Memaparkan catatan dengan label TGNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TGNA. Papar semua catatan

Isnin, September 28, 2020

Rabu, Julai 01, 2020

Sabtu, Mei 16, 2020

Khamis, November 16, 2017

Bagaimana ATG Nik Aziz mengundi dalam Dewan Rakyat

Kenangan. 1982. Suatu hari di Dewan Rakyat. Aku berada di Galeri Akhbar, Press Gallery untuk membuat liputan sidang Dewan Rakyat.
Dari tempat duduk aku, aku dapat lihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat masing-masing. Masa itu tidak ada lagi liputan Dewan Rakyat secara langsung di televisyen. Ahli pembangkang jangan harap dapat masuk televisyen.
Pada hari berkenaan pula adalah pertama kali sidang Dewan Rakyat diadakan selepas berlaku krisis dalam PAS. Datuk Asri Muda dan penyokong-penyokongnya telah keluar PAS dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Yang Dipertua Agung PAS yang baharu ialah Yusof Rawa. Asri dan Yusof tidak ada kerusi di Dewan Rakyat.
Dalam Dewan Rakyat ada lima wakil PAS. Empat ahli parlimen PAS ialah pengikut Asri dan telah melompat ke Hamim. Hanya seorang yang tetap bersama PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat dari Pengklan Chepa.
Pada hari itu berlaku pengundian. Aku tak ingat sama ada Belanjawan atau Rang Undang-undang tertentu.
Apabila mengundi, semua wakil rakyat Barisan Nasional menyokong. Sementara pembangkang termasuk DAP dan PAS menentang. Aku lihat Nik Aziz mengangkat tangan menentang. Tapi semua wakil rakyat Hamim mengundi berkecuali.
Tidak beberapa lama selepas itu Hamim memohon menyertai Barisan Nasional. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menerima kemasukan Hamim. Pada mulanya Berjasa yang ada dalam Barisan Nasional membantah kemasukan Hamim. Tetapi kemudian mereka menerima juga. Ketika itu Ketua Dewan Ulama Berjasa ialah Mahmood Zuhdi dan Ketua Pemuda Berjasa ialah Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali kemudian menyertai UMNO. Datuk Asri cuba membubarkan Hamim tetapi cadangannya ditolak oleh ahli Hamim. Datuk Asri kemudian menyertai UMNO.
Berjasa dan Hamim kemudian menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama PAS dan Semangat 46.
mdl
Picture

