Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, November 09, 2014

PANAS!! : Malaysia kini menjurus kepada negara fahaman sesat liberal

http://biz-55.webs.com/ 

Malaysia kini menjurus kepada negara yang semakin liberal dalam mengendalikan isu sosial dalam masyarakat.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menegaskan sejak sekian lama pembangunan negara dikendalikan, namun berdasarkan trend gejala sosial yang dapat diperhatikan kini, kami merumuskan kerajaan mengamalkan dasar liberalisme dalam menangani isu sosio-budaya dan pembangunan insan gagal dilaksanakan secara berkesan .

Kami berpendapat kerajaan perlu segera menyemak semula model pembangunan yang digunapakai sekarang jika negara ini mahu menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bermaruah dan berakhlaq tinggi.

Anjakan yang besar dalam aspek pembangunan insan perlu dilakukan untuk mengelakkan negara berterusan dijangkiti krisis sosial seperti yang dialami oleh negara Barat. Akibat mengguna ukuran pembangunan Barat sebagai penanda aras untuk mencapai negara maju, penyakit sosial yang melanda masyarakat Barat kini juga berpindah dan menjangkiti masyarakat tempatan di negara ini.

Apabila model pembangunan yang terlalu menekankan soal pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal dengan projek-projek yang berskala mega, aspek pembangunan insan terabai. Natijahnya krisis sosial semakin meruncing dan berleluasa dikalangan masyarakat.

Pembangunan insan yang pernah diketengahkan oleh kerajaan pada satu ketika dahulu tidak mendapat tempat dalam pentadbiran sekarang. Menunjukkan kerajaan tidak konsisten untuk memberi perhatian kepada membangun sumber manusia sebagai strategi penting bagi mencorak sahsiah negara. Jika adapun pembangunan sumber manusia dilaksanakan ia labih menekankan dari segi kemahiran dan teknologi, bukan dari segi kekuatan jati diri dan sosio-budaya .

Kerajaan maseh gagal menerima hakikat bahawa model pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan sekarang tidak mengambilkira kepincangan sosial yang melanda rakyat. Kesan dari pembangunan insan yang terabai, menyebabkan keruntuhan akhlak dan ketidakstabilan sosial berleluasa.

Krisis akhlaq dapat dilihat dari sejumlah isu sosial yang semakin meruncing, tanpa ada tanda menunjukkan ia akan berkurangan.

Penyalahgunaan dadah , sumbang mahram, buang anak, lepak, bohsia, ketagihan arak, zina, judi, lesbian dan gay adalah gejala yang semakin banyak dilaporkan oleh media.

Demikian juga kadar perceraian , jenayah dan gangsterism, pornografi dan pelacuran, metroseksual, lumba haram, mat rempit, black metal, gaya hidup artis yang negatif, pergaulan bebas dan hubungan luar nikah serta hiburan liar yang melampau.

Diperingkat pentadbiran pula berlaku rasuah, kronisme, salahguna kuasa, kecuaian, pembaziran dalam perbelanjaan pengurusan, perebutan jawatan, perlantikan bukan berdasarkan merit dan pecah amanah.

Semua gejala ini menandakan kerapuhan akhlaq sedang melanda rakyat disemua peringkat. Punca utama dari semua ini adalah apabila kerajaan tidak memberi tumpuan kepada transformasi manusia menurut acuan yang sepatutnya iaitu acuan Islam.

Kami mendapati keghairahan kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, tidak mengguna acuan sendiri seperti yang diwar-warkan dalam wawasan 2020. Sebaliknya acuan sendiri  yang dikatakan dalam Wawasan 2020 itu tidak pernah wujud. Kerajaan mengguna kerangka sekular yang meletakkan peranan agama terpisah dari pembangunan negara. Jika adapun unsur agama, ia maseh bersifat pinggiran, bukan penentu dasar negara. Acuan Barat berintikan ekonomi kapitalis dan sosial-budaya berasaskan nilai liberal moden  maseh kuat dijadikan acuan membangunkan negara ini.

Pemikiran Islam liberal yang sering diungkit oleh pemimpin negara, sebenarnya digunapakai oleh kerajaan sendiri bila mahu mengatasi pelbagai gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Kerajaan bersikap liberal dengan banyak aspek pembangunan. Meluluskan hiburan yang melanggar syariat, mengekalkan industri judi dan arak, membenarkan pelbagai penerbitan majalah, novel, drama dan filem dalam dan luar negara yang berunsur lucah dan semi lucah, menganjurkan sendiri acara budaya yang tidak secocok dengan syariat dan maseh ada budaya sambutan hari tertentu yang mengandung persembahan berunsur kesenian yang mungkar melibatkan kaum wanita dan pria yang berpakaian tidak sopan .

Akibat dasar liberal ini ia telah membawa kesan yang parah dalam aspek sosio-budaya rakyat yang merosakkan pemikiran dan mengikis jati diri masyarakat terutama generasi anak muda.

Kini semua gejala sosial yang sering dibangkitkan dalam pelbagai ceramah agama dan majlis-majlis forum, tidak dapat menyelesaikan pelbagai isu yang berkaitan selain hanya mengungkapkan contoh yang sedang terjadi dalam masyarakat. Keluhan para penceramah dalam sesi motivasi agama tidak dapat membentengi rakyat dari terdedah kepada gelobang dan arus kemungkaran yang jauh lebih kuat akibat kerajaan bersifat liberal dalam hal tersebut.

*Penulis adalah presiden Mapim

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...