Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Isnin, Jun 16, 2014

[ Isu MH370 ] Semakin Panas!!!, Kehilangan disengaja dan dirancang..

MH370: Kehilangan disengaja dan dirancang dakwa buku terbaharu
Misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
 
KUALA LUMPUR: Penulis buku dan juga seorang juruterbang pesawat komersial, Ewan Wilson menyifatkan kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah sebagai sesuatu yang telah dirancang dan disengajakan.

Wilson menulis perkara berkenaan bersama wartawan dari New Zealand, Geoff Taylor, di dalam bukunya yang bertajuk ‘Good Night Malaysia 370: The Truth Behind the Loss of Flight 370’ (Selamat Malam Malaysia 370: Kebenaran di sebalik kehilangan MH370).

Sebuah portal online United Kingdom, The Independent melaporkan salah satu kandungan buku tersebut adalah temubual bersama salah seorang saudara Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Di dalam buku tersebut, Wilson dan Taylor membuat kesimpulan mereka sendiri selepas menyiasat dan menganalisa laporan mengenai kehilangan MH370 yang dikatakan berunsur jenayah.

The Independent turut memetik kata-kata Wilson kepada satu laman portal berita di New Zealand, Stuff.co.nz yang berkata “Buat pertama kali kami memaparkan analisis terperinci laluan penerbangan yang luar biasa dan siapa yang dipercayai mengemudi pesawat tersebut sehingga ia menjunam di Lautan Hindi”

Taylor juga percaya pihak berkuasa terhutang untuk memberi ‘penjelasan mengenai kebenaran’ insiden MH370  kepada waris-waris 239 anak kapal.

“Demi waris dan keluarga penumpang kapal, kebenaran perlu diperjelaskan.

“Kami ada melawat balai perlepasan ketika kejadian, dimana ahli keluarga menunggu dengan penuh harapan. Tentu mereka berhak mengetahui kebenaran yang ditutup sekian lama” kata Taylor kepada Stuff.co.nz.

Taylor juga menambah “Apa yang terjadi kepada pesawat MH370 bukanlah satu kemalangan. Ia adalah sesuatu yang disengajakan dan dirancang dan ia tidak sepatutnya berlaku”.

Sudah masuk 100 hari, misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Teori kehilangannya makin hebat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 29 Mei menyimpulkan bahawa kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

Baru-baru ini, seramai tujuh keluarga waris penumpang pesawat MH370 turut menerima pembayaran pendahuluan berjumlah AS$50 ribu, daripada MAS. 
 
www.astroawani.com

Isnin, Jun 09, 2014

[ Isu MH370 ] Info Terkini dari Bekas Laksamana Negara.

KUALA LUMPUR 6 JUN : Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.

Imran Abd HamidTambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.

“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.

Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.

Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu “berakhir di Lautan Hindi”.
Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.

Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.

Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.
ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.

Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.

“Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?,” soalnya.

kd

Selasa, Mei 20, 2014

[ BERITA PANAS!! ] LAGI DESAKAN SUPAYA NAJIB LETAK JAWATAN BERKAITAN ISU MH370..


 




















Isu kehilangan pesawat MH370 dan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung insiden itu, kontroversi Raja Bomoh dan dakwaan perkauman mencetuskan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dari Seri Delima, RSN Rayer (gambar) mencetuskan kekecohan terhadap kelab penyokong Barisan Nasional (BN) apabila membangkitkan isu kehilangan pesawat dan menggesa Najib meletakkan jawatan ekoran kenyataan bercanggah yang dikeluarkannya.

"Terdapat kenyataan bercanggah dikeluarkan PM seperti beliau tidak berkata pesawat terhempas namun tamat di Lautan Hindi," kata Rayer, dan menambah meskipun dengan teknologi canggih, pesawat itu masih gagal dikesan.

Beliau berkata, pentadbiran Najib kini dipersoalkan dan beliau harus melepaskan jawatan. Rayer mengambil contoh perdana menteri Korea Selatan Chung Hong-won yang melepaskan jawatan selepas kritikan terhadap kerajaannya berhubung kemalangan feri yang meragut 300 nyawa.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang pada 8 Mac ketika berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN-Teluk Bahang) membalasnya, dengan berkata isu kehilangan pesawat merupakan masalah antarabangsa dan tiada negara terlibat dalam misi carian berupaya menemui apa-apa kesan pesawat.

"Adakah ini bermakna kesemua presiden dan perdana menteri negara itu juga perlu letak jawatan?" soalnya.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mendesak Rayer menggugurkan isu itu kerana ia masih menyakitkan buat keluarga dan kembali kepada topik perdebatan mereka berkenaan ucapan Yang di-Pertua negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Gesaan Speaker Datuk Law Choo Kiang juga tidak diendahkan Rayer sebaliknya meneruskan ucapannya berkenaan MH370. Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) turut mendesak Rayer untuk tidak menimbulkan spekulasi berhubung isu itu.

"Saya tidak menyalahkan Najib tetapi mendesaknya meletakkan jawatan untuk menunjukkan rasa bertanggungjawab bagi meyakinkan rakyat," katanya, dan menambah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut berkata seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.