Selasa, April 11, 2017

Sifat terbuka, pemaaf TG Nik Aziz jadikan parti pimpinannya diterima semua

Ahmad AwangAhmad Awang
Aura Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sepanjang hampir 25 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan menjadikan Islam dapat diterima oleh kaum Cina dan India di luar Kelantan terutama di Pantai Barat Semenanjung, kata Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
"Tidak boleh dinafikan kemenangan Pas di beberapa negeri di Pantai Barat adalah kerana sokongan kaum Cina dan India khususnya setelah terbentuk Pakatan Rakyat di mana Pas bertahalluf (berkerjasama) dengan PKR dan DAP.
"Sikap keterbukaan bidang politik dan sikap pemaaf TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dengan ketinggian akhlaknya, beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelumnya menjadi musuh politik kepartian Pas," ujarnya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ketika membentangkan kertas kerja sempena seminar pemikiran bekas Mursyidul Am Pas itu di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) berkata, Nik Aziz bersikap pemaaf walaupun pernah didiskriminasi daripada pihak kerajaan pusat ketika Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
"Terjalin ikatan yang kukuh di antara Pas dan PKR dan kemudian dengan DAP yang terbentuk melalui usaha DSAI yang kemudiannya amat menghormati TGNA," kata Ustaz Ahmad yang pertama kali bersemuka dengan Nik Aziz ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat pada 1974.
Beliau yang ketika itu merupakan Pengarah Dakwah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri memberitahu Nik Aziz dalam pertemuan tersebut seorang yang berperwatakan sederhana, bersikap lemah lembut, bertutur dengan nada suara rendah serta sentiasa tersenyum.
Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad berkata, paling menonjol pemikiran politik Nik Aziz yang begitu terbuka apabila Pas Perak bersama PKR bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan DAP yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum 2008.
"Pendekatan strategi TGNA untuk menumbangkan Umno-BN begitu terserlah sebaik sahaja tercetus berita DAP Pusat tidak boleh menyokong pembentukan kerajaan di Perak sekiranya jawatan MB (Menteri Besar) diberi kepada Adun Pas," ujar beliau yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak.
Mengetahui Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa DAP menarik balik persetujuannya, jelas Ustaz Ahmad, Nik Aziz terus menghubunginya dan meminta supaya keputusan membentuk kerajaan campuran bersama DAP diteruskan walaupun jawatan Menteri Besar bukan daripada Pas.
"Beliau (Nik Aziz) berkata antara lain, 'Anta pasti ingat peristiwa termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan pihak musyrikin Mekkah...'.
"Begitulah kata-kata dukungan beliau kepada saya dan Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama DAP. Padahal, pada Subuh yang sama, saya difahamkan beliau didatangi rombongan Mufti Perak untuk mendapat restu beliau agar Pas Perak bersetuju berpakat dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam di mana YB (Yang Berhormat) Nizar akan kekal sebagai calon MB," ceritanya lagi.
Terdahulu, ujarnya, keterbukaan pemikiran politik Nik Aziz terbukti dengan penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 apabila Pas bergabung tenaga dengan Parti Semangat Melayu 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
"Bahkan sebelum itu TGNA sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas terlibat dengan penubuhan pakatan kerjasama Parti SUP dan NASMA, malah juga bekerjasama bagi penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC)," kata Ustaz Ahmad Awang.
Untuk rekod, Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 malam di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada usia 84 tahun kerana menghidap kanser prostat.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Sabtu, Februari 13, 2016

JASA TGNA SANGAT BESAR..PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN MENERUSKAN USAHA MURNINYA.

Mazlan AlimanMazlan AlimanAllahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpandangan jauh dalam meluaskan konsep dakwah kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah)  Mazlan Aliman.
Mazlan berkata Tuan Guru Nik Aziz selalu berpesan agar mendekati masyarakat bukan Islam dan menekankan konsep Rahmatan lil Alamin (rahmat untuk sekelian alam).

“Tok Guru Nik Aziz selalu berkata, kita dengan orang Melayu sudah terlalu biasa. Kita hidup dalam lingkungan orang Melayu. Pada umumnya orang Melayu ni Islam cuma yang kurang pada orang Melayu ialah penghayatan, tapi yang penting sejauh mana dakwah kepada orang bukan Islam yang sepatutnya diberi keutamaan.

“Beliau selalu sebut tentang konsep Rahmatan lil Alamin dan pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang konsep dakwah sangat jauh,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengimbau kenangan bersama kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas itu, Mazlan berkata, sewaktu beliau menjadi ketua penerangan Pas Johor, Tuan Guru Nik Aziz akan meminta setiap program Pas di negeri itu disertai masyarakat bukan Islam.

"Saya pernah dua kali menjadi ketua penerangan Pas Johor. Kelebihan yang ada pada Tok Guru Nik Aziz, apabila kita hantar proposal program kepada beliau, antara perkara yang perlu ada dalam aturcara program adalah program bersama masyarakat nonmuslim.

“Pernah satu ketika tak ada aktiviti bersama masyarakat nonmuslim dalam program dan Tok Guru Nik Aziz menyatakan perasaan terkilan.
Walaupun tinggal seminggu lagi sebelum program, beliau minta dimasukkan program dengan orang Cina dan India sama ada dialog atau sebagainya,” cerita Mazlan yang pernah menganggotai jawatankuasa Pas Pusat.

Sambil mengakui jasa Tuan Guru Nik Aziz sangat besar dalam mengukuhkan perpaduan nasional di negara ini, Mazlan berkata, Amanah akan meneruskan usaha murni Tuan Guru Nik Aziz dalam memastikan keharmonian antara kaum dan menepis sikap perkauman sempit.

“Amanah akan menjadikan dakwah terhadap nonmuslim sebagai agenda utama untuk meredakan prasangka dan menjadikan kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini aman dan harmoni.

“Kalau Tuan Guru Nik Aziz sangat menekankan keluasan dakwah, kenapa kita nak kembali ke belakang dengan mengamalkan perkauman sempit?

“Saya nak menepis tuduhan kita (Amanah) ikut telunjuk orang bukan Islam itu tidak benar sama sekali tapi tuduhan itu menunjukkan betapa rasisnya kita,” ujarnya.

mdl

IKLAN PENAJA

 Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

Selasa, September 29, 2015

[WAJIB BACA] ALMARHUM TG NIK AZIZ LEBIH JUJUR...


 Image result for tgna


Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf 

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH. Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu.

Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Kisah Tuan Syed Hussein Ali : PRU 2004

Tuan Syed Hussein Ali ingin diturunkan oleh PKR sebagai calon mereka di Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya tahun 2004. Almarhum TGNA membantah cadangan itu dengan mengatakan bahawa selama ini orang Kelantan telah diajar bahawa “Sosialis itu adik beradik dengan Kommunis” maka sekiranya Tuan Syed diturunkan di Parlimen Kota Bharu, dikhuatiri beliau akan ditolak pengundi. Hasil dari itu maka PKR telah menukarkan calon mereka dan meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan. Tuan Syed Hussein pula telah diturunkan sebagai calon PKR di Negeri lain tanpa bantahan dari PAS.

Kisah PRU 2008 : Diletaknya Dato Wan Rahim

Versi saudara Nordin ini dipertikaikan kesahihannya oleh Dato Wan Rahim sendiri. Namun saya bentangkan juga untuk pengetahuan semua dan sertakan sekali penjelasan saya walaupun versi ini dipertikaikan.

Pada PRU 2008 Almarhum berusaha meletakkan calon PAS di Parlimen Kota Bharu walaupun kerusi Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi yang ditandingi PKR sejak 1999. Ini adalah atas sebab keputusan PRU 2004. Ketiga-tiga kerusi DUN di dalam Parlimen Kota Bharu dimenangi calon PAS tetapi kerusi Parlimen Kota Bharu yang ditandingi PKR dimenangi UMNO. Maka Almarhum membuat kesimpulan bahawa PKR bukan parti pilihan rakyat di Kota Bharu dan oleh itu berkeras untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Hasil dari tindakan Almarhum maka PKR Kelantan membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan. Almarhum seterusnya menyebut PKR sebagai parti yang mencelarukan dan PAS bersedia menghadapi BN secara bersendirian tanpa kerjasama PKR di Kelantan.

Walaupun demikian, hasil perbincangan, akhirnya PKR tetap bertanding juga di Kelantan pada 2008 dan telah berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

ANALISA DAN RUMUSAN

Ini adalah dua hujjah utama yang dikatakan Saudara Nordin bahawa sikap Almarhum TGNA adalah sama sahaja dengan TGHH. Sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Sekiranya peristiwa yang melibatkan Almarhum TGNA dibandingkan dengan TGHH, perbezaannya akan menjadi amat ketara bagi yang ingin mencari kebenaran.

1. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Tuan Syed Hussein

Jika dilihat dari pendirian Almarhum TGNA, maka amat jelas bahawa keinginan Almarhum ialah supaya calon yang diletakkan akan menang atau mempunyai harapan untuk menang. Ini adalah kerana Almarhum tidak mahu melihat UMNO memenangi kerusi Parlimen tersebut. Pandangan Almarhum TGNA adalah sebagai seorang rakan Tahaluf yang jujur yang ingin melihat calon PR menang dan UMNO kalah. Oleh itu Almarhum menegur pilihan Tuan Syed Hussein sebagai calon di Kota Bharu. Ianya keputusan yang tidak mengambil kira waqi’ politik Kota Bharu dan Kelantan.

