Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 05, 2011

Kelab Putera Umno Kena Bertanggungjawab..!! - Keluarga terdekat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

SUBANG JAYA 4 SEPTEMBER : Keluarga terdekat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh dalam misi kemanusiaan ke Somalia, mahu Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin dipetik The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata, kematian itu sepatutnya boleh dielakkan dengan adanya kawalan keselamatan yang tinggi ke atas kumpulan misi terbabit.

“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” katanya.

Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata,  selain Kelab Putera 1 Malaysia Bernama TV juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Allahyarham.

Menurut pakar psikologi Mary Francis yang turut sama menyertai misi kemanusiaan itu, beliau turut memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”

Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.

“Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket,” katanya.

Beliau yang juga suri rumah tangga itu berkata, pasukan misi kemanusiaan terbabit juga seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.

“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.

“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau.TVSNEWS


Menyokong Perjuangan DSAI


Iklan Penaja
    

1 ulasan:

  1. Lain kali kepada pejuang2 yg gila nak berjuang... kena pastikan kumpulan yg nak diikut... jangan ikut kumpulan2 laknat yg mempunyai niat yg salah...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...