Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan
terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.
Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:
“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”
Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap “ketidakadilan” sekitar kesnya.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan
menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap
pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.
Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.
Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.
Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.
Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota
Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran
keputusan mahkamah tidak memihak padanya.
mk
Reformasi tetap diteruskan. Ubah kerajaan bobrok itu dan hantar ke muzium atau padamkan terus dari kenangan sejarah.
BalasPadam