Harap maklum bahawa pencalonan Tuan Syed di kawasan lain TIDAK dibantah oleh Almarhum TGNA atau PAS pada ketika itu. Hakikat bahawa PAS tidak membantahnya membuktikan bahawa ianya keputusan yang dibuat berdasarkan waqi’ politik Kelantan.

2. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Kota Bharu 2008

Begitu juga dengan keadaannya pada PRU 2008. Berdasarkan fakta dan statistik, Almarhum menjelaskan bahawa amat sukar bagi calon PKR menang di Parlimen Kota Bharu. Maka adalah lebih baik letakkan calon PAS. TGNA menganggap tujuan bertanding adalah untuk menang, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemenangan itu boleh diperolehi. Adalah tidak masuk akal demi mempertahankan kerusi sebagai milik parti PKR dalam keadaan diketahui berdasarkan keputusan PRU lepas, bahawa calon PKR akan kalah. Ini akan mnyebabkan UMNO menang dan dengan itu, Almarhum TGNA sebagai rakan PR, tidak sanggup membenarkannya.

Respon Almarhum TGNA terhadap pendirian PKR menarik diri bertanding di Kelantan pada tahun itu hasil pendirian beliau adalah kerana seolah-olahnya faktor menang itu tidak dipentingkan oleh PKR. Oleh itu dikatakan pemikiran PKR Kelantan ‘mencelarukan’. Ini adalah kerana faktor kemenangan adalah yang terpenting bagi sesebuah parti politik. Namun akhirnya ianya selesai dengan baik melalui perundingan.

Maka dalam kedua-dua peristiwa yang disebut oleh Saudara Nordin, kemenangan calon PR adalah matlamat utama Almarhum. Dalam soal ini kita boleh rumuskan Almarhum TGNA amat jujur dalam mengamalkan tahaluf siyasi ini.

3. Versi Dato Wan Rahim

Mengikut Dato Wan Rahim, sebenarnya kerusi Kota Bharu ditukar dengan kerusi Machang pada 2008 kerana PKR ingin meletakkan Saifuddin Nasution sebagai calon mereka. Ini disebabkan kerana Isteri Saifuddin adalah orang Machang maka lebih sesuai untuk beliau bertanding di situ. Machang asalnya kerusi PAS dan Kota Bharu pula kerusi PKR. Maka yang berlaku adalah pertukaran kerusi secara suka sama suka.

Sambil itu, Dato Wan Rahim sebagai YDP PAS Kota Bharu ditugaskan untuk bertanding di Kota Bharu.

4. Perbandingan Dengan Kes Kota Damansara

Bagaimana pendirian Almarhum TGNA boleh disamakan dengan pendirian TGHH dalam kes Kota Damansara? Ianya bagaikan langit dengan bumi.

Di Kota Damansara, Dr. Nasir adalah ‘incumbent’ atau mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya pada 2008. Oleh itu, keadaan beliau tidak sama dengan Tuan Syed Hussein. Dr. Nasir telah menang dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh menang. Maka ianya tidak sama juga dengan kes Kota Bharu pada 2008. Kalau Dr. Nasir telah kalah pada 2008 mungkin boleh digunakan sebagai hujjah untuk menolak beliau tetapi hakikatnya beliau telah menang.

Amat jelas, keputusan TGHH untuk membenarkan ‘sahabat menantunya’ bertanding bukan bertujuan menentukan kekalahan BN dan kemenangan calon PR. Sebaliknya ia dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa melalui itu, calon UMNO berkemungkinan boleh dan akan menang!

Melakukan sesuatu yang memungkin rakan kalah dan lawan menang, itulah maksud dan takrif perkataan ‘khianat’. Maka inilah apa yang telah dilakukan di Kota Damansara dan yang paling malang sekali ialah TGHH langsung tidak berasa bersalah, walaupun sedikit, bahawa UMNO telah menang atas sebab tindakan beliau itu. Tiada kekesalan pada masa itu hingga ke hari ini.

Ini belum lagi kita ambil kira persetujuan bersama di semua peringkat untuk membenarkan Dr. Nasir bertanding sekiranya beliau menggunakan lambang PKR. Ini merupakan sayarat seperti yang dikenakan ke atas beliau pada 2008. Persetujuan ini dikhianati. Tiada persetujuan yang sebegitu yang telah dikhianati TGNA.

KESIMPULAN

Kita boleh terus berputar belit dengan hujjah itu dan ini demi menegakkan benang yang sudah basah. Kita juga boleh memberi seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan pemimpin yang disanjungi. Namun ia tetap alasan dan ia tetap putar belit yang dapat dilihat jelas oleh rakyat jelata.

‘Pengkhianatan’ terhadap PR yang dilakukan TGHH adalah terang lagi bersuluh. Saya dan rakan-rakan telah cuba menegur pengkhianatan itu tetapi kami pula yang dipersalahkan sehinggalah terjadi apa yang telah terjadi. Kejujuran dalam berpakat membezakan pendekatan Almarhum TGNA dan TGHH. Pendekatan TGNA adalah pendekatan berdasarkan prinsip Islam.

Kejujuran Almarhum terus terserlah apabila difikirkan bahawa Kelantan diperintah PAS sejak 1990, iaitu selama 25 tahun. Jika mahu difikirkan, PAS terkuat di Kelantan. PAS Kelantan yang paling layak untuk mendakwa mereka tidak memerlukan PKR atau DAP. Namun Almarhum terus menerima calon PKR untuk bertanding di Kelantan dan bermesra dengan pimpinan DAP. Almarhum menyebut “sebagai tanda persahabatan”. Ini jauh berbeza dengan apa yang telah berlaku di Terengganu yang mana tidak pernah diperintah PAS selama mana di Kelantan, tetapi amat sukar untuk berunding dan membahagi kerusi sepertimana di Kelantan.

Kejujuran, keikhlasan bersahabat serta berpakat dan keinginan yang bulat untuk menjatuhkan UMNO/BN. Itulah sebenarnya yang membezakan antara Almarhum TGNA dan TGHH.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Selasa, Jun 30, 2015

TGNA DAN RAMADAN

Nik Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.
 

Isnin, Mei 25, 2015

100 hari TGNA pergi Bertemu Allah..

Nik Aziz Nik Mat

SHAH ALAM – Seorang pemuda menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ibunya mengembek seperti seekor kambing.

Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya.

“Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah...orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.

“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar). Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.

“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya... janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing. Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing,” katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.


Rabu, Februari 25, 2015

WAJIB BACA!! : PEMIMPIN PAS KENA LEBIH BIJAKSANA MENGAWAL EMOSI..nasihat baik..

PERGINYA ULAMA DUNIA

Dewan Pemuda PAS Kota Bharu merasa bimbang dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam PAS khususnya kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat selepas pemergian ke rahmatullah Almarhum Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika kita masih ingat, pada 9 September 2014 lalu, Tuan Guru pernah menyebut: “Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno. PAS adalah kakak yang tua, sudah ada dari 1951 lagi.

Orang PAS ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang lain.” Selaku abang sulung di dalam PR, PAS sudah sepatutnya menerima penghormatan dari parti-parti yang lebih muda usianya, iaitu PKR dan DAP. Jika ada perkara yang PKR dan DAP tidak bersetuju maka sepatutnya perkara ini hendaklah dibincangkan secara tertutup. Selaku abang sulung juga di dalam PR, pimpinan PAS juga seharusnya perlu lebih bijaksana mengawal emosi.

