Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 19, 2015

PANAS!! : AKAN ADA LAGI PEMIMPIN UMNO MASUK PKR...

 Dr Muhammad Nur Manuty
IPOH - PKR Perak mendedahkan seorang pimpinan Wanita Umno Perak akan menyertai parti tersebut.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, dua bulan lalu.

“Saya tak berani nak jamin sama ada akan terjadi atau sebaliknya. Tapi Presiden ada hubungi saya dua bulan lalu dan beritahu ada seorang tokoh Wanita Umno Perak nak sertai PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang; Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari dan Bendahari PKR Perak, M A Thinagaran.

Muhammad Nur berkata, identiti sebenar pemimpin itu tidak akan didedahkan sehingga perkara berkenaan benar-benar berlaku.

“Mungkin pada ketika ini perbincangan dua hala sedang berlangsung antara Presiden dan pimpinan tersebut,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, PKR Perak telah melancarkan kempen RM26 bertujuan mengutip dana bagi memperkasa dan mengukuhkan parti.

Katanya, objektif kempen adalah untuk mendapatkan sumbangan kecil RM26 daripada rakyat di seluruh negara dan penderma tetap.

Menurutnya, kempen itu dijalankan secara intensif dalam tempoh enam bulan dan akan berakhir pada Mac 2016.

“Untuk makluman, kaedah menderma adalah melalui derma secara terus seperti jualan kupon atau ‘direct banking’ dan internet,” katanya.

Sementara itu pada sidang media sama, Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) mencadangkan Pakatan Harapan membuka penyertaannya kepada parti yang sehaluan termasuk Pas, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti lain dari Sabah dan Sarawak.

Muhammad Nur berkata, cadangan itu sebagai usaha memperkasa dan mengukuhkan lagi Pakatan Harapan yang dilancarkan sebelum ini.

“PKR komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik lebih kukuh dan inklusif.

“Oleh itu MPP akan meneruskan usaha-usaha untuk membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata, PKR akan terus komited dalam meneruskan perbincangan dan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

“PKR akan menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan penggabungan politik yang lebih luas,” katanya.

Menurutnya, semua parti pembangkang diminta menghentikan perbalahan di antara satu sama lain dan kembali fokus dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Semua parti pembangkang juga harus hormat perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain,” katanya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...