Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 28, 2013

Anwar Ibrahim mengajak semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya Kerajaan Haram Mesir..

PC ANWAR Hari gelap buat Mesir – Anwar

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembunuhan beramai-ramai penyokong pro Morsi dan anggota Ikhwanul Muslimin berdekatan Masjid Rabaa al-Adawiya semalam merupakan hari paling ‘gelap’ di Mesir sejak berlakunya Arab Spring di wilayah itu.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya komplot Pasukan Keselamatan yang diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pimpinan kerajaan sementara yang tidak sah kerana membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa.

“Pembunuhan lebih 100 penyokong pro-Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di sekitar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah menandakan hari paling gelap untuk Mesir sejak berlakunya Arab Spring.
Egypt
Jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di depan Universiti Al-Azhar pagi tadi

“Saya mengutuk pertumpahan darah yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan ini. Panglima tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan sementara yang tidak sah di Mesir bertanggungjawab atas semua ini.

“Saya menyeru semua pihak seluruh dunia mengutuk pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan memanfaatkan kuasa masing-masing untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rangkaian televisyen Al Jazeera melapor 120 mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan berdekat masjid itu.
Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tentera mula menembak sebelum solat Subuh.
“Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran,” katanya.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...