Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Oktober 17, 2015

AHMAD MASLAN KENA FITNAH...kikikikkikiki...

 image



Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berang, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sekali lagi menggunakan akaun Twitter palsu untuk mengeluarkan kenyataan dan mengaitkan dengan dirinya, bagi membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung isu kenaikan kadar tol.

Menerusi kenyataan palsu yang telah direka itu, Ahmad meminta pengguna kenderaan yang terjejas dengan kenaikan tersebut, supaya tidak lagi memandu kereta, sebaliknya naik kereta lembu, sekiranya tidak mahu membayar tol.

Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menjelaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Orang yang fitnah saya ini muflis idea. Rakyat pun dah tak percaya.

“Saya tidak pernah beri komen bodoh seperti disebut itu!” tegasnya menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Ketua Penerangan Umno itu sering menjadi mangsa Twitter palsu, terutamanya berkaitan kenyataan melibatkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Pada 1 Julai lalu, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengatakan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga petrol RON95.

Kenyataannya itu menjadi viral di media sosial, sebelum beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan itu.

trp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...