KUANTAN 13 APRIL: Datuk Seri Najib Razak hampir kalah di Pekan, Pahang pada Pilihan Umum 1999 akibat ledakan reformasi ketika itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun, katanya, perdana menteri itu enggan belajar daripada kebangkitan rakyat, meskipun hanya menang dengan undi tipis dan dibantu undi pos.
“Dia menang berapa undi, berapa undi ketika itu? Adakah anda semua ingat? 240 undi. Itupun undi polis, undi pos, kalau tidak dah terjunam dah Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap di ceramah Reformasi 2.0 di Taman Berjaya Permai, Kempedang Kuantan malam tadi.
Katanya, Najib dan kerajaan pimpinannya hingga kini masih bersikap angkuh apabila meneruskan dasar pentadbiran rasuah dan amalan politik perkauman.
“Tetapi masih angkuh, masih tipu pilihan raya, masih laksana rasuah, laksana dasar perkauman untuk pecah belahkan rakyat dan menjanjikan masa depan yang malap,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau menyeru rakyat menolak Umno BN yang dilihat semakin lemah mentadbir negara dengan mengambilkira kegagalan kerajaan menangani isu ekonomi dan pendidikan.
“Dianggar potongan subsidi di bawah regim BN (Barisan Nasional), subsidi demi subsidi dipotong dan warga Melayu akan kembali kepada kemiskinan sampai ke tahap 1970,” katanya.
Tambahnya, sistem pendidikan negara di bawah kerajaan Umno BN turut gagal apabila Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapati pelajar Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara lain.
“Di bawah keputusan Laporan PISA, negara kita yang kaya, ada minyak tetapi tidak mampu bersaing dengan anak miskin di vietnam. Pada saya, masa untuk kamu (Barisan Nasional) sudah tamat, dan Najib, anda perlu meletakkan jawatan sekarang,” tegas Izzah.
kd
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...