Memaparkan catatan dengan label Ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulama. Papar semua catatan

Selasa, September 29, 2015

[WAJIB BACA] ALMARHUM TG NIK AZIZ LEBIH JUJUR...


 Image result for tgna


Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf 

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH. Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu.

Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Kisah Tuan Syed Hussein Ali : PRU 2004

Tuan Syed Hussein Ali ingin diturunkan oleh PKR sebagai calon mereka di Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya tahun 2004. Almarhum TGNA membantah cadangan itu dengan mengatakan bahawa selama ini orang Kelantan telah diajar bahawa “Sosialis itu adik beradik dengan Kommunis” maka sekiranya Tuan Syed diturunkan di Parlimen Kota Bharu, dikhuatiri beliau akan ditolak pengundi. Hasil dari itu maka PKR telah menukarkan calon mereka dan meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan. Tuan Syed Hussein pula telah diturunkan sebagai calon PKR di Negeri lain tanpa bantahan dari PAS.

Kisah PRU 2008 : Diletaknya Dato Wan Rahim

Versi saudara Nordin ini dipertikaikan kesahihannya oleh Dato Wan Rahim sendiri. Namun saya bentangkan juga untuk pengetahuan semua dan sertakan sekali penjelasan saya walaupun versi ini dipertikaikan.

Pada PRU 2008 Almarhum berusaha meletakkan calon PAS di Parlimen Kota Bharu walaupun kerusi Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi yang ditandingi PKR sejak 1999. Ini adalah atas sebab keputusan PRU 2004. Ketiga-tiga kerusi DUN di dalam Parlimen Kota Bharu dimenangi calon PAS tetapi kerusi Parlimen Kota Bharu yang ditandingi PKR dimenangi UMNO. Maka Almarhum membuat kesimpulan bahawa PKR bukan parti pilihan rakyat di Kota Bharu dan oleh itu berkeras untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Hasil dari tindakan Almarhum maka PKR Kelantan membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan. Almarhum seterusnya menyebut PKR sebagai parti yang mencelarukan dan PAS bersedia menghadapi BN secara bersendirian tanpa kerjasama PKR di Kelantan.

Walaupun demikian, hasil perbincangan, akhirnya PKR tetap bertanding juga di Kelantan pada 2008 dan telah berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

ANALISA DAN RUMUSAN

Ini adalah dua hujjah utama yang dikatakan Saudara Nordin bahawa sikap Almarhum TGNA adalah sama sahaja dengan TGHH. Sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Sekiranya peristiwa yang melibatkan Almarhum TGNA dibandingkan dengan TGHH, perbezaannya akan menjadi amat ketara bagi yang ingin mencari kebenaran.

1. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Tuan Syed Hussein

Jika dilihat dari pendirian Almarhum TGNA, maka amat jelas bahawa keinginan Almarhum ialah supaya calon yang diletakkan akan menang atau mempunyai harapan untuk menang. Ini adalah kerana Almarhum tidak mahu melihat UMNO memenangi kerusi Parlimen tersebut. Pandangan Almarhum TGNA adalah sebagai seorang rakan Tahaluf yang jujur yang ingin melihat calon PR menang dan UMNO kalah. Oleh itu Almarhum menegur pilihan Tuan Syed Hussein sebagai calon di Kota Bharu. Ianya keputusan yang tidak mengambil kira waqi’ politik Kota Bharu dan Kelantan.

Harap maklum bahawa pencalonan Tuan Syed di kawasan lain TIDAK dibantah oleh Almarhum TGNA atau PAS pada ketika itu. Hakikat bahawa PAS tidak membantahnya membuktikan bahawa ianya keputusan yang dibuat berdasarkan waqi’ politik Kelantan.

2. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Kota Bharu 2008

Begitu juga dengan keadaannya pada PRU 2008. Berdasarkan fakta dan statistik, Almarhum menjelaskan bahawa amat sukar bagi calon PKR menang di Parlimen Kota Bharu. Maka adalah lebih baik letakkan calon PAS. TGNA menganggap tujuan bertanding adalah untuk menang, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemenangan itu boleh diperolehi. Adalah tidak masuk akal demi mempertahankan kerusi sebagai milik parti PKR dalam keadaan diketahui berdasarkan keputusan PRU lepas, bahawa calon PKR akan kalah. Ini akan mnyebabkan UMNO menang dan dengan itu, Almarhum TGNA sebagai rakan PR, tidak sanggup membenarkannya.

Respon Almarhum TGNA terhadap pendirian PKR menarik diri bertanding di Kelantan pada tahun itu hasil pendirian beliau adalah kerana seolah-olahnya faktor menang itu tidak dipentingkan oleh PKR. Oleh itu dikatakan pemikiran PKR Kelantan ‘mencelarukan’. Ini adalah kerana faktor kemenangan adalah yang terpenting bagi sesebuah parti politik. Namun akhirnya ianya selesai dengan baik melalui perundingan.

Maka dalam kedua-dua peristiwa yang disebut oleh Saudara Nordin, kemenangan calon PR adalah matlamat utama Almarhum. Dalam soal ini kita boleh rumuskan Almarhum TGNA amat jujur dalam mengamalkan tahaluf siyasi ini.

3. Versi Dato Wan Rahim

Mengikut Dato Wan Rahim, sebenarnya kerusi Kota Bharu ditukar dengan kerusi Machang pada 2008 kerana PKR ingin meletakkan Saifuddin Nasution sebagai calon mereka. Ini disebabkan kerana Isteri Saifuddin adalah orang Machang maka lebih sesuai untuk beliau bertanding di situ. Machang asalnya kerusi PAS dan Kota Bharu pula kerusi PKR. Maka yang berlaku adalah pertukaran kerusi secara suka sama suka.

Sambil itu, Dato Wan Rahim sebagai YDP PAS Kota Bharu ditugaskan untuk bertanding di Kota Bharu.

4. Perbandingan Dengan Kes Kota Damansara

Bagaimana pendirian Almarhum TGNA boleh disamakan dengan pendirian TGHH dalam kes Kota Damansara? Ianya bagaikan langit dengan bumi.

Di Kota Damansara, Dr. Nasir adalah ‘incumbent’ atau mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya pada 2008. Oleh itu, keadaan beliau tidak sama dengan Tuan Syed Hussein. Dr. Nasir telah menang dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh menang. Maka ianya tidak sama juga dengan kes Kota Bharu pada 2008. Kalau Dr. Nasir telah kalah pada 2008 mungkin boleh digunakan sebagai hujjah untuk menolak beliau tetapi hakikatnya beliau telah menang.

Amat jelas, keputusan TGHH untuk membenarkan ‘sahabat menantunya’ bertanding bukan bertujuan menentukan kekalahan BN dan kemenangan calon PR. Sebaliknya ia dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa melalui itu, calon UMNO berkemungkinan boleh dan akan menang!

Melakukan sesuatu yang memungkin rakan kalah dan lawan menang, itulah maksud dan takrif perkataan ‘khianat’. Maka inilah apa yang telah dilakukan di Kota Damansara dan yang paling malang sekali ialah TGHH langsung tidak berasa bersalah, walaupun sedikit, bahawa UMNO telah menang atas sebab tindakan beliau itu. Tiada kekesalan pada masa itu hingga ke hari ini.

Ini belum lagi kita ambil kira persetujuan bersama di semua peringkat untuk membenarkan Dr. Nasir bertanding sekiranya beliau menggunakan lambang PKR. Ini merupakan sayarat seperti yang dikenakan ke atas beliau pada 2008. Persetujuan ini dikhianati. Tiada persetujuan yang sebegitu yang telah dikhianati TGNA.

KESIMPULAN

Kita boleh terus berputar belit dengan hujjah itu dan ini demi menegakkan benang yang sudah basah. Kita juga boleh memberi seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan pemimpin yang disanjungi. Namun ia tetap alasan dan ia tetap putar belit yang dapat dilihat jelas oleh rakyat jelata.

‘Pengkhianatan’ terhadap PR yang dilakukan TGHH adalah terang lagi bersuluh. Saya dan rakan-rakan telah cuba menegur pengkhianatan itu tetapi kami pula yang dipersalahkan sehinggalah terjadi apa yang telah terjadi. Kejujuran dalam berpakat membezakan pendekatan Almarhum TGNA dan TGHH. Pendekatan TGNA adalah pendekatan berdasarkan prinsip Islam.

Kejujuran Almarhum terus terserlah apabila difikirkan bahawa Kelantan diperintah PAS sejak 1990, iaitu selama 25 tahun. Jika mahu difikirkan, PAS terkuat di Kelantan. PAS Kelantan yang paling layak untuk mendakwa mereka tidak memerlukan PKR atau DAP. Namun Almarhum terus menerima calon PKR untuk bertanding di Kelantan dan bermesra dengan pimpinan DAP. Almarhum menyebut “sebagai tanda persahabatan”. Ini jauh berbeza dengan apa yang telah berlaku di Terengganu yang mana tidak pernah diperintah PAS selama mana di Kelantan, tetapi amat sukar untuk berunding dan membahagi kerusi sepertimana di Kelantan.

Kejujuran, keikhlasan bersahabat serta berpakat dan keinginan yang bulat untuk menjatuhkan UMNO/BN. Itulah sebenarnya yang membezakan antara Almarhum TGNA dan TGHH.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Selasa, Ogos 11, 2015

PANAS!! : SURAT ULAMA BESAR DUNIA KEPADA AGONG MALAYSIA..

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه،
(وبعد)

Segala puji dan puja untuk Allah. Selawat dan salam untuk junjungan kita Rasulullah , para sahabt baginda dan setiap orang yang menurut hidayah dan bimbingan beliau.

Malaysia merupakan sebuah negara yang dekat di hati saya dan sangat sayang dan sanjung. Banyak pengalaman manis yang saya lalui di sini, ramai kenalan rapat , tempat tempat yang membawa seribu satu kenangan.

11223496_616366515133295_7969681963350950309_nRamai sahabat karib yang masih tersimpan nama nama mereka di hati saya. Saya memang kerap berkunjung menziarahinya. Hati saya sentiasa terdetik dan terpanggil apabila nama Malaysia disebut. Lebih lebih lagi bila melihat Malaysia terus berkembang pesat dan maju dalam berbagai lapangan hidup.

Saya juga sentiasa berdoa kepada Allah agar rakyat , kerajaan dan pemerintah Malaysia terus berkembang, makmur , maju , berpadu dan rakyatnya hidup dalam persaudaraan.

Pada ketika Malaysia dilihat maju dengan pesat dalam bidang pendidikan, ekonomi sosial dan teknologi saya juga ingin melihat Malaysia maju dalam bidang politik.

Saya juga mengharapkan agar Kerajaan Malaysia tidak menyikapi pembangkang sepertimana layanan buruk yang diberikan oleh kerajaan di negara dunia ketiga yang lain. Ini kerana pembangkang atau oposisi merupakan sebahagian entiti penting dalam negara demokrasi.

Pembangkang atau oposisi merupakan anak kunci keselamatan bagi perpaduan dan kesetabilan negara. Mereka menjadi kuasa pengimbang dan penghalang ke arah terjebaknya para pemuda mengikut pemikiran yang merusak dan aliran ekstrimisme.

Ungkapan dan lembaran ini saya catatkan sejajar dengan kegetiran dan kesusahan hidup yang dilalui kini oleh sahabat dan saudara saya sdr. Anwar Ibrahim .

Beliau sebelum ini telah memainkan peranan utama, melakar unjuran perkembangan negara serta meningkatkan pencapaian negara Malaysia ke aras yang paling tinggi, sehingga negara dan masyarakat Malaysia ikut mengecapi hasil khidmat bakti beliau.

Dalam masa yang sama saya sendiri – sepertimana orang lain – mengikuti pertuduhan aneh yang dilemparkan terhadap Yang Berhormat saudara Anwar Ibrahim . Pertuduhan yang sangat janggal berbanding umur, akhlak baik, amalan agama, sejarah hidup mahupun mertabat dan kedudukan sosial beliau .

Malah segala bukti sampingan dan situasi yang melatari pertuduhan itu menimbulkan seribu tanda tanya.
Beliau sebelum ini telah pernah dibebaskan dari pertuduhan kejahatan berkenaan oleh satu penghakiman yang sempurna kemudian setelah semuanya selesai dan reda untuk beberapa tahun beliau dihukum lagi dengan pertuduhan yang sama; walhal bahan buktikan entah kemana. Semua ini menimbulkan tanda tanya.

Saya mengenaili Sdr Anwar sejak umur belia lagi; sebagai seorang pemuda yang menentang regim lama sewaktu beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia. Kemudian beliau dipenjarakan kerana suatu demontrasi yang beliau terajui .

Selepas keluar dari tahanan beliau kemudiannya mendampingi pimpinan UMNO dan menjadi ahli parti tersebut dan seterusnya beliau diangkat menjadi menteri dibeberapa buah Kementerian.
Akhirnya beliau menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan dan juga dalam kerajaan.

Semasa dalam kerajaan beliau telah mengundang saya beberapa kali berkunjung ke Malaysia untuk mendekatkan hubungan yang menjarak antara parti UMNO dan PAS, ketika itu saya sendiri menyokong hasrat berkenaan, iaitu untuk meujudkan perpaduan, kekuatan politik dan kestabilan hidup di Malaysia.

Saya malah ikut membantu beliau membangun Universiti Islam Antara Bangsa yang menggunakan pendekatan dan konsep kesepaduan antara ilmu wahyu, ilmu sains dan kemanusiaan.

11063820_919495931430277_4703782233399282192_n

Saya mengenali beliau sebagai seorang tokoh yang menyerlah dan tersohor . Beliau dikenali ; bukan sahaja di Malaysia, di dunia Arab ,malah beliau terkenal di Dunia Barat.

Beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Boleh dikatakan beliau adalah antara pemimpin baru yang menonjol dan bertanggongjawab memaju dan membangun negara Malaysia.

Pada satu ketika dahulu beliau pernah diramal sebagai bakal pengganti Perdana Menteri Malaysia Untuk Era Baru . Malangnya ramalan itu tidak kesampaian kerana sipak terajang dan muslihat politik ketika itu.

Saya yakin beliau adalah seorang muslim yang jujur, beriman , beristiqamah , menunaikan kewajiban agama, menghindari dosa-dosa besar dan perkara yang diharamkan oleh Allah. Beliau berbuat untuk kemulian agama , mengharumkan nama negara dan berbakti untuk anak bangsa dan umat Islam.
Allah penentu segala-galanya Maha Tahu. Saya tidaklah mahu mendahului Allah mengenai hakikat sebenar tentang siapa beliau.

Tapi kini, kita lihat satu satunya ahli politik yang yang dikait dan dipalitkan dengan isu isu moral yang mengaibkan; dengan bahan bukti yang amat meragukan. Beliau dihukum dengan tahanan penjara berkali-kali . Kalau lah tidak kerana keraguan saya terhadap pertuduhan itu tentu saya tidak akan menulis menyentuh perkara ini.

Saya memang boleh berdiam diri dan membiarkan beliau merengkuk dalam penjara. Tapi kesetiaan saya dengan beliau sebagai seorang sahabat, disamping keyakinan saya tentang pendirian beliau yang baik dan niat baik saya terhadap rakyat dan kerajaan Malaysia, semua itu menghalang saya untuk bersikap mendiamkan diri melihat ketidakwajaran tindakan terhadap beliau.

Selaras dengan kesedaran di atas, saya menyeru dan merayu kepada Tuan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Najib Bin Abdul Razak agar mengampun dan memaafkan saudara Anwar Ibrahim.

Lebih-lebih lagi kes ini bukan kes yang dibangkitkan dalam era pemerintahan beliau. Tun Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang saya selalu berutus surat dan pernah saya ziarahi dan bertemu dengan beliau. Saya yakin dengan izin Allah beliau akan respon dan menyambut baik terhadap permohonan saya ini.

