Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 27, 2014

Berita Banjir : Berita 10 sekeluarga maut di Guchil, tidak benar - PDRM

drown_M

Mesej berangkai yang mendakwa 10 orang dipercayai sekeluarga maut selepas terperangkap akibat bencana banjir di Guchil, Kuala Krai, disebarkan di aplikasi sosial Whatsapp.

Mesej berkenaan mendakwa semua mayat mangsa ditemui selepas air banjir mula surut pagi tadi.
 

Susulan itu, The Rakyat Post menghubungi nombor yang tertera di mesej berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

Pemilik nombor berkenaan yang dikenali sebagai Anis berkata, menerima mesej tersebut melalui kumpulan dalam Whatssap dan memuat naik mesej itu di dalam akaun Facebook.

Dia yang tinggal di Kuala Lumpur berkata, keluarga di Kuala Krai juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

“Saya dapat mesej melalui rakan pagi tadi dan tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

“Saya ingat berita ini benar kerana dalam mesej tersebut tertulis ianya adalah sumber dari agensi berita tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam mesej itu turut melaporkan 90 orang mati akibat kelaparan dan kesejukan serta pemeriksaan polis menemui mangsa banjir bergelimpangan di kawasan itu.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Polis Diraja Malaysia di Kelantan ketika dihubungi menolak dakwaan yang disebarkan dalam mesej itu.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan kematian yang diterima.

Katanya, dalam masa yang sama pihaknya masih terputus hubungan dengan pasukan PDRM di Kuala Krai akibat bencana banjir yang berlaku.
 
trp

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...