KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan
mengesyorkan supaya zakat dan waqaf tunai dimanfaatkan sebagai salah
satu mekanisme untuk bantu mangsa banjir. Demikian kenyataan media DPPWP
melalui Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd
Farkhan Md Zain (Gambar kanan)
Cadangan
ini berdasarkan pemerhatian setelah melihat harta benda rakyat,
sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak ketika membantu mangsa banjir
di Kelantan khususnya di kawasan Manek Urai dan Kuala Krai.
Berikut kenyataan penuh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan;
Setelah
beberapa kawasan di Manek Urai dan Kuala Krai semakin surut, kita telah
melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak.
Sudah pasti ia memerlukan sejumlah peruntukan kewangan yang besar untuk
memulihkan segala kerosakan tersebut.
Dewan Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah atas kecekapan dan langkah pro
aktif Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengambil langkah menubuhkan
Jawatankuasa Khas (Task Force) Pasca Banjir dan penubuhan Tabung Amanah
Bencana Banjir Negeri Kelantan yang telah diumumkan baru-baru ini.
Rentetan
itu, DPPWP juga ingin menyarankan kepada seluruh Majlis Agama Islam
Negeri untuk menyelaraskan pandangan yang telah dikemukakan oleh Sahibus
Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Beliau
berpendapat agar peruntukan zakat harus diberikan kepada mangsa-mangsa
banjir berdasarkan kepada kriteria tertentu menurut peruntukan asnaf
al-gharimin.
Pengkategorian al-gharimin dilihat sesuai dengan
keadaan semasa yang dihadapi oleh mangsa banjir yang memerlukan
pemulihan harta benda yang berkemungkinan terpaksa menanggung hutang. Ia
bertepatan dengan maqasid (tujuan) perlaksanaan zakat iaitu menjadi
instrumen jaminan sosial dan kafalah (perlindungan) dalam masyarakat.
Selain
itu, DPPWP juga menyarankan agar Majlis Agama Islam Negeri terutamanya
di negeri Kelantan dapat mengoptimumkan instrumen waqaf tunai bagi
membangun semula dan memulih institusi-institusi sosial seperti masjid,
surau, sekolah, jalan raya dan dewan. Ia dapat meluaskan keberkesanan
peranan institusi waqaf menerusi sumbangan jariah bersama daripada orang
ramai.
Tidak terhad kepada itu, syarikat-syarikat korporat
juga boleh menyalurkan sumbangan menerusi waqaf tunai dan seterusnya
membina hubungan strategik dengan kerajaan negeri terutamanya di negeri
Kelantan. Malah, ia boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan dan
kelebihan-kelebihan yang lain.
Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) juga
turut diseru untuk memanfaatkan dana waqaf sedia ada untuk diagihkan
mengikut lima sektor yang telah ditetapkan iaitu waqaf keagamaan, waqaf
pendidikan, waqaf kesihatan, waqaf perlindungan dan waqaf penjagaan
makanan.
DPPWP optimis kedua-dua instrumen kewangan ini mampu
meringankan tanggungjawab kewangan kerajaan negeri bagi mengurus semula
kehidupan rakyat pasca banjir. Ia bertepatan dengan maksud Sabda
Rasulullah SAW,
"Perumpamaan bagi seorang mukmin dari sudut
kasih, sayang dan lemah lembutnya mereka sesama mereka ialah seperti
satu jasad, apabila mengadu salah satu anggota dengan satu kesakitan
maka seluruh anggota badannya akan berjaga dan menanggung penderitaan
tersebut" (Bukhari: 6011, Muslim: 2586).
hd
Senarai Blog...Geng
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...2 jam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...7 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Disember 30, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...