Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 24, 2014

Anwar Ibrahim Bantah [ Pusat Judi ] Kasino Kedua di Malaysia..


PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?”

“Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni,” katanya dalam sidang media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut

Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.

Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.
“Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.

“Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri,” ujarnya.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...