Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 28, 2015

KENYATAAN PRESIDEN PAS TAK BETUL - YB KHALID SAMAD


Wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini mempertahankan tindakan mereka untuk menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion? di Dewan Rakyat semasa pembentang bajet, Jumaat lalu sebagai tindakan beradab.

Ini kerana mereka tidak membaling kasut dan kerusi, dan juga gas pemedih mata seperti yang berlaku di Parlimen Kosovo, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ahli parlimen parti itu tidak menaikkan sepanduk berkenaan kerana mereka membangkang secara ‘beradab’.


Khalid yang juga adalah Ketua Whip AMANAH berkata kenyataan Hadi seolah-olah tindakan mereka adalah tidak bertamadun.

"Kami berpendapat bahawa kenyataan Presiden PAS itu tidak betul. Ini kerana kami tidak membaling kasut dan kerusi. Kami juga tidak melemparkan gas pemedih mata seperti di parlimen Eropah timur.

"Menaikan sepanduk adalah tindakan beradab," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meneruskan tindakan sedemikian di Dewan Rakyat.

"Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," kata Khalid.

Turut hadir bersama pada sidang media itu adalah whip DAP Anthony Loke dan timbalan whip PKR Abdullah Sani Abdul Hamid.

Loke berkata PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, semasa bersama dalam Pakatan Rakyat, berssatu menyokong protes sepanduk anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang sepanduk membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

Rabu, Julai 29, 2015

KENYATAAN TERKINI : PENGERUSI HARAPAN BARU


 Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan.

Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata,  perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urus tadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sejak pendedahan mengenai keterlibatan Najib berhubung tuduhan salah laku pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

“Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun yang ditubuh milik Najib,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru berkata, kerajaan peralihan dapat ditubuhkan dengan merujuk kepada beberapa terma khusus seperti pelantikan seorang perdana menteri dari kalangan pemimpin kanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan serta undang-undang dikembalikan.

“Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, penubuhan kerajaan peralihan boleh dilakukan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib.

“Usul ini boleh dibuat di luar sidang parlimen atau semasa sidang parlimen akan datang.

“Sudah tiba masanya Muhyiddin dan kumpulan beliau menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” katanya.

Jelasnya, beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalam Umno.

“Perpecahan dalaman Pasukan Khas yang diamanahkan menyiasat penglibatan Najib kepada kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang ingin menyelamatkan Najib dan satu lagi ingin mendakwa Najib. Perkara ini disahkan dengan berita penamatan khidmat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kedua adalah pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib,” katanya.

Tambah Mohamad, pihaknya memberi amaran kepada Najib supaya tidak mengambil peluang pergolakan dalaman Umno untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau.

sh

Rabu, Februari 04, 2015

Layan!! : Wawancara Terkini MP PAS Menjawab beberapa Isu..

 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

SEJAK kebelakangan ini, isu dalaman yang berlaku dalam PR semakin mendapat perhatian selepas pelbagai isu menunjukkan perbezaan pendapat oleh pimpinan parti komponen, DAP, Pas dan PKR.

Selesai isu di Selangor, terbaru timbul pula perbalahan dan serang menyerang antara pimpinan Pas dengan DAP mengaitkan pelaksanaan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ikuti temubual Sinar Online dengan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA bagi mendapatkan pandangan mengenai kemelut itu dan ulasan tentang hukum hudud.


Isnin, Februari 02, 2015

MP PAS : Haramkan jualan minuman keras di kedai serbaneka seluruh negara

drink-m-600x360
 
PAS meminta dasar berhubung pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka dikuatkuasakan di semua negeri di negara ini.
 
Ini berikutan tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang menguatkuasakan pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka yang turut mendapat sokongan PAS.
 
Perkara itu dinyatakan tiga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali at-Takiri dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan bersama hari ini.
 

