Banyak ketidakpuasan hati dibangkitkan PKR berhubung khutbah terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mewajarkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan.
Bagaimanapun ironinya khutbah yang sama membangkitkan persoalan hutang, sama seperti dalam kes pelaksanaan GST akibat beban hutang kerajaan yang tinggi, hampir mencecah 48 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Teks khutbah ini bukan hanya untuk rakyat. Khutbah juga ditujukan untuk pemimpin.
"Tujuan khutbah untuk tegur, ingatkan, nasihati. Tujuan khutbah juga beri penyelesaian.
“Itu maksud khutbah Jumaat dari segi Islam. Namum mimbar Jumaat JAKIM ini hanya ingatkan rakyat jauhi hutang... hutang sekarang dilakukan Datuk Seri Najib (Razak),” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Saifuddin membangkitkan sama ada JAKIM faham bahawa hutang negara paling tinggi ketika dalam pentadbiran Najib.
Katanya, jika hutang semua perdana menteri sebelum ini dikumpulkan, ia akan menyamai hutang Malaysia bawah kerajaan sedia ada.
“Itu bermakna disiplin pengurusan ekonomi negara bawah Najib adalah sangat buruk, mana mungkin Jakim abaikan aspek ini,” kata Saifuddin.
mk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...