Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 16, 2013

Pakatan Rakyat sokong Bersih 4.0

KUALA LUMPUR 14 Julai: Pakatan Rakyat amnya menyokong penuh kenyataan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga untuk menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 sekiranya persempadanan semula dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.

BersihNaib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata,  selain isu daftar pemilih, sehingga hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mengakui penipuan dilakukan pada pilihan raya umum lalu, termasuk  isu penggunaan dakwat kekal.

“Jika SPR tidak mengendahkan tuntutan Bersih, nampaknya kita tidak mempunyai pilihan lain selain melancarkan protes besar-besaran di jalan raya,” ujar Ahli Parlimen Batu itu.
Menyokong tindakan sama, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berpendapat himpunan Bersih 4.0 wajar bagi memastikan SPR terus ditekan sehingga daftar pemilih yang kotor dibersihkan.

“Kalau tidak, selepas sepuluh kali pilihan raya pun SPR tetap memberi alasan yang sama apabila ditanya mengenai senarai daftar pemilih yang bercelaru dan meragukan.
“Sebagai pemimpin Pas, saya menyokong penuh Bersih 4.0 bagi memastikan rakyat Malaysia pada masa akan datang menikmati proses demokrasi pilihan raya yang lebih telus, adil dan bersih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dato’ Ngeh Koo Ham yakin DAP akan menyokong himpunan itu bagi menuntut hanya pengundi yang sah didaftar sebagai pengundi.
“Sebab itu DAP juga mendesak senarai daftar pemilih dipulihkan segera untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada pengundi hantu dan haram berada dalam daftar pengundi.

“SPR tidak boleh memberi alasan proses ini sukar dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai banyak agensi dan jabatan yang boleh membantu,” ujar Pengerusi DAP Perak itu.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...