Mesej berangkai yang mendakwa 10 orang
dipercayai sekeluarga maut selepas terperangkap akibat bencana banjir di
Guchil, Kuala Krai, disebarkan di aplikasi sosial Whatsapp.
Mesej berkenaan mendakwa semua mayat mangsa ditemui selepas air banjir mula surut pagi tadi.
Susulan itu, The Rakyat Post menghubungi nombor yang tertera di mesej berkenaan bagi mendapatkan kepastian.
Pemilik nombor berkenaan yang dikenali
sebagai Anis berkata, menerima mesej tersebut melalui kumpulan dalam
Whatssap dan memuat naik mesej itu di dalam akaun Facebook.
Dia yang tinggal di Kuala Lumpur berkata, keluarga di Kuala Krai juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.
“Saya dapat mesej melalui rakan pagi tadi dan tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.
“Saya ingat berita ini benar kerana dalam
mesej tersebut tertulis ianya adalah sumber dari agensi berita
tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam mesej itu turut melaporkan 90 orang
mati akibat kelaparan dan kesejukan serta pemeriksaan polis menemui
mangsa banjir bergelimpangan di kawasan itu.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan
Polis Diraja Malaysia di Kelantan ketika dihubungi menolak dakwaan yang
disebarkan dalam mesej itu.
Menurutnya, setakat ini tiada laporan kematian yang diterima.
Katanya, dalam masa yang sama pihaknya
masih terputus hubungan dengan pasukan PDRM di Kuala Krai akibat bencana
banjir yang berlaku.
trp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...