Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 16, 2014

[ MB Selangor ] Rumah Selangorku diperluas seluruh Selangor

SHAH ALAM 15 APRIL: Projek Perumahan Selangorku akan diperluas di semua daerah di Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Langkah itu diambil bagi memastikan golongan berpendapatan rendah di negeri itu mampu memiliki kediaman sendiri.

MB 

“Kita bercadang kalau berjaya, kita akan buat di setiap daerah dengan setiap daerah akan dibuat tiga, empat projek sekali,” kata Abdul Khalid, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Antara projek yang bakal dilaksanakan, 2,469 unit Projek Perumahan Selangorku di Sungai Sering.
Projek terbabit melibatkan 624 unit fasa pertama yang dijangka siap dalam masa 20 bulan, 1,248 unit fasa kedua dan 1,248 unit fasa ketiga.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan membentangkan projek Perumahan Selangorku di DNS apabila tiba masanya.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...