Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!
APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?
Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.
Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan. Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada.
Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah.
Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu.
Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya.
Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara.
Cina dan India mungkin tidak tahu satu perumpamaan Melayu, marahkan pijat kelambu dibakar. Apabila kelambu dibakar berpestalah sang nyamuk.
Semua tahu bahawa Pakatan berkrisis gara-gara isu Menteri Besar Selangor. Ia adalah ujian. Parti kuat seperti Pakatan mesti diuji dan jika benar ia kuat, ia mampu atasi semua ujian. Jangan bakar kelambu justeru ujian itu.
Menyingkirkan PAS dari Pakatan atau DAP bersendirian semula, samalah seperti membakar kelambu.
Gara-garanya kerajaan menindas tidak dapat digantikan, kerajaan rasuah dan menindas akan terus memerintah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Lebih banyak kerosakan di bumi kita, rakyat bertambah melarat, segala-galanya hancur binasa.
Yang untung bukan DAP tetapi UMNO/BN. Dari mula Dr. Mahathir tidak sukakan muafakat PAS dan DAP. Berbagai halangan dilakukannya. Sejak sekian lama Umno kata PAS jadi tunggangan DAP. MCA kata DAP perjuang hudud. Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!
Tiada PAS peduli dan tidak DAP hirau. Masing-masing sepakat untuk menawan Putrajaya bagi menegakkan sebuah tata urus kerajaan yang baik.
Umno memang sudah putus asa bagi menghancurkan Pakatan. Sekalipun Anwar dipenjarakan 10 kali lagi. Umno tak mampu pecahkan Pakatan. Tetapi tempelak Guan Eng itu boleh binasakan apa yang Umno tak dapat buat.
Saya ingatkan PAS dan pemimpinnya, jangan balas tempelak itu secara terbuka! Bagi yang rajin datang mesyuarat, bincang ia dalam mesyuarat. Apa pun Guan Eng tentu sudah sedar, yang paling suka dengan teguran terbukanya pada pemimpin PAS ialah Najib dan Dr. Mahathir.
Tentang pemimpin PAS, biarlah PAS menentukannya, bukan oleh orang yang tidak menjadi ahli parti.
hd/ SUBKY LATIF
Lepas Ni jadi alat najib pulak...
BalasPadamApakah nak tunggu PRU baru TGHH nak dtg meeting PAKATAN.
BalasPadamKalau demam alasannya...dan...selalu sakit..dan sekalu tidak dapat menghadirkan diri dlm mesyuarat pakatan...apakah FIT utk dilantik sebagai presiden??,
Memalukan....bila presiden se diri boleh dan sanggup berkata "nak dtg boleh..tak nak dtg pun boleh"
Baguslah kalau pak subky sudah faham dan sedar...tapi apa kata pak subky bila bapak presiden parti pak subky serang presiden parti sahabat beliau sendiri secara terbuka...serangan yang sama seperti UMNO dok menyerang selama ini!!! apa hikmahnya itu???
BalasPadamnk melaung takbir mudah
BalasPadamnk melaung lawan mudah
nk melaung jatuhkan musuh mudah
nk meluang kalimah perjuangan mudah
......
nk mengaku silap itu sukar
nk minta maaf itu lagilah sukar
......
dua kalimah itu amat berat bagi mereka yg berpangkat besar
kerana.....
dua kalimah itu hanyalah ada pada org yg berjiwa besar