Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 11, 2014

[ MB Selangor ] 50% kelas pertengahan disasar pendapatan RM4,000 sebulan

SHAH ALAM, 9 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembangunan di Selangor adalah sesuatu yang digalakkan, namun mengingatkan ia mestilah tidak menindas rakyat di negeri itu.
Beliau berkata pembangunan di sesebuah negeri tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita rakyat tidak dinaikkan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga.

MBKatanya terdapat jurang yang sangat besar berhubung pendapatan per kapita keluarga di negeri ini di mana hampir 70 peratus daripada mereka memiliki pendapatan kurang RM4,000 sebulan.

“Kita juga mesti rancang supaya pendapatan isi rumah dapat dinaikkan supaya tiada keluarga yang mempunyai pendpatan terlalu rendah.

“Kalau Selangor nak maju, maka pendapatan rakyat juga mesti ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai harta pembangunan di negeri ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata Selangor akan diangkat menjadi negeri perbandaran pada tahun 2035 dan bakal menyaksikan lebih 60 peratus penduduk tertumpu di kawasan bandar.

Beliau berkata perbandaran adalah fenomena atau keadaan biasa dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara yang membabitkan banyak aspek antaranya infrastruktur dan prasarana.
“Sasaran kita adalah untuk membangunkan negeri Selangor dan mengurangkan jurang pendapatan keluarga supaya pendapatan mereka lebih tinggi.

“Kita sasarkan lebih 50 peratus keluarga golongan pertengahan akan memperolehi pendapatan melebihi RM4,000 sebulan sebagai usaha memperhebatkan pembangunan,” katanya lagi.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...