SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan
menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti
wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana
pelaburan strategik itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan
menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit
Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil
tindakan susulan.
"Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit
akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya
(laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).


