KOTA BAHARU, 2 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga memaksa badan itu dikawal selia oleh Parlimen.
Nik Aziz berkata kawalan SPR oleh Parlimen sepatutnya telah lama berlaku iaitu kira-kira 55 tahun lepas bagi mengelak sebarang penipuan yang mungkin berlaku sepanjang pilihan raya berlangsung
“Saya nak kalau boleh SPR awal-awal diletak di bawah Parlimen. Kenapa perlu diletak di bawah pejabat Perdana Menteri sejak lebih 50 tahun lepas?” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk memindahkan
kawal selia dan fungsi SPR kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang
bebas dan dwipartisan, yang turut dianggotai wakil rakyat kerajaan dan
pembangkang.
Baca lagi : sini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...