Khamis, November 27, 2014

Berita Pagi : Najib Ejen Amerika.??

http://biz-55.webs.com/
Kenyataan Umum
25 November 2014

Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) kecewa dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang terus tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat. Esok, 26 November 2014, Najib Razak akan menggunakan Parlimen Malaysia untuk membuktikan negara ini akan terus kekal mampu menjadi budak Amerika yang baik.

SAMM mendapat maklumat bahawa pada jam 11.30 pagi esok, Najib Razak sendiri akan membentangkan Kertas Putih mengenai IS (Islamic State). Desakan pembentangan kertas putih ini langsung tidak kedengaran tuntutannya dalam negara bagi menuntut penjelasan mengenainya selain daripada desakan Amerika Syarikat dan salakan 2-3 kerat pemimpin yang disusun bagi menunjukkan Malaysia adalah alat kepada Amerika Syarikat.

Kertas putih adalah satu cara berdasarkan sistem demokrasi berparlimen bagi memberikan penjelasan dan mencari kebenaran bagi sesuatu persoalan besar dalam negara. Mengapa Najib memilih IS?
Mengapa tidak ada kertas putih berhubung MH 370? Kenapa tidak ada kertas putih untuk MH17 dan insiden serangan di Lahad Datu? Atau mengapakah tidak dibentangkan laporan RCI berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang telah tertangguh lama dan juga telah dijanjikan oleh Menteri untuk dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini?

Jawapannya adalah mudah. Rejim yang ada hari ini tidak pernah mempedulikan rakyat sendiri. Isu MH17 dan MH370, kita tersepit dalam pertembungan politik dunia dan sangat ketakutan apabila diugut. Rejim Pemerintah langsung tidak mempunyai keberanian untuk bangkit mempersoalkan apa jua yang berlaku walaupun ia telah mengakibatkan nyawa ramai manusia melayang, harta benda dan kedaulatan negara sendiri.

Rabu, November 26, 2014

Berita Penting : Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

http://biz-55.webs.com/
 KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Khamis, November 20, 2014

GILA!! PUNYA KERAJAAN UMNO : RM37,375 untuk sebuah telefon awam?

http://biz-55.webs.com/ 
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal mengapa belanja begitu besar diberikan untuk projek telefon awam sedangkan negara sudah menganjak kepada komunikasi tanpa wayar dan telefon mudah alih.

Persoalan itu dibangkitkan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau mempersoal kenapa pada 2013, sejumlah RM90 juta dibelanjakan untuk 2,408 telefon awam sedangkan untuk 835 projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang didakwa lebih diperlukan, hanya RM77.8 juta.

"Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefoni awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?

Jumaat, November 14, 2014

Berita N. Kelantan : Kerajaan Pusat digesa atasi masalah jalan raya di Kelantan


http://biz-55.webs.com/KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja‎ Raya diminta memberi tumpuan kepada pembangunan Kelantan khususnya kemudahan jalan raya.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad‎ berkata isu kemudahan asas terutamanya soal jalan raya akan dibangkitkan di parlimen bagi mendapat respons kerajaan.

"Terlalu banyak rungutan diterima dari rakyat Kelantan khususnya mereka yang bekerja di luar yang ingin balik terutama ketika cuti umum.

"Kesesakan perjalanan yang mereka terpaksa tempuhi, walaupun ini diketahui umum tetapi tidak ada tindakan dari kerajaan pusat," katanya selepas‎ menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kerja Raya di Parlimen pagi tadi.
‎
Beliau juga berharap‎ Kerajaan Pusat memberi perhatian serius terhadap masalah tersebut agar kesulitan pengguna jalan raya dapat diatasi sepenuhnya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat menyambut baik usaha kerajaan dalam membangunkan negeri itu.

Namun katanya, kerajaan perlu memandang serius dalam soal menaik taraf jalan-jalan di Kelantan terutamanya menghubungkan bandar-bandar.

Rabu, November 12, 2014

Hukuman bunuh : Kaedah tali gantung cara purba - Presiden PAS




SAYA akan sertai perbahasan B.6 Butiran 020000 – Unit Perancang Ekonomi, Butiran 490300 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Butiran 490900 – Kehakiman Syariah, Butiran 160000 – Maritim dan Butiran 020000 – SPRM.

