun parti terus bergerak dengan PKR hilang beberapa tokoh antaranya
Anuar Tahir yang kemudian memasuki PAS (kini setiausaha Amanah).
Selepas itu melalui beberapa pemilihan mula wujud fraksi Azmin dan bukan
Azmin. Namun fraksi Azmin semakin menguat selepas keluarnya Anwar
Ibrahim dari penjara dan keluarnya Ezam dari PKR.
Namun atas semua itu PKR terus juga 'hidup' atas sokongan rakyat
walaupun hakikatnya mengalami pasang surut jentera dan kekuatan parti.
Banyak watak dilihat surut naiknya. Rafizi contohnya antara exco Pemuda
Keadilan Nasional yang meletakkan jawatan 'merajuk' senyap sebelum masuk
semula selepas pembebasan Anwar (tarikh yang tepat ialah setelah dia
dipujuk untuk menjadi antara pemikir menyiapkan isi ucapan Anwar dalam
debat minyak dengan Shabery Chik.
Pemilihan 2010 pula cheGuBard sendiri jadi 'mangsa' kerana dilabel Kem
Zaid Ibrahim yang dituduh agen Umno hanya kerana melawan Azmin. Selepas
dari ini che'GuBard ambil keputusan perlu punya platform luar kerangka
parti yang lebih kritikal dan bebas.
Pemilihan 2013 pula korbanya sangat besar iaitu Tan Sri Khalid yang tiba
- tiba dilabel agen Umno hanya kerana melawan Azmin Ali. Saifuddin
ketika itu walaupun melawan Azmin tetapi mungkin pengalaman politik dia
cekap mencerap dan pulih semula selepas kekalahan dan dilantik Pengarah
Pilihanraya bersama Nurul Izzah.
Sepanjang dari pemecatan Anwar dan terpenjaranya dia bukan sedikit
gerakan 'Reformasi' ini kehilangan guna tenaga tanpa berselindung kerana
pertembungan dan kerana Anwar mempertahankan Azmin Ali.
Ramai mengatakan Anwar sayang Azmin kerana Azmin setia ? Setiakah Azmin ?
Ramai tentu ingat bagaimana dia mengerakkan jentera budak - budak
mudanya menyerang keluarga Anwar selepas PRU lepas. Kerana Anwar tidak
tunaikan kehendak dia ingin menjadi MB Selangor, Anwar diserang tanpa
henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang
digunakan Umno kini ialah hasil ciptaan budak - budak Azmin. Azmin
menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik
cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri
hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden
namun semua tidak kena tindakan.
Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan
pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR
(dan PR) . Rekod menyatakan dia mengadap 'god fathernya' dahulu.
Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara
jelas dia menggunakan 'network' godfathernya untuk memalukan Azizah.
Namun semuanya tidak dikenakan tindakan.
Kini dia semakin menjolok mata apabila sebaik sahaja Wan Azizah
mengumumkan wujudnya Pakatan Harapan. Ramai menyambutnya dengan menghela
nafas lega kerana sekurang kurangnya wujud sebuah gabungan politik baru
(hentinya polimik politik pembangkang) untuk membawa harapan rakyat
namun Azmin dengan sombong menyatakan Pakatan Harapan tidak ada kena
mengena dengan Selangor. Maruah Wan Azizah diselamatkan Lim Guan Eng
apabila Pulau Pinang mengumumkan sebagai diperintah oleh Kerajaan
Pakatan Harapan.
Tidak dinafikan pengumuman Wan Azizah agak terlalu cepat dan ramai
mengatakan ia diatur oleh Rafizi dan pasukanya. Dalam hal ini tidak
dinafikan ia agak tidak tersusun, sidang meja bulat seharusnya
membincangkan dan mendapat in put tetapi ramai terkejut apabila sidang
meja bulat untuk mendengar pandangan namun Rafizi sudah ada keputusan
bagi mengikat semua agar bersetuju. Oleh kerana ini Ambiga keluar awal
dan ramai tidak selesa.
Kesempatan ini diambil pantas oleh Azmin dan kartelnya. Satu Pestisyen
telah dilancarkan untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik
semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Ia ditandatangani oleh
majoriti MPP PKR ini tidak pelik kerana majoriti MPP kini pro Azmin
dimana kerusi tersebut mereka perolehi dari pemilihan yang penuh
pertikaian.
Ini ialah coup de tat. Ini ialah usaha undi tidak percaya yang
dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Anwar terpenjara.
Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan U Turn dalam usaha Pakatan
Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka. Dia yang panggil sidang
meja bulat, dia yang umum laih - alih PKR sendiri tidak restui Pakatan
Harapan ? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke
atas Wan Azizah.
che'GuBard hanya memerhati dari luar selaku anggota seumur hidup tanpa
jawatan yang hanya baru dilepaskan penggantungan. Ini masa cabaran buat
Wan Azizah. Jika dia lepas cabaran ini maka dia akan jadi ahli politik
ampuh yang sebenarnya.
Kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan - kumpulan kecil yang
kecewa dengan keangkuhan Rafizi yang menjadikan Wan Azizah sebagai
perisai. Maka pasukan ini cukup besar... saya doakan Wan Azizah berjaya
sukses lepasi ujian ini.
Kepada MPP dan pengerusi hubungan yang bakal mengundi saya cadangkan
kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan
jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang
selebihnya bincangkan dengan baik.
Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak
panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam
dalam fatamorgana puji dan puja.
Kem Najib sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya
Umno terhadap najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri
berdepan dalam situasi lebih kritikal.
Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras !!!!
Sebelum lupa saja nak bagi tahu Azmin dan kamarul ialah antara MP yang
masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen mereka kepada Ketua Whip
Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya
pada PM.... berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer...
25 orang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan bantah keputusan Presiden Parti setuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.
Penandatangan Petisyen MPP Khas
1. Tian Chua
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari
untuk memahami latar jemput membaca
1. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/tahniah-lim-guan-eng-dan-ramai-terus.html
2. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/aduan-disiplin-ke-atas-yab-azmin-ali.html
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari
untuk memahami latar jemput membaca
1. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/tahniah-lim-guan-eng-dan-ramai-terus.html
2. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/aduan-disiplin-ke-atas-yab-azmin-ali.html
http://chegubard.blogspot.my/
pakatan harapan ada agenda tersembunyi akibat desakan amanah yg kecewa gila kuasa
BalasPadam