Saya menyeru kepada beliau agar menamatkan unsur kezaliman dalam kes ini yang telah menjejaskan imej dan nama baik Malaysia serta para pemimpinnya.
Demi Allah saya sangat prihatin dan berhasrat sungguh untuk menyatupadukan rakyat Malaysia , bahkan seluruh umat Islam amnya.

 Allah berfirman:

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Bahawa umat ini adalah umat yang satu dan Aku Tuhan kalian , sebab itu bertakwalah kepadaku,
( Al Mu’minun 50)

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
Berpegang teguhlah dengan ajaran agama Allah dan jangan kalian berpecah belah. ( Ali Imran 103)

لَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Janganlah kalian bergaduh dan berbalah nanti kalian akan gagal dan lenyap keharuman nama baik kalian. Sebab itu bersabarlah, kerana Allah bersama orang yang tabah dan sabar. ( Al Anfal 46)
Ya Allah satukanlah para hambaMu atas dasar hidayah. Rapatkan hati-hati mereka untuk bertakwa kepadaMu. Mesrakan hubungan jiwa sesama mereka atas landasan kasih sayang. Padukan azam dan tekad mereka untuk berbuat kebaikan, kebajikan dan melakukan amalan yang terbaik .

Amin Ya Rabbal Aalamin.

Yang Benar
Yusuf Al Qaradhawi
Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

sk

Isnin, Mei 25, 2015

100 hari TGNA pergi Bertemu Allah..

Nik Aziz Nik Mat

SHAH ALAM – Seorang pemuda menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ibunya mengembek seperti seekor kambing.

Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya.

“Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah...orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.

“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar). Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.

“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya... janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing. Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing,” katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.


Sabtu, April 25, 2015

Nasihat : Ulama Pas, Tidak salah undi PKR

 Dr Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selagi tiada keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak salah bagi ahli Pas mengundi calon PKR dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah, yang meminta semua pihak merujuk kepada kedua-duanya mengenai isu dikeluarkan oleh Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman berhubung fatwa pengharaman mengundi calon menolak hudud.

“Rujuk pada Majlis Syura dan juga presiden. Jangan mendahului kepimpinan. Masing-masing boleh bagi pendapat dan kita tidak boleh menghilangkan orang yang mahu beri pendapat atau pandangan, tetapi sebaik-baik pandangan dan pendapat hendaklah dibuat oleh pihak berautoriti.

“Dari segi asasnya, tahalluf siyasi masih berjalan dan kerjasama politik diteruskan sehingga kini. Setakat ini, tidak timbul perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Jumaat, April 24, 2015

PEMUDA PAS : JANGAN BOIKOT PRK PERMATANG PAUH..

PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.
 

Rabu, April 22, 2015

HOT!! : AHLI PAS DI SERU MENGUNDI PKR DI PERMATANG PAUH...

 Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Ahli PAS perlu mengundi calon PKR di Permatang Pauh

Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.

Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.

Jumaat, April 17, 2015

MESEJ JELAS!! : CALON PRESIDEN PAS


Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.

 

Khamis, April 16, 2015

TERBAIK!! : PAS SOKONG PKR DI PRK PERMATANG PAUH..menangis umno kah kah kah

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pas menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.
“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

Selasa, April 14, 2015

BERITA PANAS!! : BENARKAH DAKWAAN INI ?? JIKA BENAR PAS SUDAH PARAH!!!

 

Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.



Khamis, April 09, 2015

HOT!! : RAHSIA PENYATUAN UMNO DAN PAS TERBONGKAR!!

Wan Hisham Wan Salleh

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Umno Bahagian menyelar sikap musuh politik yang bertindak memecahbelahkan perpaduan orang Islam dan Melayu khususnya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, usaha murni Umno yang sentiasa membuka peluang ke arah penyatuan bersama Pas, sengaja disalah anggap pihak tertentu yang cuba menghalang agenda itu.

Katanya, peringkat dalaman Pas yang tegang selepas tertubuhnya Pasma, menyebabkan usaha penyatuan itu dipandang serong khususnya terhadap Umno dan golongan ulama Pas.

