KEBEBASAN bersuara dan perbezaan pandangan dalam Islam perlu difahami dalam konteksnya yang sebenar.
Ia tidak boleh disalah ertikan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan menolak ajaran Islam.
Perbezaan pandangan yang dikemukakan oleh Sisters in Islam (SIS) adalah di luar daripada ruang lingkup yang dibenarkan.
Tidak dapat dinafikan Islam membuka ruang untuk kebebasan bersuara dan berbeza pandangan.
Mazhab-mazhab Feqah yang ada dalam Islam menggambarkan keluasan dan kebebasan dalam mengemukakan pandangan.
Imam
Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Jangan ada di kalangan kamu yang bersembahyang Asar kecuali di
perkampungan Yahudi Bani Quraizdah." Sebahagian sahabat r.a. berada
dalam waktu Asar ketika dalam perjalanan (sebelum sampai di perkampungan
Bani Quraizdah). Sebahagian mereka berkata: "Kita tidak akan sembahyang
Asar kecuali setelah sampai di sana." Sebahagian yang lain pula
berkata: "Bahkan kita sembahyang sekarang. Nabi tidak berkehendakkan
demikian." Peristiwa perbezaan pandangan di kalangan sahabat tersebut
telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak mencela
sesiapa pun daripada kalangan mereka.
Jelasnya, perbezaan
pandangan dan kebebasan bersuara dalam Islam ditonjolkan melalui
tindakan Rasulullah s.a.w. yang tidak menyalahkan sesiapa pun di
kalangan sahabat dalam peristiwa tersebut.
Walau bagaimanapun,
perbezaan yang berlaku adalah dalam menentukan masa dan tempat untuk
didirikan sembahyang Asar sebagaimana arahan Rasulullah s.a.w. dan
bukannya dalam menentukan pensyariatan sembahyang tersebut.
Perbezaan
pandangan dan kebebasan bersuara di kalangan para sahabat bahkan dalam
mazhab-mazhab feqah adalah dalam perkara cabang agama dan bukannya dalam
perkara usul dan prinsipnya.
Islam menggalakkan percambahan
ilmu melalui perbezaan pandangan tetapi ia mestilah tidak menggadaikan
usul dan prinsipnya. Sesiapa yang melanggarnya adalah sesat dan
terkeluar daripada jalan kebenaran.
Ideologi Liberalisme yang didukung oleh SIS jelas bercanggah dengan usul dan prinsip Islam.
Pandangan
SIS dalam isu hak suami menceraikan isteri, pembahagian harta pusaka,
poligami, kewajipan bertudung bagi wanita dan lain-lain jelas adalah
pemikiran yang berlawanan dengan Islam.
Ia adalah bertujuan untuk merungkai pegangan aqidah umat Islam dengan meletakkan akal mendahului syarak.
Justeru,
pandangan dan pemikiran yang berbeza yang dikemukakan oleh SIS adalah
di luar konteks yang dibenarkan dalam agama. Ia mesti dihalang agar
masyarakat awam tidak terpengaruh dengan pandangan dan pemikiran yang
dibawa.
Penulis ialah Pengarah Operasi Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh Dewan Ulamak PAS Pusat
hd
Senarai Blog...Geng
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...Sejam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...7 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, November 08, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...