Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 02, 2014

[ PANAS!! ] NEGERI KEDAH DILANDA BENCANA TERUK...APA SUDAH JADI???


Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lepas.
  
Tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.
  
Seorang peniaga kuih, Mah Toh Hamid, 70, berkata kenaikan harga dua barangan penting itu membebankan pengguna terutama peniaga makanan sedangkan harga dua
barangan itu bersubsidi dan tidak sepatutnya meningkat.
  
Katanya kenaikan harga tepung dan minyak itu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian selain tidak boleh menaikkan harga kuih-muih sewenang-wenangnya.
  
"Kami berniaga kecil-kecilan saja... untung pun sedikit sahaja. Kalau dulu minyak dan tepung harga murah kita dapat buat kuih pada harga yang murah kepada pelanggan," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar semalam.

Idrus Mohd Lazim, 45, yang juga pengusaha makanan berkata dia terpaksa membeli juga dua barangan itu untuk menjalankan perniagaan walaupun pada harga yang agak mahal.
  
"Mahu tak mahu kita kena beli sebab nak berniaga. Kalau tak beli kita terpaksa gulung tikar dan macam mana kita nak dapatkan sumber pendapatan untuk keluarga.
 
"Saya terpaksa guna minyak pada kuantiti yang banyak iaitu lebih 10 kilogram sehari. Banyak kedai minyak habis dan macam mana saya nak menjalankan perniagaan kalau situasi ini berterusan," katanya.

Bagi peruncit, Azizah Said, 53, kekurangan minyak di kedai runcitnya disebabkan tidak menerima bekalan minyak sejak beberapa hari lepas kerana pihak pemborong kehabisan bekalan.

Katanya ini menyebabkan dia terpaksa mengehadkan penjualan minyak yang sedia ada di kedainya kepada pengguna bagi membolehkan orang lain turut sama membeli
barangan tersebut.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail berkata pihak bertanggungjawab perlu menyiasat segera kenaikan harga serta kekurangan barangan tersebut agar tidak berterusan.
  
Beliau mendakwa berlaku kebocoran dalam kalangan pemborong kerana pemborong mempunyai bekalan minyak dan tepung yang mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit.
  
"Masalah bekalan tidak cukup apabila menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan senario ini akan berulang setiap tahun," katanya.


mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...