SHAH ALAM 15 APRIL: Projek Perumahan Selangorku akan diperluas di
semua daerah di Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Langkah itu diambil bagi memastikan golongan berpendapatan rendah di negeri itu mampu memiliki kediaman sendiri.
“Kita
bercadang kalau berjaya, kita akan buat di setiap daerah dengan setiap
daerah akan dibuat tiga, empat projek sekali,” kata Abdul Khalid, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang
Undang-undang Perbekalan Tambahan, pada Sidang Dewan Negeri Selangor
(DNS), hari ini.
Antara projek yang bakal dilaksanakan, 2,469 unit Projek Perumahan Selangorku di Sungai Sering.
Projek terbabit melibatkan 624 unit fasa pertama yang dijangka siap
dalam masa 20 bulan, 1,248 unit fasa kedua dan 1,248 unit fasa ketiga.
Menurut Abdul Khalid, beliau akan membentangkan projek Perumahan Selangorku di DNS apabila tiba masanya.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...