Oleh Ng Kee Seng
Ahli PAS Kumutha Raman, seorang peguam bukan Muslim, ternyata seorang
wanita yang berpandang ke hadapan dalam menyuarakan sokongan terhadap
pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Wanita berusia 35 tahun itu mengambil pendirian berani untuk menunjukkan
bagaimana rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan tidak perkauman
patut menegakkan hak dan kebebasan agama di negara ini.
Bolehkah seseorang itu bercakap tentang hak dan kebebasan agama dengan
menafikan hak Muslim untuk melaksanakan undang-undang Islam?
Adakah mereka yang mengatakan hudud tiada tempat di Malaysia cuba
menggambarkan yang cara BN mengendalikan dan menguruskan agama adalah
lebih baik berbanding hudud?
Jelas, masalahnya bukan hudud atau pun Islam. Masalahnya adalah
kesilapan dalam pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang itu.
Adakah cara BN mengendalikan isu ‘kalimah Allah’ berbeza dengan hudud?
Adakah cara penguasa agama BN menakut-nakutkan orang bukan Muslim lebih
baik daripada hudud?
Ia adalah masalah pentadbiran, bukan? Bukannya masalah dengan mana-mana
agama.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Kumutha tidak sedikit pun takut
dengan tindakan parti Islam itu untuk melaksanakan undang-undang Hudud
di Kelantan, walaupun ditentang rakan dalam Pakatan Rakyat.
Kini berlakunya perang mulut antara PAS dan DAP, dan amaran daripada PKR
terhadap inisiatif terbaru parti itu berhubung Hudud, namun Kumutha
berkata beliau menyokong usaha itu sepenuhnya.
Kumutha mula menjadi tajuk berita pada tahun 2008, apabila beliau
menjadi wanita bukan Islam pertama sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya
Umum ke-12.
Beliau menyatakan keyakinanya bahawa Undang-undang Jenayah Syariah,
apabila dilaksanakan nanti, akan menurunkan kadar jenayah di negeri
Pantai Timur itu. (Tentulah ia boleh dibahaskan, tetapi itu isu lain).
“Ia hanya untuk Muslim. Saya melihatnya daripada sudut perundangan.
(Kata kuncinya adalah “hanya untuk Muslim”.)
“Bagi saya, hudud akan mampu mengurangkan kadar jenayah di Kelantan.
Di
samping itu, banyak syarat yang perlu dipatuhi bagi melaksanakannya,”
kata Kumutha seperti dipetik TMI.
Antara jenayah yang menjadi tumpuan dalam undang-undang itu adalah zina,
penggunaan minuman keras dan fitnah tuduhan zina.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru
ini berkata, beliau yakin yang perancangan negeri untuk melaksanakan
hudud akan berhasil tidak lama lagi.
Pengkritik paling lantang PAS dalam Pakatan Rakyat adalah DAP, dan
pemimpin veterannya Lim Kit Siang berkata, ketegasan PAS berhubung isu
ini boleh menyebabkan keruntuhan pakatan pembangkang itu.
Mengapa Lim masih gagal berfikir di luar kotak? Adakah beliau menafikan
keinginan orang Islam? Majoriti penduduk Kelantan adalah Muslim, bukan?
Adakah Lim dan DAP tidak yakin untuk memastikan kerajaan Pakatan mampu
menjalankan undang-undang hudud hanya kepada Muslim? Kalau begitu,
apakah beza antara BN dan Pakatan?
Tanpa memberikan sebarang sebab khusus, Khumuta bertegas bahawa PAS dan
DAP tidak akan hilang sokongan dengan pelaksanaannya.
“Tidak, saya tidak percaya sokongan akan kurang. Malah, saya yakin lebih
ramai orang bukan Islam akan melihat kesan positifnya, seterusnya
menyokong hudud,” katanya.
Beliau yang juga seorang penasihat undang-undang sebuah syarikat di
Johor Bahru berkata, beliau mendapat keyakinan itu selepas pergi sendiri
ke Kelantan untuk berjumpa orang bukan islam yang tinggal di sana.
“Mereka gembira dengan (bekas Menteri Besar) Tok Guru Nik Aziz dan
caranya mentadbir negeri.
"Mereka berkata, kerajaan negeri tidak campur tangan dengan urusan agama
mereka dan sangat toleran,” katanya lagi.
“Inilah PAS yang sebenarnya. Bagi orang bukan Islam seperti saya,
sepatutnya sukar untuk bersuara dan didengari di kalangan orang Islam di
dalam parti.”
Ketika beliau menyertai PAS pada tahun 2008, ramai rakannya yang
terkejut dengan keputusan itu. Namun tidak bapanya.
Beliau berkata, bapanya adalah sebab utama keputusannya itu.
Bapanya
juga memberikan sokongan dan galakan ketika beliau menjadi calon PAS
dalam PRU pada tahun itu.
“Saya membesar dalam suasana yang warak. Kami adalah penganut Hindu yang
taat, dan ayah saya mendidik tentang kepentingan agama. Ketika saya
memutuskan untuk sertai politik, tentulah saya tertarik dengan parti
yang berasaskan agama,” katanya.
“Ayah saya juga sangat cenderung kepada politik, dan terlibat dengan
parti pembangkang suatu ketika dahulu.”
Graduan Northumbria University, United Kingdom itu berkata lagi, beliau
melihat perlembagaan PAS dan mendapati ada ruang untuk orang bukan
Muslim dalam parti itu.
“Saya juga dapati parti itu mematuhi semua prinsip Perlembagaan
Persekutuan. Saya berpuas hati dengan apa yang saya temui tentang PAS.”
Beliau kemudian menyertai Kelab Penyokong PAS, sayap parti khas untuk
penyokong bukan Islam.
Menurut PAS, parti itu kini memiliki 40,000 ahli berdaftar seluruh
negara.
Kumutha dicalonkan PAS pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Tiram di Johor,
namun terpaksa bertanding di atas tiket PKR.
PAS kemudian meminda perlembagaannya bagi membolehkan ahli bukan Islam
bertanding secara langsung di bawah bendera parti itu. Beliau sekali
lagi bertanding pada PRU ke-13.
“Sangat sukar bagi saya sebagai wanita dan menggunakan bendera PAS.
Namun, ia pengalaman yang sangat hebat. Seseorang perlu berani dan kuat
untuk menempuhinya.”
Beliau menyatakan bahawa pemimpin dan ahli PAS sangat menyokong sayap
bukan Muslim parti itu, dan sentiasa mendengar keluhan dan cadangan
mereka berhubung pembaikan parti.
“Pada Muktamar PAS September lalu, saya bercakap tentang kepentingan
sekolah vernakular kepada masyarakat Cina dan India, serta peluang sama
rata kepada orang bukan Islam dalam sektor awam.
“Ucapan saya diterima baik, dan parti sering menyokong idea saya.
“Tidak seperti tanggapan ramai, PAS benar-benar terbuka dengan pandangan
dan pendapat orang lain,” tambahnya.
Sangat ironi apabila majoriti orang bukan Islam menuntut hak dan
kebebasan agama, namun pada masa sama anti-hudud.
Adakah mereka fikir pentaksub agama dalam Umno-BN adalah lebih baik?
Masalahnya adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh berfikir di
luar kotak dan bersangka baik kepada PAS, bahawa hudud hanya akan
dilaksanakan kepada orang Islam. Tentulah, PAS juga memiliki golongan
taksub yang memberikan imej pelampau kepada parti Islam itu.
Namun, bukankah Umno BN juga pelampau kaum dan agama?
wargamarhaen.blogspot.com
Senarai Blog...Geng
-
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas - HarapandailyTimbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi inf...2 jam yang lalu
-
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...7 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...5 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, Disember 24, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah pd Cik Kumutha dan En Ng Kee Seng dan berbanyak terima kasib. Saya sangat tertarik dgn kemurnian berfikir yg saya kira mencerminkan satu keikhlasan. Memang benar ramai bukan Islam menuntut hak beragama, namun dimasa yg sama mahu menafikan hak orang Islam untuk menganut Islam secara yg diwajibkan. Senario itu memang memenuhi agenda pentaksub kaum UMNO/BN, yg masih dianuti olih pemimpin2 DAP mungkin dibawah sedar. Sila ambil perhatian LGE, LKS dan Gobind. Pada zahirnya mereka2 ini seakan akan berpatah arang dgn gerombolan perompak2 dan lanun2 negara namun dikala yg sama merekalah semacam penganut tegar Islamphobia. Alangkah besar peranan yg perlu digalas oleh Cik Kumutha dan En Ng, semuga berjaya.
BalasPadam