Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 07, 2011

Umno Semakin Terdesak Burukkan Pakatan Rakyat - Syed Husin

KUALA LUMPUR: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali menyifatkan Umno semakin  terdesak sehingga sanggup memainkan pelbagai isu untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat.
Menurutnya, ia termasuk serangan terbaru yang dilakukan parti itu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menyokong perjuangan Muhammad Indera menentang British.

“Memang Umno hipokrit selama ini. Sebelum ini dia guna isu agama tak berkesan, kemudian isu kaum. Sekejap berpendirian 1 Malaysia dan kadang-kadang menyokong pendirian Utusan Malaysia (Yang berbaur perkauman),” kata beliau yang juga bekas Timbalan Presiden KEADILAN.

Menurut Syed Husin, ia taktik biasa digunakan Umno untuk menyerang pemimpin Pakatan, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai gelaran negatif,  bertujuan menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu.

“Bukan saja Mat Sabu dikecam malah sebelum ini Anwar juga pernah dituduh agen Yahudi, diperkudakan DAP. Begitu juga dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz yang dituduh melakukan korupsi,”

“Umno dalam keadaan terdesak. Bukan saja parti lawan tapi pemimpin utama parti (mereka) juga mereka mahu jatuhkan. Sebenarnya tiada gunanya menggunakan isu kaum, agama dan pelbagai ideologi ini (untuk kepentingan politik),” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, cubaan Umno memutarbelitkan sejarah perjuangan Mat Indera menentang British, menyerlahkan sikap hipokrit mereka.
Menurut Tian Chua, Umno menonjolkan bahawa hanya parti itu sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan dengan meminggirkan gerakan kiri yang turut sama memainkan peranan penting menentang penjajah.

“Semua pihak termasuk parti-parti kiri telah memberi sumbangan kepada kemerdekaan, bukan umno saja. Ramai lagi yang berperanan dalam membebaskan diri dari penjajah. Umno sudah memutar belitkan sejarah sebab mengikut rentak penjajah,” kata Tian Chua.

Disebalik tuduhan bahawa Pakatan Rakyat menyokong perjuangan komunis, Umno pula menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan parti komunis China di Beijing pada 2010.

Kementerian Dalam Negeri juga pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC) pada tahun 2005. Akhbar tersebut telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di Malaysia.KeadilanDaily

Menyokong Perjuangan DSAI

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...