KUALA LUMPUR:
Keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika
perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, akhirnya terkena diri sendiri.
Beliau pada mulanya bangkit mempersoal ketidaksepakatan Pakatan Rakyat ekoran gagal mengemukakan satu logo mewakili ketiga-tiga parti dalam PRU13 lalu.
Bagaimanapun dakwaan beliau itu terus dibantah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuklah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Mereka mengutuk Annuar Musa kerana tidak mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat tuduhan.
Sehubungan itu, Anwar menyindir Annuar yang hanya mendapat maklumat daripada Utusan Malaysia.
"Yang Berhormat Ketereh ambil maklumat daripada Utusan!
"Dua tahun setengah Pakatan Rakyat mengemukakan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti, sampai sekarang tidak diluluskan," tegas Anwar sambil menepuk meja dan diikuti tepukan barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Annuar kelihatan tersengih-tersengih setelah diejek oleh barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, Annuar beberapa kali bangun mencelah dan beliau kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim.
Harakahdaily

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...