Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA.
“Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang
Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik.
“Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini,” katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri ini yang memenuhi kawasan tersebut sejak awal jam 8.30 pagi lagi.
Bekas Menteri Besar itu juga turut menyifatkan tindakan orang yang mengagungkan demokrasi sebagai gelap yang mana juga disamakan dengan gelap jahil dalam Islam.
Beliau berkata, tanggungjawab seseorang pemimpin itu sangat besar untuk membawa rakyat ke arah kebaikan, bukannya memberi pendedahan kepada seribu satu kegelapan yang tidak sepatutnya.
“Mesej utama Nabi Musa ialah bawalah kaum kamu daripada pelbagai gelap kepada cahaya, biar orang itu keluar kepada annur, cahaya hanya satu, gelap ada banyak, gelap syirik, gelap takbur, semua gelap ini tidak disebut dalam demokrasi, orang yang mengagungkan demokrasi tidak pernah dengar tentang perkara ini semua,” katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu juga turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang menghalau rakyat yang tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
“Sebut sahaja mano-mano orang hok tak terima pilihan raya baru-baru ini perlu ke negeri lain, baik, tetapi, kalau kamu, tidak terima hukum ALLAH, baik kamu jangan duduk di bumi ALLAH, buat bumi sendiri,” katanya yang disambut laungan 'Allahuakbar' dari hadirin yang hadir.
Nik Aziz berkata, bersempena dengan bulan yang mulia Israj Mikraj ini, rakyat seharusnya boleh menilai sendiri mana baik dan buruk supaya setiap keputusan yang dilakukan memberikan kesan yang sangat berguna di dunia dan di akhirat kelak.
SinarHarianOnline
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...