Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 11, 2015

HOT!!! : LAGI DAP SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS..

 

PAS dan DAP kini terus ungkit mengungkit kesalahan masing-masing selepas kemelut susulan keputusan muktamar PAS yang menerima usul memutuskan hubungan dengan sekutunya itu.

Setelah pemimpin PAS mendakwa Pulau Pinang “kerajaan bersama” kerana dimenangi bersama dalam pilihan raya umum lalu, DAP pula berhujah sebaliknya.

“Cubalah tanya diri sendiri, berapakah kerusi yang dimenangi oleh PAS selama ini?” soal Ketua Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik.

Anggota Parlimen Tanjung itu juga berkata dalam empat pilihan raya – daripada 1999 hingga 2013 – PAS hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pasir.

Kerusi itu kini diterajui oleh Salleh Man.



Ng berkata pada 2008 dan 2013 lagi DAP boleh membentuk kerajaan campuran dengan PKR tanpa PAS.

DAP kini mempunyai 19 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR pula 10 kerusi.

Malah, kata Ng lagi, jika PAS tidak meletakkan calon ketiga untuk bertanding di Sungai Acheh, sudah pasti kawasan itu dimenangi oleh calon PKR Badrul Hisham Shahrul (baju kuning) dalam pilihan raya umum lalu.

“Kita DAP bukan nak bersikap angkuh. Kita DAP hanya bercakap fakta dan angka sahaja.

“Akan tetapi, ada pihak yang cuba mengagung-agungkan diri sehingga sanggup membelakangkan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, demi tujuan mendekatkan lagi diri dengan Umno.

“Adakah ini lagi dikenali sebagai semangat Pakatan?” soalnya.

mk

2 ulasan:

  1. aku setuju sesangat berhujah dengan fakta dan angka bukan berhujah dengan AUTA. betoi tu kalu tak kerana ostat mat piah dengan arahan dari alam ghaib tu sudah tentu cikgu bad menang.sapa yang angkuh sekarang? nilah bahananya kalu bercakap guna kapla lutut dan siku.bila kena ataih batang hidung sendiri mula tuduh LGE 'GOPOH'

    BalasPadam
  2. Kenapa pemimpin PAS bodoh bodoh belaka yea?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...