KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat penerbangan AirAsia akan menikmati tambang lebih murah berikutan pemansuhan surcaj bahan api bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pemansuhan surcaj bahan api tersebut akan dilaksanakan ke atas kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia, serta syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.