Jumaat, Februari 13, 2015

Laporan Langsung : Ziarah terakhir TGNA, ribuan banjiri Pulau Melaka

Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.

LAPORAN LANGSUNG

Khamis, Februari 12, 2015

Berita Terkini!! : TG Nik Aziz dibawa pulang

Ambulan yang membawa Nik Aziz tiba dirumahnya di Pulau Melaka, malam ini. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Keadaan kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini mula dipenuhi penyokong dan orang ramai setelah berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.

Malah kelihatan sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka.

Khamis, Januari 29, 2015

BERITA TERKINI!! : TUAN GURU NIK AZIZ ULAMA KEBANGGAAN ADMIN..

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan boleh duduk di kerusi roda buat pertama kali dan mampu bertahan selama setengah jam untuk sesi latihan pemulihan, hari ini.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, perkembangan itu cukup menggembirakan.

“Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam.

Ahad, Januari 25, 2015

LUAR BIASA!! TUAN GURU NIK AZIZ


Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Jumaat, Januari 23, 2015

MB Terengganu : kecewa berita palsu libatkan TG Nik Aziz

Ahmad Razif bersalaman dengan kakitangan HUSM sejurus keluar dari melawat Nik Aziz, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Salleh.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan trend penyebaran berita palsu membabitkan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Menurutnya, perkara yang tidak betul akan mewujudkan satu keadaan yang tidak tenteram.
 
"Kita kene bandung perkara ini (sebar palsu) kerana ia boleh merosakkan generasi dan masyarakat yang mudah terpengaruh dengan cerita tidak betul.

Rabu, Januari 21, 2015

Terkini!! Berita TGNA : Ayahanda semakin stabil, kata Nik Abduh

Nik Abduh di Wad 2 Delima yang menempatkan ayahnya di HUSM, Kubang Kerian.

KOTA BHARU - Keadaan Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz kini dilaporkan semakin stabil.

Hal tersebut dinyatakan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang tiba di hospital sejak awal jam 10 pagi tadi.

"Ayahanda menunjukkan tindak balas positif, malah solat subuh dan minum air pagi tadi, Alhamdulillah, doakan semoga semuanya kembali pulih," katanya kepada media pagi tadi.

Menurutnya, Nik Aziz turut menjalani 'city scan' semalam dan menurut keputusan yang diterima, beliau tidak mengalami masalah kesihatan lain.

MB Kelantan: TG Nik Aziz stabil

Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti‎ Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melawat beliau dalam satu kenyataan malam tadi berkata, perkembangan kesihatan Nik Aziz akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru. Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini.

Isnin, Januari 19, 2015

Terkini!! Berita TGNA : Ayah cuma uzur biasa, kata Nik Abduh

 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya anaknya Nik Abduh, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan.

“(Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.



Jumaat, Disember 26, 2014

TG Nik Aziz keletihan, rehat di hospital

Facebook Nik Abduh


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.

“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.

“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.

Rabu, Disember 10, 2014

ISU MAS : KENYATAAN TERKINI TUAN GURU NIK AZIZ..

http://biz-55.webs.com KUALA LUMPUR: Isu pelantikan warga luar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MAS turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju dengan kenyataan bekas PM, Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai CEO itu bagi pendapat Mahathir sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, seolah-olah tiada yang cerdik dan berkelayakan untuk menerajui syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata jika kita boleh berkecil hati kerana warga kita diketepikan, tidak berhakkah Allah untuk 'kecil hati' apabila undang-undangnya diketepikan.

Malah, Tuan Guru Nik Aziz menambah adakah Tun Mahathir baru menyedari bahawa negara kita sudah lama berkiblatkan Barat dalam urusan bernegara?

"Saya sokong Tun M dalam hal ini. Cuma saya ingin menambah, Tun M baru sedarkah bahawa kita telah berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undang-Nya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan