Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 02, 2013

SPR gagal, tak layak terima anugerah

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak layak memperoleh sebarang bonus berikutan kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan bersih dan adil.

Beliau mempersoal rasional bayaran elaun RM200 juta kepada pegawai dan kakitangan SPR yang bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

AZMIN“SPR gagal dalam tugas. Bagaimana mereka boleh menerima anugerah? Ini mengecewakan pembayar cukai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Azmin bagaimanapun mengakui kakitangan kerajaan yang bertugas dan bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.

“Tetapi kebimbangan utama kami ialah pegawai tinggi SPR,” katanya merujuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi badan itu.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pemberian bonus itu adalah penyalahgunaan dana pada PRU lalu.

“Ia jumlah yang terlalu besar (merujuk RM200 juta), apatah lagi RM7 juta dibelanja untuk dakwat kekal,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.
“Kerajaan perlu memberi penjelasan dan butiran perbelanjaan terperinci terhadap dana yang digunakan. Ini perlu kerana ia wang rakyat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis berkata, kerajaan memperuntukkan RM400 juta kepada SPR untuk mengendalikan PRU 13.
Katanya, dari jumlah itu, RM200 juga dibayar sebagai bonus dan elaun kepada mereka yang bertugas pada pilihan raya berkenaan.

Jumlah RM400 juta itu adalah pertambahan 100 peratus berbanding peruntukan pada PRU 2008.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar hairan mengapa kos berkenaan naik sehingga 100 peratus sedangkan pertambahan jumlah pengundi cuma 20 peratus.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...