Farid kemudiannya turut bertanya adakah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut meletakkan jawatan ekoran tragedi bot naga yang menyebabkan kematian lima pelajar dan guru pada 2010 dan Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) bertanya jika Lim perlu meletak jawatan kerana gagal menangani isu alam sekitar di Bukit Relau yang dibersihkan secara haram oleh pemilik tanah.

Sebelum itu, Rayer turut menimbulkan kemarahan BN apabila mendakwa Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin dijemput ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengadakan ritual mencari pesawat itu.

Menggelarkan bomoh itu sebagai "Bomoh Bujang Lapuk" sempena filem Tan Sri P. Ramlee, dan "Bomoh Sepak Buaya" sempena kenyataan Ibrahim "sepak macam buaya" kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, itu memalukan negara.

Jahara turut mengkritik Rayer, dan berkata beliau seharusnya bertindak seperti ketua kelab penyokong, bukan "ketua temberang."

Pihak berkuasa lapangan terbang dan Putrajaya menafikan mempunyai kaitan dengan Ibrahim.
Situasi itu menghangatkan Law dan kemudiannya mengarahkan Rayer supaya berhenti dengan berkata: "Isu MH370 tamat sekarang."

Rayer kemudian menukar subjek kepada menyelar Putrajaya terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum menyelar Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menghina calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dengan kenyataan "boneka".

Rayer menggekar Shahrizat sebagai "pencuri lembu" merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Beliau turut mengejutkan Dewan apabila berkata Dyana lebih cantik dari Shahrizat.

Jahara kemudiannga mengarahkan beliau untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang menghina Dewan, dan mencabarnya mengeluarkan kenyataan serupa di luar Dewan terhadap Shahrizat.

"Berhenti bercakap isu remeh, kembali kepada isu pokok dan membahaskan kenyataan Yang di-Pertua demi kebaikan rakyat," katanya.

Drama itu bagaimanapun berteursan apabila Rayer menuduh Umno rasis, bersempena perhimpunan 18 Januari lalu di Seberang Jaya, apabila mereka didakwa berkata menimbulkan isu 13 Mei.

Himpunan yang dianjurkan membantah Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon kerana flash mob 'I Love Kangkung' yang dikatakan menghina Najib menyaksikan beberapa pemimpin Umno dan ahli Parlimen Kepala Batas  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengeluarkan kenyataan pedas.

"Celaka Umno mengugut rakyat. Berani mereka kata macam ini?" katanya.
Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) bangun dan menyeru Dewan menggunakan Peraturan 46(13) bagi menghentikan Rayer.

Rayer kemudiannya berkata beliau akan menggugurkan perkataan celaka namun enggan menarik balik kenyatannya.

Beliau kemudian menuduh Umno dan BN menyebabkan ketegangan kaum dan memastikan insiden 13 Mei tidak berulang adalah dengan menyingkirkan BN dari kerajaan. ‎– 20 Mei, 2014.

tmi

[ Isu MH370 ] KWSP menjelaskan Tiada bon diterbit bagi MAS

kwsp 

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa ia tidak pernah menerbitkan atau melanggan bon untuk membiayai Malaysia Airlines (MAS) seperti yang dilaporkan oleh media.

"Akta KWSP 1991 tidak mebenarkan KWSP menerbitkan bon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP juga berkata, bentuk pembiayaan terakhir yang disediakannya bagi syarikat penerbangan nasional itu adalah pada tahun 1994, yang dibayar sepenuhnya pada 2004.

Satu laporan minggu lepas menyebut KWSP menyuntik wang ke dalam MAS kerana syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan Pesawat MH370.

sh

Berita Kaitan : http://suararakyatbangkit.blogspot.com/2014/05/mp-umno-cadangkan-mas-di-kepada-pelabur.html

[ Isu MH370 ] MAS bakal jadi PKFZ KAH???

KUALA LUMPUR 19 MEI: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail bimbang kerajaan akan menerbitkan bon bagi menyusun semula hutang dan kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

masKatanya, keadaan ini sama sepertimana berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila projek itu mengalami kerugian berbilion ringgit.

Menurut Azan, kenyataan menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan membantu MAS, membayangkan usaha untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu.

“Biasanya apabila berlakunya penswastaan akan ada penyusunan, ada pihak yang membeli dan mendapat komisen (penswastaan). Apabila PKFZ nak diswastakan, bon jangka panjang dikeluarkan dan dijamin oleh kerajaan bernilai berbilion.

“Saya bimbang jika MAS akan ikut langkah PKFZ di mana kerajaan jadi penjamin dan akhirnya menanggung kerugian,” katanya menambah keadaan sama turut berlaku kepada Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Katanya, dalam muka surat enam, buku belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen, menyatakan jumlah bon jaminan dan hutang jangka panjang yang dijamin kerajaan mencecah RM421 bilion dan angka itu dijangka semakin meningkat.

MAS pada 15 Mei lalu melaporkan kerugian RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang 2013, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya  pada 2012.

Menurut Azan, MAS sepatutnya meneliti kaedah jangka panjang seperti mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan serantau, bagi memperkukuh kedudukannya tanpa terus menswastakannya.