Secara ringkas sahaja Tuan Pengerusi, berhubung dengan butiran yang pertama, Butiran 020000. Dalam keadaan kita mencapai Wawasan 2020 yang kita uar-uarkan yang menjadi cita-cita kita bersama, saya lihat bahawa perancangan lebih diberi penekanan ke arah pendapatan tinggi, ke arah teknologi tinggi tanpa memberi penekanan yang lebih kepada pembangunan insan yang menjadi asas kepada kemajuan sesebuah negara.

Tanpa dinafikan betapa perlunya pendapatan tinggi, teknologi tinggi, tetapi tanpa pembangunan insan yang sempurna dan cukup akan membawa kecanggungan dan akan melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh meruntuhkan pembangunan yang ditegakkan dan akan berlaku yang dikejar tidak dapat, yang sudah ada berciciran. 


Jumaat, Oktober 31, 2014

Dakwah Di Parlimen : Kerajaan Pusat jangan jadi seperti penjajah



SAYA mengucapkan terima kasih kerana keizinan yang diberi kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Perbelanjaan 2015 yang melibatkan Bajet 2015 ini dengan mengambil perkara yang paling asas apabila kita membincangkan soal harta di dalam Islam dua perkara asas yang diberi perhatian. “Dari mana perolehan itu dan ke mana dibelanjakan”.  Asas yang penting ini ialah supaya kita melihat kepada apa yang disebut daripada kutipan hasil kerajaan selain dari Wilayah Persekutuan.

Kerajaan mengambil hasil dari cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai yang kita melihat datang daripada negeri-negeri sama ada dari sumber alam, petroleum, gas, kelapa sawit, bijih besi, bijih timah melalui duti-duti eksport dan cukai-cukai yang dibayar ataupun daripada hasil cukai pendapatan dan lain-lain yang dibayar oleh rakyat. 

Lalu kita melihat pada masa perbelanjaan itu sebahagian dari negeri-negeri yang mengeluarkan sumber-sumber alam seperti Terengganu dengan sumber petroleum dan gas, bagaimana keadaan kedudukan negeri setelah pulangan hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat kembali kepada pembangunan negeri tersebut.
 

Khamis, Oktober 30, 2014

Isu Semasa : Kerajaan Pusat Tidak adil kepada Kerajaan Negeri.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat sepatutnya bersikap federalisme dalam berbelanja agar negeri-negeri yang mengeluarkan sumber alam tidak menjadi negeri termiskin, tegas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Katanya, walaupun sesetengah negeri yang mengeluarkan sumber alam seperti Terengganu menghasilkan petroleum masih dikategorikan negeri yang miskin.

"Bagaimana kedudukan negeri setelah hasil yang dikutip kerajaan pusat tidak dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang sering kita dengar rintihan rakyat Sabah dan Sarawak. Rintihan ini sering disebut pada tiap kali ucapan," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata, kawasan Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi yang dahulunya menghasilkan sumber utama bijih besi tetapi apabila kehabisan hasil akhirnya tidak ada pembangunan yang dibuat.

Rabu, Oktober 29, 2014

Idea MP : Cadangan Baik Untuk Kerajaan Malaysia.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan kerajaan membina Taman Tema al-Quran yang pertama di dunia.

Katanya, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat percetakan ditukar kepada cadangan membina Taman Tema Al Quran.

"Di Malaysia kita sudah ada Legoland, Taman Tema Air seperti di Sunway dan Tambun.

"Sudah sampai masanya kita membawa seluruh penduduk dunia datang ke Malaysia mempelajari al-Quran dalam bentuk Taman Tema al-Quran Malaysia," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Cadangnya, Taman Tema al-Quran ini dibahagikan kepada 114 bahagian sebagaimana jumlah surah Al Quran dan ianya akan menjadi tempat perlancongan dan pembelajaran Al quran terbesar dan satu-satunya dalam dunia.

Rabu, Jun 18, 2014

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan