Memaparkan catatan dengan label Khalid Samad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Samad. Papar semua catatan

Rabu, Mac 13, 2019

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Menteri

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Khalid

Ungkapan propaganda yang digunakan Umno dan Pas mengakibatkan orang bukan Islam berasa tidak selamat di negara ini kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.
Beliau berkata, kerjasama Pas-Umn yang sering melaungkan Melayu dan Islam memberi konotasi seolah-olah kedua-dua parti itu boleh melahirkan bibit kebimbangan kepada bukan Islam.
“Mereka menggunakan ungkapan negara bahaya, terancam oleh orang bukan Islam, maka seruan mereka adalah seruan menyatukan Melayu dan Islam untuk menghadapi ancaman bukan Islam.
“Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian, tidak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia merupakan satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa kerjasama Umno dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula senada dengan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, kempen kedua-dua parti negatif dan terarah kepada melahirkan rasa ketakutan dan kebencian diantara orang Islam dan bukan Islam.
“Jadi tidak salah jika bukan Islam terasa terancam kerana kempennya selalu kempen kebencian dan ketakutan itu yang mereka buat, ia tidak normal dan natural.
“Kita perlu ajak rakyat menganggap negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kembali kepada asas Malaysia, hormat agama dan budaya sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Katanya Umno-Pas bukan sahaja mengancam Pakatan Harapan malah keseluruhan negara.
“Pas dan Umno bukan hanya ancam PH tapi juga seluruh negara kerana kamu lihat propaganda yang dilakukan. Menggunakan isu perkauman dan agama jadi saya setuju dengan komen saudara Nga Kor Ming,” ujarnya.
Picture

Khamis, Disember 20, 2018

Isnin, November 26, 2018

Pemimpin PAS lemah, benarkan diri diperguna UMNO

Pemimpin PAS lemah, benarkan diri diperguna UMNO
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Ini kerana katanya rancangan UMNO untuk mengadakan demonstrasi mengenai ICERD dan disokong oleh PAS itu hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang kini seorang demi seorang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Saya pun hairan kenapa pemimpin PAS sanggup membenarkan diri mereka dipergunakan oleh pemimpin UMNO,” katanya pada majlis santai Amanah Sarawak bersama media, di sini hari ini.
Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata tindakan kedua-dua parti tersebut yang terus memainkan isu ICERD hanya bermatlamat politik.
Ini kerana katanya segala yang dicanang oleh PAS dan UMNO termasuk negara ini akan hancur dan institusi raja bakal dihapuskan jika Malaysia meratifikasi ICERD adalah satu pembohongan kerana kerajaan persekutuan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mengulangi penegasan yang dibuat oleh beberapa menteri sebelum ini bahawa keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.
— BERNAMA


Berita penuh https://malaysiadateline.com/pemimpin-pas-lemah-benarkan-diri-diperguna-umno/