Malah katanya, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman sebelum ini turut mencadangkan MAS mengkaji pelan perniagaannya terlebih dahulu, sebelum syarikat itu diswastakan.

Tambah beliau, MAS memiliki aset berharga bukan sahaja dari segi aset penerbangan malah aset bernilai tinggi seperti hartanah, bangunan dan sebagainya.

kd

Isnin, Mei 19, 2014

[ Isu MH370 ] Tidak adil Kerajaan Najib Nak Jual MAS kata Prof UUM.


SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk menilai sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan melepaskan pegangan dalam  MAS selepas mengalami kerugian besar dan tragedi MH370.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, tragedi MH370 adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

"Tragedi ini bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal dan saya rasa tidak adil bagi kerajaan untuk melepaskan pegangan dalam MAS namun,  sekiranya keputusan tersebut diambil, kerajaan dilihat seolah-olah lepas tangan dalam menyelesaikan kemelut ini.

"MAS membawa nama Malaysia dan menjadi kebanggaan negara, dan sekiranya ada pihak yang berminat untuk membeli syarikat penerbangan itu, sudah pasti mereka melihat masih ada keuntungan yang dapat dijana," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan syarikat itu kerana ia adalah hak milik rakyat dan masih mempunyai nilai kepentingan kepada negara.

sh

Ahad, Mei 18, 2014

INFO TERBARU MH370 [ WAJIB BACA ]



KUALA LUMPUR – Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
  
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh kerana ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
  
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
  
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
  
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.

"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
  
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
  
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
  
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
  
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atlantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.

Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
  
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
  
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
  
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
  
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.

 "Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
  
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
  
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
  
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdom, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
  
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
  
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya.

sh

Sabtu, Mei 17, 2014

[ ISU MH370 ] LAGI.. NAJIB DI DESAK LEPASKAN JAWATAN PM


MH 370: Meletak jawatan adalah harga menebus kesilapan

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengakui kesilapan atau ‘tersalah langkah’ dalam misi pencarian pesawat MH370. Kenyataan beliau diperjelaskan dengan pengakuan bahawa kerajaan tidak mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Pengakuan beliau hanya berlaku selepas usaha mencari dan menyelamat berlangsung selama lebih dua bulan dengan melibatkan beberapa puluh buah negara dan membelanjakan berjuta ringgit untuk mencari pesawat yang hilang itu. Kesudahannya sehingga sekarang pesawat itu belum ditemui.

Pengakuan PM bererti kerajaan khususnya pasukan keselamatan telah melakukan sesuatu yang silap apabila lambat bertindak apabila memulakan operasi hanya selepas empat jam daripada maklumat kehilangannya. Dalam aspek keselamatan negara, segala perkara perlu dipantau dan dikawal ketat terutama yang melibatkan pergerakan udara. Apabila ada sebuah pesawat yang hilang dari radar, sepatutnya dalam masa beberapa minit tindakan segera perlu dibuat untuk mengesannya kembali termasuk operasi mencari dan menyelamat. Membiarkan selama empat jam untuk menggerakkan operasi dianggap terlalu lewat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan ratusan nyawa boleh melayang dalam tempoh tersebut. Barangkali pesawat mampu untuk dikesan jika operasi mencari dan menyelamat digerakkan cepat dan dan tidaklah ia hilang seperti mana sekarang.

Soal keselamatan negara adalah sesuatu yang serius dan kita tidak boleh bermain-main dengan kesilapan ini daripada terus berulang. Jika serapuh dan selemah ini negara ini dipantau, mungkin kejadian lebih buruk boleh berlaku. Musuh-musuh negara boleh mengambil kesempatan untuk menyerang mana-mana sistem pertahanan negara atau lokasi strategik negara. Paling tidak, kebarangkalian pesawat hilang boleh berlaku lagi pada bila-bila masa.

Jika PM sudah mengakui, ia menandakan ada pihak yang perlu dipersalahkan. Kesemua pihak berkaitan perlu bertanggungjawab atas kesilapan besar ini yang semestinya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika PM Korea Selatan berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan atas insiden karam di negara tersebut yang mengorbankan 300 orang, apakah atas perkara yang sama PM Malaysia tidak boleh bertanggungjawab atas kehilangan nyawa dan pesawat (belum ditemui) yang berjumlah 227 orang serta 12 anak kapal? Sewajarnya jika PM seorang yang bermaruah, beliau bersama Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan meletak jawatan atas kegagalan mereka melaksanakan misi besar ini. Jangan hanya dituding kepada pegawai tertinggi dalam pasukan tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan, sedangkan ketua negara sendiri bebas tanpa dipertanggungjawabkan.

Dr Riduan Mohd Nor ialah Ahli jawatankuasa PAS Pusat

hd

Khamis, Mei 15, 2014

[ ISU MH370 ] Najib patut letak jawatan kata bekas Ketua Tentera.

Imran Abd Hamid 

KUALA LUMPUR 14 MEI: Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 adalah sesuatu yang amat memalukan negara, kata Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

Justeru kata Imran, Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein wajar meletakkan jawatan.

“Nak tunggu apa lagi? Jadi PM bermaruah sikit. Macam PM Korea yang letak jawatan sebab bertanggungjawab dalam insiden feri karam melibatkan rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.

Najib dalam tulisannya yang disiar Wall Street Journal semalam mengakui kesilapan dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu.

Najib berkata kerajaan tidak mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Imran yang juga bekas ketua staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata setiap radar harus berfungsi dan merekod semua pesawat yang melalui udara.

Menurutnya, pada malam kejadian pesawat itu hilang, ia sepatutnya dikesan segera dan bukannya perlu menunggu sehingga dua atau tiga hari.

“Kalau orang yang jaga radar itu tidur sekali pun, rekod ada. Mereka tahu ke mana pesawat itu pergi. Ini maknanya mereka tak awasi, cakap nampak pesawat tapi sebenarnya tak nampak. Menipu rakyat, bagi maklumat salah.

“Najib tak tahu apa dikatakan, tak tahu apa dia lakukan. Hanya tahu ‘disuap’ sahaja. Isu ini besar melibatkan ramai nyawa. Dia langsung tak boleh urus,” kata Imran.

kd

Rabu, Mei 14, 2014

[ Menteri Di Desak ] berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


DAP menggesa pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan Nota Kabinet yang dibentangkan kepada jemaah menteri hari ini berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (gambar) dari DAP berkata, Nota Kabinet itu perlu didedahkan kepada umum melalui pembentangan Kertas Putih di Parlimen agar ia dapat diperdebatkan oleh semua wakil rakyat.

“Saya mendesak Hishammudin mendedahkan Nota Kabinet kepada umum melalui Kertas Putih di Parlimen.

“Beliau perlu menjelaskan kos misi pencarian antarabangsa MH370 dan mengkaji perubahan yang perlu dilakukan agar peristiwa sama tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin melalui kiriman Twitter pagi ini mendakwa akan membentangkan Nota Kabinet bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar berhubung kehilangan MH370.

Wall Street Journal juga melaporkan pada Selasa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu.

Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam keadaan hampir mustahil dan menggembleng usaha 26 negara dalam misi pencarian itu.

Liew berkata selain Nota Kabinet yang perlu didedahkan, jawatankuasa terpilih Parlimen juga perlu ditubuhkan seperti mana yang dilaungkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, kerajaan mesti lebih terbuka mengenai apa yang berlaku dengan menggunakan pendekatan yang lebih telus untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia.

“Najib tidak menunjukkan keyakinan apabila berkata tiada yang dapat melihat (MH370), tiada yang tahu apa berlaku dan tiada yang tahu di mana pesawat itu,” katanya mengulas laporan Wall Street Journal semalam. – 14 Mei, 2014.

tmi

Selasa, Mei 06, 2014

[ Isu MH370 ] Malaysia keladai dadah dan Amerika

[Catatan: Dipostkan tulisan SH Alattas]

Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu.
 
Apakah selaku seorang pemikir penulis yang punya tanggungjawab, saya sekadar pandang, tengok macam lembu? Atau macam beruk? Kerana beruk ada persamaan dengan manusia. Manusia makan pisang beruk pun makan pisang juga. Mereka yang percaya pada teori Darwin mengaku datuk nenek mereka beruk, tak percaya yang manusia itu khalifah Allah diatas muka bumi. Tak ada consciences. Asal – usul saya dari Allah yang menciptakan Adam dan Hawa. Saya makan daging macam singa dan harimau sebab itu saya berani, tapi saya tak sanggup makan daging manusia seperti haiwan politik yang berideologi materialistik. 
Saya bukan seperti orang yang buta pekak dan bisu tanpa rasa kepedulian? Itulah antara tanggungjawab ‘ulama pewaris nabi’ untuk menyampaikan hatta sepotong ayat. Sebesar – besar jihad adalah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Manusia adalah makhluk yang alpa, Islam adalah agama yang nasihat dan menasihati. Ada masanya kita perlu berperang, kita perang dan bersedia mati syahid.

“Pelik Altantuya wanita yang datang dari Mongolia yang nak tuntut commission, jasad dan maklumat passportnya pun hilang. Apakah selepas terbitnya buku ini saya pun mungkin hilang. Lu Fikirlah Bro!”
 
-MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang

Satu perkara penting yang tak banyak orang tanyakan pada diri sendiri. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya? Ketika dewasa dari mana dia dapat duit atau kekayaan? Dan bagaimana dia membelanjakannya? Itulah yang sedang saya fikirkan tentang nasib umat Islam yang berada di dalam MH370. Apakah mereka mati diluar atau didalam iman?
 
Jika di umur muda, ketika nafsu menguasai diri, jika mereka tidak sempat meminta ampun, marilah kita berdoa semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa mereka, dan kita mengambil iktibar, kita tafakur dan muhasabah diri, untuk mengingatkan kita, apakah kita tahu bila dan bagaimana kita akan mati? Siapa sangka Karpal Singh mati ketika kemalangan. Dia akan dikenang sepanjang zaman, seorang lagenda yang tak ada ganti. Mari kita meminta keampunan semasa ada lagi waktu untuk bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Apakah kita sudah bersedia untuk melakukan taubat nasuha? Apakah kita sudah bersedia untuk mendekatkan diri dengan Tuhan kita? Kenapa tunggu tua nanti baru mahu beribadat. 
Sudahkah kita bersedia menjawab dari mana kita dapat jutaan ringgit? Rasuah Berjemaah? Menyamun merompak guna imuniti dan kekebalan? Lu jawab sendiri dengan Tuhan Bro. Namun yang penting, Bagaimana kita mahu menghabiskan masa hari tua kita? Selain melakukan amal jariah meninggalkan anak yang soleh, apakah kita telah meninggalkan ilmu yang bermanfaat? Sekurangnya kita menghadiahkan buku yang boleh memberi manfaat dunia dan akhirat. Ahli politik namanya jika buku – buku pun tak mahu membaca?
 
Apakah kita tidak nampak bala bencana yang lebih besar yang mungkin akan diturunkan? Iktibar dari MH370 rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap manusia yang bergelar pemimpin, kerana mereka tak pandai jadi pembohong, bohong yang disampaikan tak cukup hebat, hingga diragukan, kalau nak berbohong pun kena pro hingga orang tak tahu yang ianya satu pembohongan. Betul ke MH370 terhempas dilautan Hindi? 
Cara Perdana Menteri Australia membuat pengumuman menambahkan keraguan kita, kerana mereka akan turun mencari hingga bulan 9. Hari ini sudah 53 hari hilang, kalau adapun serpihan sudah tenggelam. Kata beliau. Jawabnya pasti tak terjumpa di laut Hindi. Ia menjadi seperti peristiwa 9/11 bangunan dan rakyatnya korban di Amerika untuk merosakkan imej Islam. Jika terhempas di laut Andaman, kenapa pergi cari di lautan Hindi yang mustahil boleh terjumpa? Lu fikirlah bro! Please don’t insult my intelligent.
 
Apakah tidak cukup dengan bala bencana yang sedang kita hadapi oleh umat Islam di negeri ini? Nasib baik kita telah melakukan Selawat Perdana dan Selawat Cinta Allah dan Rasul di beberapa tempat di Malaysia di mana ulama Wahabi tidak berkuasa. Untuk tahu peranan Wahabi baca bab Sejarah Ringkas Fahaman Wahabi dalam dalam buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang? Jangan nanti nasib Wahabi jadi macam nasib Syiah.
 
Obama selepas meninggalkan Malaysia pergi ke Filipina dan akan menjadikan negara tersebut untuk pertahanan Amerika selama 10 tahun. Sampai bila kita mesti jadi bodoh tak buat apa-apa? Untuk memerangi perang dingin yang dilakukan terhadap China di mana kita umat Islam menjadi mangsa. 
 
Akibat kita takut hendak menyoal disebabkan minda sudah terperangkap ‘Captive Mind’ disebabkan terlalu mengagung dan mendewa – dewakan manusia. Terutama Amerika musuh Islam yang mahu mematikan pengaruh Islam diseluruh dunia menggunakan pemimpin Islam sebagai alat.
Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai ‘minda kritikal’, sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370?
 
Ada orang kata kita kena main. Betul ke? Pelik, kena main dan kena tipu pun, kita tak tahu akibat ‘bebal’. Ini yang buat saya naik darah hingga terpaksa menulis buku. MH370 Hilang Kemana Najib Nak Menghilang? Tapi saya tak emosi.
Pandainya pemain silap mata menggunakan media massa hingga tak sempat kita terfikir apakah tak mustahil MH370 telah diletupkan di Lautan Andaman, ketika kita sedang sibuk menumpukan perhatian ke Laut China Selatan, apakah tak mustahil ‘kotak hitam’ sudah pun ditemui di Andaman supaya cerita sebenar apa yang berlaku di dalam MH370 dan semua rampasan ia telah disembunyikan siapa pun tak tahu melainkan yang menipu dan mempermainkan kita, hingga terpaksa pergi ke lautan Hindi untuk cari ‘kotak hitam’ yang memang tak ada disitu. Hebat sandiwara.
 
Saya tak peduli apa orang hendak kata tentang tulisan saya, macam sampah, saya pemfitnah mencari keuntungan dalam kesempitan, yang penting saya telah melakukan ‘fardu kifayah’ yang tak banyak orang mahu buat hari ini pertama mereka yang cinta dunia takut mati. Saya mengajak orang berfikir, apakah tak mustahil MH370 diletupkan dan semua penumpang dimatikan diatas pesawat lagi seperti yang di sampaikan oleh “AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat” kata Najib Tun Razak. Apakah tragedi ini berlaku disebabkan Hakcipta Drone yang dimiliki oleh 4 orang China Amerika yang membawa kelengkapan untuk dipasang di China bersama seorang rakyat Amerika? Yang dikatakan 4 tan Buah Manggis.
 
Bayangkan mereka yang mengata saya ikut sedap mulut sekadar cakap di kedai kopi di facebook, apa yang mereka tahu mengenai bahaya Drone, pesawat yang terbang tanpa pilot yang digunakan di Yaman untuk membunuh mereka yang di musuhi tanpa sedikit belas ikhsan. Ketika mereka berada ditanah perkuburan atau di majlis kenduri, sebab itu kalau nak kritik buku saya, MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang, baca dulu buku itu. Tengok gambar Drone, baca bab bagaimana dan siapa sebenarnya yang membunuh mereka yang ada di menara kembar 9-11? Kalau mereka sanggup menghancurkan sebuah bangunan dan membunuh rakyatnya sendiri apa sangat 239 penumpang dalam MH370 kerana yang mendapat nama buruk Malaysia.
 
Manusia jangan jadi seperti anjing “seekor anjing menyalak anjing yang lain turut menyalak sama”. Kita ini pun haiwan juga, tapi haiwanunatik. Haiwan yang punya akal fikiran dan ada hubungan dengan alam kerohanian, manusia bukan sekadar haiwan yang pandai berkata, maka kenapa kita mengagungkan manusia yang lebih hina dari haiwan. Lebih setan dari setan. Selaku umat Islam kita ada dunia dan akhirat, ada roh dan jasad, ada awal dan akhir. Kita punya tanggungjawab selaku Khalifah Allah di muka bumi, itulah mesagge yang cuba saya sampaikan, selain mengisikan nama dan gambar – gambar penumpang kerana ramai yang masih menunggu kotak hitam akan hampa kerana setakat ini berita hanya di internet dan media massa, belum ada dalam bentuk buku.
 
Sudah tentu banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari Tragedi MH370 jika saja kita mahu berfikir. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan arak dalam perut, kerana dalam MAS boleh minum tak ada undang – undang yang boleh tangkap walaupun kita orang Islam. Bayangkan badan kita tak bersih kerana tak mandi bersih. Belum sempat solat Isyak? Sebab itu dalam perjalanan jauh perlu solat musafir dan berdoa kerana di mana juga kita berada, pada bila – bila masa, maut boleh cari kita. Apakah kita sempat mengucap dua kalimah syahadah La illahail Allah Muhammadur Rasulullah. Mati dalam Iman?
 
Kebetulan saya telah dilabel sebagai penulis yang Pro UMNO. Bukan mudah bagi seorang penulis untuk menggalas misi berat untuk memastikan Malaysia tidak terpesong dari landasan yang di iktiraf sebagai masyarakat antarabangsa yang maju sebab itu kita perlu menjaga nama baik bangsa dan negara dan berani berperang dengan siapa saja yang bersubahat dengan musuh – musuh negara kerana mereka adalah pengkhianat seperti Si Kitol di Melaka dan Sang Rajuna Tapa di Singapura. Penderhaka kepada agama, bangsa dan negara. 
 
Tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara bukan seorang Perdana Menteri dan para pemimpin politik, tapi ianya menjadi tanggungjawab penulis, para pemikir dan para ulama yang mempunyai jiwa jihad. Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman.

Hebat macam manapun lakonan Hishamuddin di pentas sandiwara, orang tahu dia bukan seorang penipu yang professional, dia gagal hendak membohongi kita, cara menjawab soalan media tak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang hal – hal yang berkaitan dengan ‘common sense’ payah akal kita nak terima. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh.
 
Ibarat “sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah”. Jika Najib berhenti selaku Perdana Menteri sejauh manakah Hishamuddin boleh menguasai kementerian, yang perlu menyelaras antara satu sama lain? Memanglah dia hebat kalau di banding dia sebelum tragedi MH370 dari segi Image Building dia menang.
 
 Jika dia bertanding kerusi Naib Presiden sekarang pasti dia dapat undi terbanyak meninggalkan Mukhriz Tun Mahathir jauh kebelakang. Saya tak setuju, dia mewarisi kerusi PM. Bukan kerana saya dengki iri hati, bukan ada anak saya yang mahu jadi Perdana Menteri, kerana bapa Hishamuddin Tun Hussein tak sehebat Tun Razak atau Tun Mahathir. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang. Itulah kerja saya selama ini selaku king maker dalam politik Malaysia. Buku – buku saya sebagai bukti. Bermula dengan Siapa Selepas Musa. Klimax Challenger Siapa Lawan Siapa. Baca buku Musa Hitam Lawan S.H Alattas oleh Halim Mahmood
 
Integriti dan kredibiliti penulis menjadi ukuran sejauh mana dia layak diiktiraf selaku The Writer, tugasnya sebagai penyampai suara hati nurani rakyat yang perlu menyuarakan suara Tuhan, bukan suara TUAN KAU, selagi berTuankan Allah sebagai Boss. Allahu Akbar Allahu Akbar. Takbir.
Apakah kita buta atau bodoh ‘Bebal’ melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact).
 
Itulah sebabnya saya terpaksa menulis buku ‘JANGAN JADI BODOH’. Kalau hendak berbohong, bohonglah sehingga diri sendiri pun percaya bahawa cerita karut marut yang disampaikan itu satu cerita benar. Baru best. Macam Obama menyatakan dia terlalu sibuk hendak berjumpa Anwar Ibrahim, sebenarnya dia hendak bunuh karier politik Anwar untuk menaikkan imej Najib dan Hishamuddin.
 
Kita adalah makhluk tiga dalam satu. Minda, jasad dan roh. Asal dari tanah kembali ke tanah. From dust to dust. Mati ditengah laut ini perkara biasa bagi mereka yang dulu pergi mengerjakan Haji, mati dilaut diturunkan ke laut, dibawah laut ada tanah juga. Yang kita tinggalkan sesudah mati dua benda, nama baik dan nama jahat. Apa yang saya dokumentasikan dalam tulisan dibuku saya mengingatkan kita nama baik atau nama jahat yang akan kita tinggalkan. Apakah kita seperti Firaun, Namrud atau khalifah Umar bin Abdul Aziz atau Sultan Ibrahim Adham atau seperti Imam Khomeini atau Ghandi, Abraham Lincoln atau Buddha. Kita hanya terhutang nyawa pada pencipta, tidak terhutang hidup dengan mana manusia, sebab itu saya tak takut berkata benar. Jika kita takut pada Allah pasal apa hendak takut dengan manusia. Lu fikirlah Bro.
 
Bolehkah kita, hentikan cakap – cakap rakyat yang semakin hari semakin kencang ketika kredibiliti kabinet yang memerintah diragui dengan kedatangan Obama? Obama pun badut Joker dia buat apa saja yang disuruh takut hilang jawatan. Setiap orang yang memasuki politik, ‘fikir’ dialah yang paling layak jadi Perdana Menteri. Ingat pesan pepatah jangan ukur baju di badan orang ukur di badan sendiri.
 
Dulu dulu dulu, jangan nak kata hendak jadi Imam apalagi nak mengaku Ulama, hendak jadi ketua darjah pun kebanyakan murid menolak, kenapa? Kerana kita sedar diri, kita ada maruah, kita kenal siapa diri kita, jangan ular lidi nak jadi ular sawa, cicak mengkarung biawak berlagak macam naga. Kerajaan yang ada adalah kerajaan kita, government of the people, by the people for the people, bila telah disalah gunakan menjadi kerajaan keluarga mereka yang berkuasa. Apakah salah jika kita bersuara? Dulu Sultan saja, yang boleh bersultan di mata beraja dihati. Berikan sesuatu jawatan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah akan kehancurannya. Bolehkah saya tidur nyenyak ketika bangsa dan negara kita sedang menuju jurang kehancuran akibat jawatan diberikan kepada yang bukan ahlinya.
 
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri telah menyiapkan pengganti yang baik iaitu Tun Razak bukan Putranya Tengku Nerang Putra. Tun Hussein Onn merasakan dia tidak layak, meletak jawatan bila Suleiman Palestin bertanding kerusi Presiden UMNO dan mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO. Akhirnya Mahathir terpilih, penggantinya terbukti jauh lebih baik dan berjaya memerintah negara selama 22 tahun. Kelemahan Tun Mahathir tidak membuat persiapan untuk calon menggantikannya, sedih bila pengganti macam Abdullah Badawi, Menteri Tidur diganti Najib, Menteri Takut Bini.
 
Atas kesedaran bahawa Perdana Menteri dan negara kita berada bawah tekanan dan ugutan pihak tertentu, terutama Amerika yang merasakan negaranya sebagai ‘Super Power’ dan Polis Dunia dan pengaruh media masa arus perdana cuba mengkagumi Obama sebagai Presiden yang datang untuk menyelamatkan kita dari China selaku kuasa besar dari rantau ini dan betapa baiknya Amerika datang menolong mencari MH370 kita terlupa bertanya, apakah tidak ada agenda yang tersirat, hidden agenda? Mungkin apa yang dikatakan buah Manggis dalam Kargo itu rahsia Negara. Ingat senang ke nak dapat hingga bertan – tan buah Manggis ketika bukan musim buah Manggis. Mungkin China pun tahu kemana hilangnya MH370 itu dan kemana MH370 menghala? Tapi untuk menjaga rahsia Manggis mereka pun terpaksa turut mengiyakan cakap Najib. Apakah tak mustahil Amerika memilih Selat Melaka untuk dijadikan Pengkalan Tentera Amerika? Supaya dia dapat menguasai Selat Melaka? Untuk menguasai nusantara?
 
Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat boleh kena bodoh mudah di kelentong dan digula - gulakan sudah berlalu, itupun mereka belum baca lagi buku saya ‘Jangan Jadi Bodoh’. Rakyat sekarang ini berada di zaman langit terbuka mereka sudah mahukan Islam selaku Addin.
 
 Inilah yang ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Musuh – musuh Islam tahu bila umat Islam sudah tidak lagi mempercayai sesama manusia terutama orang politik mereka dan mahu mempelajari ilmu kenal diri dan Tuhan dan alam kerohanian. Tak ada lagi benda – benda yang boleh disembunyikan dalam kain, atau di mana saja bila mata hati sudah celik. Ramai yang jadi bodoh hari ini kerana mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan yang disembah. Dan mata hati mereka buta.
 
Saya sedih bila Malaysia sudah jadi macam kuih bakar, atas api bawah api, oleh dua kuasa besar China dan Amerika. Apakah tragedi MH370 ini akan menjadikan Malaysia sebagai keldai dadah Amerika?
 