“Kalau ulama (Pas) mahu perpaduan, Umno mahu perpaduan, adakah itu salah? Kalau ulama (Pas) mahu tegakkan Islam, Umno mahu tegakkan Islam, adakah itu salah? Adakah mempertahankan liberalisme, LGBT itu baik? Itu yang sepatutnya diterangkan (Pasma).


Jumaat, April 03, 2015

HOT!! : JEMAAH ISLAM MALAYSIA CABAR MAJLIS FATWA MALAYSIA BERKAITAN CUKAI ZALIM GST..

 

PAS mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang didakwanya bersekongkol mencari dalil bagi mengharuskan “kezaliman pemimpin” dalam isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Alasan ini bukanlah pandangan syarie yang sebenar melainkan untuk menggembirakan hati pemimpin,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .

Bermula dengan penuh kontroversi semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata pelaksanaan GST halal dan mengikut fatwa.

Muzakarah Jawatankuasa MFK yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.


Ahad, Mac 15, 2015

PENTING : ELAK PR PECAH, DAP DAN PKR KENA SOKONG HUDUD DI KELANTAN.

 

Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam. Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama.

Namun jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS. Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong. 

Ahad, Mac 08, 2015

TERKINI!! : KENYATAAN ULAMA PAS DENGAN KEGANASAN TERHADAP PEMIMPIN PAS.

 

PAS mendakwa terdapat pihak mengambil kesempatan menjelang pemilihan parti itu Jun depan dengan tindakan ganas menyerang dan membakar kereta pemimpin PAS.

“PAS sedar ada pihak yang sedang menangguk di air keruh sempena pemilihan parti di Jun,” kata naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
.
Beliau menyeru ahli dan pemimpin PAS supaya tidak memberi peluang kepada kumpulan itu mengeruhkan keadaan.

Katanya, sebagai parti Islam yang menerima demokrasi, mereka patut menunjukkan ketinggian disiplin, akhlak, sikap kerterbukaan melebihi parti-parti lain.



Sabtu, Februari 28, 2015

Mesej Jelas : ‘Ulama bukan tiket untuk dapat jawatan’

 

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.



Jumaat, Februari 27, 2015

HOT!! : ULAMA PAS KENA TEGUR KERAS OLEH USTAZ AHMAD AWANG

ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Rabu, Februari 25, 2015

WAJIB BACA!! : PEMIMPIN PAS KENA LEBIH BIJAKSANA MENGAWAL EMOSI..nasihat baik..

PERGINYA ULAMA DUNIA

Dewan Pemuda PAS Kota Bharu merasa bimbang dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam PAS khususnya kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat selepas pemergian ke rahmatullah Almarhum Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika kita masih ingat, pada 9 September 2014 lalu, Tuan Guru pernah menyebut: “Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno. PAS adalah kakak yang tua, sudah ada dari 1951 lagi.

Orang PAS ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang lain.” Selaku abang sulung di dalam PR, PAS sudah sepatutnya menerima penghormatan dari parti-parti yang lebih muda usianya, iaitu PKR dan DAP. Jika ada perkara yang PKR dan DAP tidak bersetuju maka sepatutnya perkara ini hendaklah dibincangkan secara tertutup. Selaku abang sulung juga di dalam PR, pimpinan PAS juga seharusnya perlu lebih bijaksana mengawal emosi.

Selasa, Februari 24, 2015

BERITA HOT!! : KERAJAAN UMNO/BN TERMASUK JERAT PARTI PAS KAH KAH KAH KAH KAH...Layan....


Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.

Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.

Isnin, Februari 23, 2015

Sabtu, Februari 14, 2015

Presiden PAS : Hudud amanah TG Nik Aziz yang wajib disambung

Hadi Awang

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah memberi isyarat bahawa pelaksanaan Enakmen Syariah II akan diteruskan sekali gus menepis cadangan rakan komponennya, DAP yang mahu hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditangguhkan sehingga 2023.

Melalui satu kenyataan, beliau mengingatkan agar parti itu menyambung warisan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk berkaitan dengan hudud yang diperjuangkan selama ini.

Jumaat, Februari 13, 2015

Laporan Langsung : Ziarah terakhir TGNA, ribuan banjiri Pulau Melaka

Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.

LAPORAN LANGSUNG

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan