Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa
pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.
Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan
berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga
sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".
Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.
Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu
untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah
peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan
kesihatan.
Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.
DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.
Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu
Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa
"menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan
rumah.
Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.
Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau,
di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6
juta.
Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya.
Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah
dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta,
kepada pihak ketiga.
Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam,
Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar
Faudzar.
Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau.
"Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya.
mk
1. Strategi 1. Atuk atau nenek meninggal setahun dua. Tiba2 dikatakan yang Atuk pernah berhutang ceti/along dengan kadar bunga sekian2 puluhan tahun lalu yang kini nilai hutang jutaan RM. Maka anak cucu melopong tak sedar ditipu pihak berkenaan maka tergadai tanah.
BalasPadam2. Strategi 2. Kawan baik Atuk si Ah Meng serahkan surat suruh Atuk tanda tangan. Atuk tanda tangan tanpa soal dan tanpa membaca surat panjang lebar tanpa tahu isi kandungan surat kononnya perjanjian sewaan tanah kepada Ah Meng. Setelah 2,3 tahun Atok meninggal tiba2 anak cucu diberi tahu tanah pusaka dah terr jual. Maka anak cucu terlopong tak sedar ditipu dan berlaku penyelewengan.
3. Strategi 3. Banyak lagi.....