SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga
Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal,
kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Abdullah Sani Abd Hamid.
Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.
“Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih
daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber
Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan
berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan
ini sangat membimbangkan.
“Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di
Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,”
katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau turut mempersoalkan, dalam sektor apakah pekerja-pekerja asing itu akan ditempatkan?.
“Perkara ini perlu diperjelas terlebih dahulu, dan saya gesa menteri bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti.
“Sepatutnya kerajaan menggariskan dasar-dasar untuk membantu industri
dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan beri insentif menaik
taraf peralatan dan pendidikan semula pekerja. Bukannya dengan
penyelesaian jangkamasa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja
asing,” katanya.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk
secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan
majikan daripada pelbagai sektor.
Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara
itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak
lama lagi.
sh
Jangan salah sangka, semua pendatang2 itulah yang bakal menjadi pengundi2 hantu dalam PRU14 nanti.
BalasPadamBila masanya menteri2 yang ada la ni ingat akan masalah rakyat????
BalasPadam