SHAH ALAM - Calon Presiden Pas, Ahmad Awang hari ini berikrar akan
menyerah segala keringat jiwa dan raganya kepada parti itu sekiranya
beliau dipilih untuk memegang jawatan presiden parti.
Katanya, beliau juga akan kembali memperkukuhkan Pas bagi menjadikan
parti itu sebuah entiti siyasah yang mampu menerbitkan kepercayaan
rakyat untuk diberikan amanah ke Putrajaya.
“Saya ingin sebut bahawa saya bukanlah yang terbaik untuk memimpin
jemaah ini. Namun jika diberi kepercayaan oleh seluruh anggota, akan
saya serahkan jiwa dan raga saya untuk melihat Pas kembali bersatu dan
kukuh.
“Lebih penting, saya mengimpikan setiap anggota Pas mampu menjadi qudwah terbaik untuk dicontohi peribadinya oleh rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Muktamar Pas kali ini, Ahmad bakal mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah 17 tahun jawatan itu tiada pertandingan.
Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan berlangsung bermula Khamis ini dalam Muktamar kali ke-61 di Kuala Selangor.
sh
jangan jadi kuda tunggangan kafir sudah
BalasPadam