Picture

Isnin, Oktober 29, 2018

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Politik, bukan sekadar pecaturan yang bercorak strategik. Di mana yang menang akan mendapat seribu satu habuan; justeru yang kalah pula akan terus dipinggirkan.
Sebenarnya, berjaya ataupun gagalnya karier seseorang ahli politik terletak pada keberkesanan mereka dalam mengutarakan hujah-hujah beliau, merangka tindakan dan mempastikan keberkesanan tugas mereka.
Pertamanya, Khalid Samad telah berjaya mendemokrasikan semula institusi pentadbiran di ibu negara Kuala Lumpur apabila beliau melibatkan semua wakil yang dipilih rakyat ke dalam sistem pentadbirannya, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai menteri.Dari ketiga-tiga segi ini, Khalid Samad, sebagai Menteri Wilayah telah mempamerkan ciri ciri ini dengan jayanya.
Ia adalah sejarah besar setelah sekian lama wakil-wakil rakyat ini terpinggir walaupun kumpulan mereka adalah majoriti di Wilayah.
Majlis Menteri Wilayah mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 20 Julai 2018, di Menara DBKL, 18 hari selepas Khalid mengangkat sumpah secara rasmi sebagai menteri.
Melalui Majlis Menteri, kesemua 11 ahli parlimen di Kuala Lumpur duduk bersama para pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbincang dan memutuskan segala urusan di ibu negara itu.
Ia satu format baru pentadbiran DBKL. Kalau selama ini DBKL hanya dipandu oleh Lembaga Penasihat yang dilantik oleh menteri, kini DBKL dipandu oleh wakil yang dipilih oleh rakyat.
Ini merupakan satu langkah yang bijak, malah tepat pada masanya, memandangkan betapa penting-nya semua pihak boleh saling memahami segala atur-langkah pembangunan Wilayah Persekutuan.
Walaupun jawatan kuasa sebelas orang ini tidak boleh menyelesaikan segala hal remeh temeh dan isu-isu pembangunan, namun margin kesalahan proses ini boleh terus disempitkan menerusi perbincangan yang bertunaskan demokrasi.
Tiga kejayaan besar dalam 100 hari pertama Khalid sebagai Menteri Wilayah.
PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2020
Serentak dengan kejayaan yang pertama itu, Khalid sebagai Menteri Wilayah telah membuat keputusan untuk menggezetkan Plan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang telah disiapkan lebih 18 tahun lalu.
Ia tidak pernah digezetkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk mengkaji dan membuatnya — semata-mata kerana bimbang plan itu mengikat keputusan yang hendak dibuat kemudian.
Bagi Khalid, langkah menggezetkan plan ini penting untuk mempastikan pembangunan Kuala Lumpur berjalan sebagaimana dirancang bukan ikut kehendak semasa sahaja.
Insya Allah plan ini akan digezetkan menjelang akhir tahun ini selepas segala prosedur yang diperlukan dipenuhi.
Selepas kedua-duanya berjalan, Khalid memasuki fasal penting dalam masa-masa awal kerier beliau sebagai Menteri Wilayah — mengendalikan isu penjualan tanah oleh DBKL yang menjadi isu utama menjelang pilihan raya umum ke 14 lalu.
Ketika itu ahli parlimen DAP telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur.
Langkah pertama yang dibuat Khalid adalah meminta SPRM membuat kajian segera mengenainya.
Serentak dengan itu juga, Khalid menubuhkan satu Task Force (Pasukan Petugas) untuk mengkaji isu ini secara mendalam bagi pihak beliau sendiri sebagai menteri. Task Force ini terdiri dari pegawai pejabat beliau, pegawai Kementerian Wilayah dan pegawai dari DBKL sendiri.
Pasukan Task Force yang membawa RM149 juta untuk DBKL selepas penjualan tanah ibu kota itu dirunding semula oleh mereka.
Perkara pertama yang mereka temui adalah bukan 64, tetapi 97 transaksi penjualan tanah berlaku di bawah DBKL.
Selepas bermesyuarat secara marathon, Pasukan Petugas ini telah membuat pelbagai penemuan dan langkah yang sangat bermakna untuk negara. Dan yang paling penting adalah berjaya menambahkan RM149 juta untuk DBKL hasil traksaksi tanah itu selepas rundingan semula dibuat dengan para pembelinya.
RM149 juta bukan satu nilai yang kecil dan ia diperolehi hanya dengan merundingkan semula dengan pembelinya. Entah apa yang berlaku dalam pentadbiran sebelum ini sehingga tanah-tanah itu dijual dengan harga yang murah dalam 97 transaksi itu.
Untuk tahun depan, Khalid mula merangka plan untuk kementeriannya. Yang bakal menjadi tumpuan adalah menangani masalah kesesakan di ibu kota dengan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, memberikan tumpuan kepada kebajikan untuk miskin bandar dan pelan kebajikan untuk semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menjelang akhir tahun 2018 ini beliau mahu semua sekolah tahfiz di ibu kota didaftarkan. Ia bertujuan untuk membolehkan kerajaan mengenalpasti kewujudan mereka dan seterusnya dapat membantu mereka.
Karier politik seseorang ahli parlimen memang penuh dengan ranjau di sepanjang jalan. Khalid Samad akan terus menempuhi-nya. Namun bukan mudah juga untuk membuka langkah-langkah yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat untuk penduduknya.
Khalid Samad harus digalakkan untuk terus menggunakan pelbagai cara baru untuk meningkatkan tahap kemajuan kementeriannya dan seterusnya memberi manafaat kepada seluruh negara. Syabas.
mdl

Picture

Khamis, Oktober 04, 2018

Port Dickson boleh jadi Parlimen terpenting jika Anwar menang

Port Dickson boleh jadi Parlimen terpenting jika Anwar menang
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata Parlimen Port Dickson boleh menjadi antara Parlimen terpenting sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Beliau berkata, Ketua Umum PKR itu juga boleh membantu urusan pentadbiran kerajaan sekarang untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan sekiranya menjadi Perdana Menteri.
“Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Seri Anwar, pastinya akan membantu kerajaan sekarang untuk berdepan pengkritik-pengkritik kerajaan ini,” katanya pada ceramah yang diadakan di Dewan Tokong Leong Hin San semalam.“Kerajaaan sekarang akan berdepan dengan pelbagai kritikan terutama sekali kepada pembangkang yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam  berkata, kritikan terhadap kerajaan akan sentiasa ada untuk menjatuhkan PH yang memerintah, namun jika semua kerja dilakukan dengan betul dan berfakta maka tiada apa yang perlu dirisaukan serta semuanya akan berjalan lancar.
Ceramah diadakan turut dihadiri antaranya bekas penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Ahli Parlimen Lumut Dr Mohd Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Dr Mohd Hatta Ramli
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menolong Datuk Seri Anwar berkempen di Port Dickson ini.
“Semua pemimpin dalam PH perlu memainkan peranan untuk memastikan kemenangan milik kita serta membuatkan orang ramai keluar untuk mengundi pada 13 Oktober nanti,” katanya
Dr. Hatta yakin jika Datuk Seri Anwar kembali dalam arena politik ini, pembangkang pasti akan lebih gelisah.
“Lihat sajajalah pengalaman beliau sendiri yang hampir 20 tahun berada dalam politik, sangat berkaliber untuk memimpin dan merupakan calon Perdana Menteri Malaysia ke-8,”ujarnya.
Beliau menegaskan, Datuk Seri Anwar serta keluarga sebagai seorang yang tabah setelah dilimpahi pelbagai cabaran sepanjang berada di arena politik ini.
“Justeru itu, ingin saya jelaskan di sini, perjuangan Datuk Seri Anwar, akan mendapat sokongan penuh oleh semua yang berada di dalam PH,
“Datuk Seri Anwar tidak lagi keseorangan atau pun hanya disokong oleh isteri dan anak beliau, namun pada kali ini, marilah semua menyokong Datuk Seri Anwar dan berikan yang terbaik buat kerajaan PH sekarang,”
PRK PD akan diadakan pada 13 Oktober ini menyaksikan Datuk Seri Anwar akan dicabar calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.
Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.
Antara pimpinan Pakatan Harapan yang hadir untuk memberikan ceramah pada kempen calon PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dun Linggi.
mdl

Picture

Rabu, Ogos 29, 2018

Khalid Samad akan pastikan nasib Buskers OKU terbela

Khalid akan pastikan nasib Buskers OKU terbela
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hari ini Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan) dan sekumpulan Buskers Orang Kurang Upaya (OKU) bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan susulan alat muzik mereka dirampas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga tular di media sosial.
Susulan itu Khalid Samad telah berbesar hati untuk bertemu dengan sekumpulan buskers untuk mendengar sendiri permasalahan yang berlaku.
Sekumpulan Buskers OKU itu hadir di Pejabat DBKL dan Khalid telah mendengar aduan dan luahan hati mereka.
“Saya akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan nasib mereka terbela,” ujar Khalid dalam kenyataannya hari ini.
Khalid Samad (dua dari kiri) menerima aduan mengenai permasalahan buskers OKU sambil diperhatikan Freddie Fernandez (kanan).
Pertemuan itu turut dihadiri Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.
Freddie dalam kenyataan pada Ahad lalu, dipetik berkata, komitmen menteri wilayah yang baru itu diyakini dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan penuh muhibah.
“Karyawan melahirkan kesyukuran dan amat kagum dengan perhatian yang diberikan oleh menteri yang begitu mengambil berat perihal ini sehingga sanggup meluangkan masa bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.
“Komitmen daripada menteri untuk turun berjumpa ini satu rahmat kepada semua penghibur jalanan.
“Ini kerana beliau sudi untuk mendengar sendiri penjelasan segala permasalahan yang timbul dan pastinya akan diselesaikan dengan penuh muhibah,” katanya dalam satu kenyataan dipetik.
Baru-baru ini tular di media sosial tindakan penguatkuasa DBKL menyita alat muzik kumpulan ‘buskers’ OKU itu hingga mencetuskan cemuhan pengguna media sosial.
Berikutan itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaannya bertemu dengan kumpulan terbabit selepas Hari Raya Aidiladha bagi mencari jalan penyelesaian.
mdl

Picture

Khamis, Julai 26, 2018

MP Shah Alam cadang PH lantik ketua penyokong kerajaan pastikan cukup korum

MP Shah Alam cadang PH lantik ketua penyokong kerajaan pastikan cukup korum
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan Pakatan Harapan (PH) melantik ketua penyokong kerajaan dalam kalangan ahli Parlimen parti pemerintah untuk memastikan korum mencukupi di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, masalah tidak cukup korum kerana PH hanya mempunyai ketua whip bagi setiap parti komponennya.
“Maknanya, semua ahli Parlimen kerajaan perlu ada seorang ketua.
“Saya syorkan semua ketua whip duduk berbincang dan putuskan sesama mereka sementara menunggu keputusan Majlis Presiden,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Rakyat tertangguh 6 minit kerana tidak cukup korum dan ia disambung semula selepas 35 ahlI Parlimen berada dalam dewan.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1) menyatakan perlu ada 26 ahli Parlimen, tidak termasuk speaker untuk menyambung persidangan.
Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata, ahli Parlimen PH mengadakan mesyuarat semalam, tetapi belum membuat keputusan berhubung pelantikan ketua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong akan meminta parti komponen PH mengadakan mesyuarat bagi memilih seorang ketua yang bertanggungjawab memastikan ahli Parlimen kerajaan memasuki dewan dan mempunyai korum secukupnya selepas lonceng dibunyikan.
Dalam perkembangan sama hari ini,  Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub dipetik berkata, bersetuju dengan cadangan supaya elaun bulanan Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat dipotong sekiranya ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga, berkata, tindakan itu boleh diambil jika Ahli  Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.
mdl

Picture

Jumaat, Julai 06, 2018

Tegur saya jika buat silap, pinta Menteri Wilayah kepada jamaah masjid

Khalid memberikan ucapan sulung kepada penduduk Wilayah Persekutuan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya menjelang solat Jumaat hari ini.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menteri Wilayah yang haru, Khalid Abdul Samad meminta penduduk Putrajaya agar menegur beliau jika membuat apa-apa kesilapan ketika beliau mengemudikan kementeriannya.
Ketika memberikan ucapan sulung kepada warga Wilayah di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sebelum solat Jumaat tadi, Khalid berharap sangat agar beliau ditegur jika membuat kesilapan nanti.
“Amanah yang saya terima ini sangat berat. Harap-harap bantulah saya dengan menegur dan memberikan nasihat.
“Tegurlah saya jika berbuat silap, nasihatlah saya. Insya Allah saya akan menerimanya dengan baik,” kata Khalid pada hari ke empat beliau mula bertugas sebagai Menteri Wilayah.
Khalid berucap kira-kira 15 minit sebelum azan dilaungkan sebagai tanda masuknya waktu zohor di Putrajaya sebelum khutbah dan solat Jumaat ditunaikan.
Seorang jamaah masjid mengambil peluang untuk bergambar dengan Khalid selepas solat Jumaat.
Dalam ucapan itu juga, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, akhlak umat Islam sekarang banyak yang rosak kerana pemimpin gagal menunaikan tanggungjawab mereka.
“Janganlah kita menjadi rosak kerana akhlak kita yang buruk dan mengkhianat.
“Perebutan harta dunia ini antara punca kegagalan kita,” kata beliau menyindir pemimpin yang rasuah sehingga menyebabkan akhlak rakyat juga menjadi rendah.
Beliau juga meminta semua pihak agar mengejar kedua-dua, iaitu dunia dan juga akhirat.
“Dunia dan akhirat penting kedua-duanya dan ia boleh dicapai melalui akhlak yang baik,” katanya.
mdl

Picture

Khamis, Julai 05, 2018

Kementerian Wilayah tidak akan lindungi pihak yang melakukan penyelewengan

Khalid bergambar kenangan dengan pegawai kanan kementeriannya dan juga Perbadanan Putrajaya.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kementerian Wilayah tidak akan membela mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan di bawah kementeriannya sebelum ini tanpa mengira sesiapa yang terlibat.
Menterinya Khalid Samad berkata, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib dan kementeriannya akan memberikan kerjasama penuh mengenainya.
“Saya yakin semua pihak juga akan memberikan kerjasama atas siasatan yang dilakukan jika benar ada apa-apa penyelewengan sebagaimana didakwa.
“Kita tidak ‘cover up’ mana-mana pihak yang terlibat yang melakukan pecah amanah termasuk dalam kes penjualan tanah kerajaan di Putrajaya,” kata Khalid kepada media selepas melawat secara rasmi Perbadanan Putrajaya hari ini.
Khalid telah diberikan taklimat oleh Presiden Perbadanan Putrajaya mengenai peranan dan operasinya.
Sebelum ini media melaporkan kononnya ada 64 lot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju tanpa tender terbuka.
Dalam sidang media itu Khalid turut berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam siasatan atau menyiasatnya sendiri terhadap mana-mana dakwaan penyelewengan.
“Namun begitu saya telah meminta KSU (Ketua Setiausaha) untuk memberikan saya maklumat yang perlu,” katanya.
Khalid juga berkata, pihaknya juga tidaklah berniat untuk menyasarkan mana-mana pihak untuk membalas dendam politik.
“Kami masuk ke sini sama-sama membantu membangunkan negara khasnya Putrjaya bukan untuk ‘whitch hunt’ mana-mana pihak,”kata Khalid.
Khalid juga menolak akan datang sebarang rombakan menyeluruh kepada kementerian Wilayah.
“Kami datang untuk membawa pentadbiran yang lebih telus, amanah dan bebas dari bentuk rasuah.
“Sesiapa yang setuju dan memberikan komitmen ke arah perkara itu akan dikekalkan dan tidak perlukan sebarang rombakan,” katanya.
mdl

Picture

Jumaat, Jun 29, 2018

Kes saman fitnah YB Khalid Samad terhadap Dato Dr Hassan Ali, Yb khalid Menang.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kes saman fitnah YB Khalid Samad terhadap Dato Dr Hassan Ali berhubung satu ucapan yang dibuat pada 30 Jan 2012 di Shah Alam yang menuduh YB Khalid Samad menghalang usaha membasmi penjualan arak di Selangor.
Pihak-pihak telah mencapai persetujuan di mana Dato Dr Hassan Ali diperintahkan membayar gantirugi sebanyak RM200,000 dan kos sebanyak RM25,000 kepada YB Khalid Samad.
Kes ini didengar di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Puan Rohani Ismail. YB Khalid Samad diwakili Peguam Faiz Fadzil dan Dato Dr Hassan Ali diwakili Peguam Hasnal Rezua dan Muzzammil Merican.
Pemuda Amanah Pulau Pinang

Picture

Khamis, Jun 07, 2018

Isu MAIS: Khalid Samad bebas pertuduhan Akta Hasutan

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah, membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan ‘prima facie’ di akhir kes.
Mahkamah memutuskan bahawa ucapan Khalid di lobi Parlimen pada 17 Jun itu tidak melanggar sempadan dan tidak berbaur hasutan.
Khalid, 60, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
mdl
Picture

Ahad, Jun 03, 2018

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir - Yb Khalid Samad

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa PAS pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan. Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, PAS akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga. Tetapi malangnya bagi PAS, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri pasca PRU14. Keyakinan Najib ini mungkin terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!

Sekiranya PAS kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan. Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH. (Sila lihat pada maklumat di bawah). Ini akan menjadikan jumlah kerusi BN di Semenanjung begitu kecil jumlahnya dan menjadikan BN, dan khususnya UMNO, tidak lagi releven untuk masa depan politik Negara. Sedangkan dengan jumlah yang ada sekarang sekalipun mereka terkapai-kapai, apatah lagi sekiranya dikurangkan lagi dengan 36 kerusi lain.

Pada masa sama PAS akan memperolehi paling kurang 33 kerusi Parlimen. Ini adalah berdasarkan 11 kerusi yang dimenangi AMANAH dicampurkan dengan 18 kerusi yang dimenangi PAS dan ditambah pula dengan sebahagian dari 36 kerusi yang disebutkan tadi. Dalam keadaan itu pimpinan PAS akan menjawat jawatan-jawatan Menteri penuh dan Timbalan Menteri yang akhirnya sekarang ini diberikan kepada pimpinan AMANAH. Dan jawatan-jawatan Menteri Besar beberapa negeri akan turut dipegang PAS, selain Kelantan, Terengganu dan Melaka. Mungkin juga Johor, Perak dan Kedah turut menjadi tuntutan. Kerana sudah pasti apabila PAS dan AMANAH tetap bersama, kuasa rundingan adalah jauh lebih kuat.

Malangnya ianya tidak begitu dan semua ini kekal dalam ‘alam mungkin terjadi’. Ianya semua kerana tidak istiqamah dengan pendekatan yang dipertahankan Almarhum TGNA dan Almarhum UFN. Boleh kita rumuskan bahawa bertindaknya PAS untuk bersendirian hanya berjaya membantu melanjutkan hayat politik UMNO dan pada masa sama menjadikan PAS sendiri kerugian besar.

Mungkin akan ada yang berkata, itu semua tidak penting kerana bukan jawatan yang diperjuangkan kami. Sudah pasti bukan itu matlamat seseorang pejuang, tetapi adalah juga pasti bahawa ianya perlu untuk mencapai matlamat perjuangan. Bagaimana mungkin ingin membuktikan keadilan Islam kalau tidak memegang jawatan dan kuasa? Kata-kata memujuk hati bolehlah diguna untuk menenangkan jiwa yang terganggu, tetapi apabila digunakan untuk menutup silap langkah, ianya proses pembodohan diri.

Kesan kekalahan BN di peringkat Persekutuan juga boleh mendatangkan masalah besar kepada PAS sendiri. Apabila siasatan dilakukan terhadap salahguna kuasa Najib melalui 1MDB, apa jaminan duit sumbangan yang diperolehi PAS tidak akan terkait dengannya? Sudah pasti, sekiranya PAS menerima ‘derma’ dari Najib melalui mana-mana agennya, ianya akan turut terbongkar. Dan sekiranya ianya didapati begitu, maka misteri perubahan sikap pimpinan PAS, khususnya Presidennya, akan dapat dirungkaikan melalui penjelasan yang mudah. Iaitu, semua berubah oleh kerana wang. Ianya bukan kerana kefahaman atau pendekatan, jauh sekali mimpi. Akhirnya kerana wang.

Dan wang yang luar biasa banyaknya telah digunakan PAS pada PRU14 ini. Ianya tidak boleh dinafikan sesiapa. Jumlah kerusi yang ditandinginya, bendera dan posternya, bersama dengan perbelanjaan perang sibernya, semua ini menunjukkan kepada satu jumlah kewangan yang luar biasa banyaknya. Sudah berapa banyak ‘kerusi hilang deposit’ yang dicatatkan PAS kali ini? Semuanya ini menimbulkan kecurigaan. Namun ianya insyaAllah akan terbongkar juga bersama dengan segala kes yang sedang dibongkarkan sekarang.

Maka sekiranya itulah yang terbukti kelak, maka kesabaran mendukung perjuangan risalah Islam yang dibawa selama ini telah dapat digagalkan melalui ujian harta dan keduniaan. Dan ia berlaku kerana tiadanya amalan semak imbang yang diajar Islam atas alasan wala dan thiqah yang melampaui batas syara’. Bersama kita doakan semoga imej Isam tidak akan terpalit dengan peristiwa mendatang ini. 

WaLlahu 'Alam.
Artikel ini telah diterbitkan di dalam Mingguan AMANAH.
 
KHALID ABD SAMAD

Picture

Selasa, Februari 13, 2018

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad bimbang rakyat akan menanggung lebih banyak beban kos sara hidup jika membiarkan Umno-BN berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, tiada sebab lagi untuk pengundi memberi kemenangan kepada rejim kleptokrasi itu pada pilihan raya nanti dengan rekod lambakan hutang yang mencecah RM800 bilion pada masa ini.
“Kalau dia (BN) menang pilihan raya, tidak mustahil bila duit sudah tidak ada, hutang semakin banyak, bayaran hutang semakin besar.
“RM800 bilion (hutang negara) iaitu RM800 ribu juta sekarang ini,” tegasnya dalam Forum Muafakat Rakyat di Gombak kelmarin.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekali gus akan menjejaskan kualiti hidup rakyat akibat pelbagai tindakan termasuk penarikan lebih banyak subsidi barangan keperluan.
“GST (cukai barang dan keperluan) dan hutang akan naik. Semakin banyak (subsidi) akan ditarik balik. Segala bantuan, biasiswa akan ditarik balik.
“Kalau RM1 trilion iaitu satu juta juta, nak bayar, bagaimana? Kalau kita tidak hentikan dia, jadi lagi teruk dalam keadaan dia mendakwa GST bagus.
“Walaupun semua kata (GST) tidak baik, dia masih kata GST enam peratus itu bagus. Kalau bagus, 10 peratus lagi bagus,” sindirnya.
Mengulas dakwaan kerajaan sebelum ini bahawa pinjaman akan diteruskan selagi mampu dibayar, Khalid berkata, hal tersebut memang boleh dilakukan tetapi akibatnya tetap memangsakan rakyat.
“Kerajaan kata kita akan terus meminjam selagi kita boleh bayar. Ini sikap dia. Rating masih bagus, A-, hutang kita bayar. Selagi mana kita boleh bayar kita akan terus meminjam.
“Sepatutnya, kerajaan kata kita boleh bayar tanpa menjejaskan kos hidup rakyat. Ini selagi mana boleh bayar, habis tergadai negara,” bidasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan juga menyifatkan dakwaan kerajaan bahawa pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap baik sepatutnya dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat.
“Sepatutnya pertumbuhan ekonomi yang lestari menghasilkan peluang pekerjaan tapi pertumbuhan itu kerana buat pinjaman dari China, bina bangunan, buat landasan kereta api.
“Kalau kita tidak hentikan sekarang, dia tidak akan berhenti. Ini masalahnya kerana dia tak mengaku apa yang dibuat itu salah,” ujarnya.
Justeru, Khalid mengingatkan perubahan boleh dicapai jika rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 bahkan sejarah tamadun Islam juga menyaksikan perubahan kerajaan.
“Dalam sejarah Islam banyak tukar kerajaan. Tiada pun masalah. Nak bawa perubahan kita kena tamatkan cengkaman Umno ke atas pengundi Melayu. Mereka guna macam-macam cara kaum dan agama,” tambahnya lagi.
mdl
Picture

Rabu, Januari 03, 2018

Dilema ADUN PAS Selangor - Khalid Samad


My photo

Kebelakangan ini kita membaca ide yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan para ADUN PAS di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar PAS dan menyertai Keadilan dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai incumbent atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan. Saya yakin ADUN PAS ini sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini.

TIDAK SENANG DENGAN SIKAP PAS PASCA MUKTAMAR 2015

Kita semua mengetahui bahawa kesemua ADUN PAS di Selangor, yang berjumlah seramai 13 orang tidak senang dengan pendirian PAS Pusat untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) dengan memeutuskan hubungan dengan DAP pada 2015 dan Keadilan kemudiannya. Ini jelas berdasarkan surat yang telah ditandatangani kesemua 13 ADUN PAS meminta supaya PAS Selangor dikecualikan dari dasar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PR. Malangnya bagi mereka, rayuan mereka telah tidak diindahkan pimpinan PAS Pusat, khususnya Hj. Hadi.

Pada ketika itu, saya yakin sudah ada terlintas di pemikiran sebahagian dari mereka untuk keluar PAS dan bersama AMANAH apabila AMANAH ditubuhkan. Namun mungkin atas sebab keyakinan pihak tertentu bahawa hubungan PAS dan Pakatan Harapan (PH), yang ditubuhkan sebagai pengganti kepada PR, boleh dipulihkan maka mereka kekal bersama PAS. Kemungkinan mereka dimaklumkan bahawa perbincangan antara pihak Keadilan bersama Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali, sedang berjalan dengan begitu positif. Kemungkinan juga akan ada kerjasama antara PAS dan PH digunakan untuk kekalkan mereka dalam PAS dan pada masa yang sama mengekalkan juga ‘kerajaan PR’ di Selangor.

GAGALNYA USAHA KERJASAMA PAS-PH (KEADILAN)

Malangnya bagi ADUN-ADUN PAS ini, kerjasama PAS-PH yang digambarkan sebagai satu kemungkinan besar akan berlaku telah tidak tercapai. Pada masa sama, mereka juga sedar bahawa perubahan sikap PAS telah menjadikan sebahagian dari mereka tidak lagi diperlukan oleh pimpinan PAS. Mereka merupakan golongan pro-kerjasama dengan Pakatan, samada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, sedangkan PAS sudah anti pakatan. Dalam keadaan sebegitu, mereka terpaksa memilih untuk samada terus bersama PAS, yang tidak lagi dipersetujui pendekatannya, atau keluar dan bersama PH, khususnya bersama AMANAH.

Sekiranya mereka bersama PAS mereka sedar mereka tidak akan dipilih untuk menjadi calon PRU 14. Sedangkan ada di kalangan mereka yang telah menjadi ADUN calon sejak 2008 lagi dan masih bersemangat untuk terus bertanding. Sambil itu, sekiranya mereka keluar dan menyertai AMANAH, tiada jaminan mereka akan diterima dengan baik atas sebab begitu lambat membuat keputusan untuk keluar PAS. Mereka akan dianggap sebagai golongan yang antara terlewat dan ‘slow learner’. Harapan untuk dijadikan calon juga mungkin dilihat ‘tipis’.

PILIHAN YANG MENAMBAHKAN DILEMA
Sambil mereka menimbangkan segala pilihan mereka, tiba-tiba mereka ditawarkan pula untuk menyertai Keadilan dan dijanjikan akan dilantik sebagai calon atas sebab mereka adalah incumbent atau penyandang. Pilihan ini tidak pernah difikirkan mereka kerana dari awal lagi mereka tidak berminat untuk menyertai Keadilan. Tawaran ini pula dibuat oleh mereka yang pada peringkat awal dulu meyakinkan mereka supaya kekal dalam PAS! Dan bahawa kerjasama PH - PAS, melalui Keadilan, dikatakan pasti berlaku.

Saya rasa tiada yang boleh menafikan bahawa Keadilan bukanlah pilihan pertama mereka kerana dari sejak awal mereka telah memilih untuk bersama PAS. Hampir kesemua mereka menyertai politik pada atau selepas zaman reformasi dan sekiranya Keadilan adalah pilihan pertama mereka maka mereka semestinya akan bersama Keadilan pada ketika mereka menyertai politik. Namun mereka kesemuanya telah bersama PAS kerana mereka, kononnya, pada ketika itu mempunyai wawasan perjuangan politik Islam.

Dengan ditawarkan sebagi bakal calon, walaupun atas tiket Keadilan, saya pasti sebahagian dari mereka masih berdilema. Ada yang tertarik namun pada masa yang sama mereka risau bagaimana tindakan mereka untuk keluar PAS dan menyertai Keadilan semata-mata kerana ingin menjadi calon akan dilihat masyarakat keseluruhannya. Adakah mereka akan dilihat sebagai oppurtunis dan tidak berprinsip?

KEMARAHAN PAS TERHADAP KEADILAN

Bagi Keadilan, penyertaan mereka sebagai ahli Keadilan akan memungkinkan Keadilan menuntut kerusi-kerusi yang dulunya ditandingi PAS. Ini memungkinkan Keadilan memperolehi maksima 13 kerusi tambahan sekira kesemua ADUN PAS bersetuju dengan cadangan mereka. Semestinya ini satu ‘kejayaan’ bagi Keadilan. Namun demikian, justifikasi Keadilan untuk menerima mereka sebagai calon agak kurang jelas. 

Selama ini Keadilan bertindak secara berlembut dengan PAS atas alasan ingin mendapat undi ahli PAS. Hujah Keadilan adalah seakan-akan sama dengan hujah PAS sendiri untuk berlembut dengan UMNO. Tiba-tiba, bila Keadilan ‘mencuri’ bekas calon PAS, tidakkah ianya akan menyebabkan PAS marah? Sudah pasti PAS akan mengamuk dan pertandingan 3 penjuru bersama PAS sudah pasti akan berlaku. Pada ketika itu ahli PAS juga akan marah dengan ‘calon pengkhianat’ dan parti Keadilan yang mencalonkan ‘pengkhianat’ dan dengan itu tiada kelebihan yang akan diperolehi dengan mencalonkan mereka. Tiada kelebihan melainkan kerusi yang ditandingi Keadilan bertambah.

PERSPEKTIF PARTI RAKAN PH

Pada masa yang sama, saya juga khuatir bahawa akan ada yang merumuskan yang mereka ini telah digalakkan untuk kekal sebagai ADUN dan Exco PAS sebagai satu perancangan untuk menjadikan kerusi-kerusi mereka milik Keadilan semasa PRU 14. Kalau itulah yang dirumuskan oleh ahli dan penyokong AMANAH dan PPBM, maka hubungan antara parti komponen parti PH di Negeri Selangor akan tercalar. Sedangkan semangat kekitaan dan kebersatuan amat penting untuk PH berjaya mempertahankan Selangor. 

Tindakan Keadilan akan dilihat sebagai tindakan ‘merampas kerusi-kerusi rakan’ dengan meletakkan calon penyandang dari PAS yang menyertai Keadilan pada saat terakhir semata-mata kerana dijanjikan akan menjadi calon. Ini sewajarnya dielak. Seperti pepatah Melayu, ianya untung secupak rugi segantang. 

SERUAN KEPADA ADUN DAN AHLI PAS


Bagi ADUN-ADUN PAS yang sedang dilema, saya ingatkan supaya mengikhlaskan hati dalam mendukung perjuangan Islam. Jangan jadi seperti Baihara Bin Firas, ketua Bani Amir yang sanggup menyokong Rasulullah (SAW) hanya sekiranya beliau dijanjikan bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua selepas wafatnya Nabi (SAW). Syarat Baihara telah ditolak Rasulullah (SAW) kerana sikap meminta dan mementingkan jawatan adalah bukan dari akhlak seorang pejuang Islam yang tulen.

Bagi ADUN-ADUN PAS ini, yang sudah lama sedar kesilapan Hj. Hadi, saya ingin cadangkan supaya mereka istiqamah dengan perjuangan Islam dan lakukan apa yang sepatutnya dilakukan mereka pada 2015. Keluar PAS untuk bersamalah dengan AMANAH. Sertai AMANAH walaupun tidak dijanjikan apa-apa jawatan mahupun kedudukan. Saya yakin, bukan itu yang diperjuangkan mereka pada ketika menyertai PAS pada asalnya. Sebaliknya yang diperjuangkan mereka, seperti juga kami, adalah untuk membawa risalah politik Islam yang kontemporari, tepat dengan keadaan semasa, demi menyelamatkan negara dari kezaliman dan salahguna kuasa.

Pada masa yang sama, yakinlah bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas dan berkemampuan, dia tetap akan dinaikkan Allah sehingga menjadi pemimpin walaupun dia menyertai sebagai ahli biasa pada awalnya. Itulah maksud jawapan Rasulullah kepada Baihara Bin Firas.

Pimpinan dan ahli AMANAH tidak bersifat dendam dan tidak akan menafikan kebolehan seseorang walaupun sekiranya mereka ini pernah terlewat pada satu ketika dahulu.

WaLlahu 'Alam 
KHALID ABD SAMAD

Picture

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan