Mengapa perlu sibuk mahu sekat FaceBook? Memang kita setuju di dalam
FaceBook tidak bebas berbuat apa sahaja, bukan sahaja FB tetapi di semua
media elektronik mahu pun media cetak juga tidak bebas sesuka hati.
Justeru itu, mengapa FB mahu disekat hanya kerana terdapat beberapa
perkara yang negatif?
Bagaimana pula dengan media seperti TV3 Suku dan Utusan meloya yang
terkenal dengan berita-berita fitnah serta paparkan aksi lucah itu?
Mahu haramkan TV3 suku dan Utusan ? Sebenarnya sudah cukup
undang-undang yang ada. Sesiapa yang menyalahgunakan media itu sahaja
mesti dikenakan tindakan, bukan merngharamlan keseluruhan media FB.
Zaman Reformasi - Tanpa FaceBook, Rakyat tetap bangkit.... |
Hakikatnya kita tahu, mereka takut kesedaran rakyat yang kini banyak
bergantung kepada info-info dari FB. Amat malang sekali jika berlaku
demikian. Tetapi mereka jangan lupa, di era reformasi dahulu tahun
1998, ketika itu FB pun belum wujud namun ratusan ribu rakyat bangkit di
Kuala Lumpur menentang kezaliman. Kebanyakan negara yang pemimpin
mereka jatuh diterajang oleh rakyat adalah kerana mereka menyekat
kebangkitan rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...