Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, September 18, 2011

Berita Panas!!!! 24 Jam Selepas Pendedahan, Pengakuan PM Bangladesh Dipadam

KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.

Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini)
Cetakan (print screen) semalam yang kini dipadamkan

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.
Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.KeadilanDaily

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...