 Lu fikirlah bro!
 
msomelayu.blogspot.com

Rabu, April 30, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Sorok maklumat, cara Malaysia tangani krisis MH370

nation_multimedia_dsai_interview_ 

KUALA LUMPUR 29 APR: Majoriti Rakyat Malaysia tidak mendapat maklumat yang sepatutnya dari media tempatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam wawancara bersama portal bebas Thailand, Nation Multimedia di Kuala Lumpur minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu menyebabkan 54 peratus rakyat Malaysia berpendapat kerajaan gagal menangani krisis tersebut dengan berkesan,
“Umno kata itu cara terbaik dan kita sedang dipuji oleh dunia. Tetapi kajian mendapati 54% rakyat menyalahkan kerajaan,” kata Anwar.

Kata Anwar, tindakan kerajaan yang tidak telus berkongsi maklumat berhubung kehilangan pesawat itu telah membuka mata media antarabangsa.

Ia terbukti dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang enggan menjawab soalan dikemukan wartawan dalam banyak sidang media.

Menyentuh isu keselamatan negara, Anwar berkata pihak tentera terlepas pandang berhubung kehadiran pesawat yang tidak dikenali dalam ruang udara negara.

Kata Anwar, sistem radar Markoni milik Malaysia merupakan radar canggih yang dibeli oleh kerajaan sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, setanding dengan sistem radar milik negara lain seperti Thailand.

“Ia (radar) boleh membaca (mengimbas) dari sempadan Thailand ke semenanjung Malaysia, Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

“Jika objek tersebut hanya layang-layang, saya faham (jika tidak dapat dikesan).
“Tetapi jika pesawat seperti jenis Cessna terbang rendah atau tinggi sekalipun, ia masih boleh dikesan dengan mudah,” jelas Anwar kepada Ketua Pengarang Nation Multimedia, Thepchai Yong dalam wawancara itu.

kd

Isnin, April 21, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Najib perlu dedah ‘barang’ yang disorok dalam kargo MH370, Benda apa yang nak dicuri?

IPOH 20 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).

_MG_5979“Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar, di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu. Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.

“Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih. Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara.

 Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?

“Radar ada, tentera udara ada, Menteri Pertahanan pun ada, kalau kapal terbang tanpa kebenaran masuk dan lalu semua negeri dan jika dibom Komtar dan datang ke Ipoh macamana? Tentunya keselamatan kita tak boleh dijamin oleh Menteri Pertahanan, sebab itulah Hishammuddin (Hussein) mesti letak jawatan,” tegas Anwar.

Turut dibangkitkan Anwar termasuk mengenai kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.

“Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport,” kata Anwar.

Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan Umno BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.

kd

Rabu, April 16, 2014

[ Isu MH370 ] Anwar Ibrahim jawab Najib..

 Anwar Ibrahim

MH370: Persoalan utama masih belum dijawab

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.


sh

Sabtu, April 05, 2014

Panas!!! Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?

 Mohamad Abu Bakar  

 SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. sh


http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Jumaat, April 04, 2014

Isu MH370 : Anwar Ibrahim tuduh Putrajaya sembunyi maklumat

 

Ikuti laporan kami mengenai membawa maklumat terkini dan liputan terbaru operasi mencari MH370:

9.02 pagi: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah - di Laut China Selatan.

Ketua JACC akan adakan sidang akhbar

8.30 pagi: CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini mengenai berita "besar" berkaitan operasi mencari.

Tidak jelas apakah yang akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut.

Pada masa ini beberapa negara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Operasi mencari diteruskan

6.00 pagi: Operasi mencari di Lautan Hindi diteruskan yang membabitkan 10 pesawat tentera, empat jet awam dan sembilan kapal, kata Pusat Agensi Bersama Penyelarasan (JACC), yang ditugaskan memantau operasi tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) telah menetapkan kawasan mencari membabitkan kira-kira 217,000 km kilometer persegi - 1,700 km di barat laut Perth.

Cuaca hari ini diramalkan baik dengan jarak penglihatan sejaruh kira-kira 10km .

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa menurut Pasukan Pertahanan Australia, kapal kajian Tentera Laut Diraja HMS Echo akan menjalankan carian khusus hari ini, manakala Ocean Shield, yang dilengkapi 'pinger locator; dijadual tiba.

Selepas empat minggu, operasi mencari itu belum dapat mengesan MH370. mk



http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Najib kecut berdepan media asing, beri imej buruk pada negara

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.

Fahmi“Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.

“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’. Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka,”  katanya ketika dihubungi.

Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.
Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.

“Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,
“Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.

“Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka,” ujarnya.

KeadilanDaily

Sabtu, Mac 22, 2014

PM Australia bentang isu MH370 di Parlimen, Malaysia? - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 21 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.

Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.

Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.

“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
“Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia,” kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.

Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.

“Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang,” kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.

KeadilanDaily

Anwar Ibrahim cabar Zahid letak jawatan

Anwar Ibrahim 

KAJANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara.

"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Markoni.

"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut.

"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi. sh

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan