Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 10, 2013

PR persoal kerajaan lantik bekas menteri - DSAI

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - PR mempersoalkan tindakan kerajaan melantik beberapa bekas menteri sebagai penasihat kepada kementerian dan juga diserapkan semula sebagai anggota Kabinet.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu didakwa tidak memperlihatkan kewajaran memandangkan setiap kementerian sudah mempunyai menterinya sendiri.

Menurutnya, ia juga seolah-olah kerajaan tidak mempercayai menteri yang dilantik hingga memerlukan penasihat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tampil menjawab mengapa perlu diadakan penasihat-penasihat ini.

“Berapa puluh sebenarnya bekas menteri yang dilantik? Apakah beban Jabatan Perdana Menteri terlalu tinggi hingga memerlukan penasihat?,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di pejabatnya, di Parlimen, semalam.

Katanya, dengan pelantikan tersebut akan menambah kos kerana jutaan ringgit akan dibelanjakan sebagai gaji seterusnya membebankan rakyat.

“Kami tidak faham. Apakah kepentingan Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan ramai lagi bekas menteri sebagai penasihat ini?

“Kita bimbang, pelantikan apabila bekas menteri selain dalam Kabinet yang begitu berlebih, serta ganjaran sebagai menteri yang diberikan upah begitu besar,” katanya.

Katanya, jika kerajaan melihat menteri sedia ada tidak layak, ia boleh ditukar dan bukannya ditambah beban dengan wujudnya jawatan baru iaitu penasihat.

Sebelum ini Rais yang merupakan Presiden baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mengesahkan menerima pelantikan sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

SinarHarian
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...