SHAH ALAM, 9 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata pembangunan di Selangor adalah sesuatu yang digalakkan, namun
mengingatkan ia mestilah tidak menindas rakyat di negeri itu.
Beliau berkata pembangunan di sesebuah negeri tidak akan berjaya
sekiranya pendapatan per kapita rakyat tidak dinaikkan
sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga.
Katanya
terdapat jurang yang sangat besar berhubung pendapatan per kapita
keluarga di negeri ini di mana hampir 70 peratus daripada mereka
memiliki pendapatan kurang RM4,000 sebulan.
“Kita juga mesti rancang supaya pendapatan isi rumah dapat dinaikkan
supaya tiada keluarga yang mempunyai pendpatan terlalu rendah.
“Kalau Selangor nak maju, maka pendapatan rakyat juga mesti
ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai harta pembangunan di negeri
ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015
di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata Selangor akan diangkat menjadi negeri
perbandaran pada tahun 2035 dan bakal menyaksikan lebih 60 peratus
penduduk tertumpu di kawasan bandar.
Beliau berkata perbandaran adalah fenomena atau keadaan biasa dalam
pembangunan sesebuah negeri dan negara yang membabitkan banyak aspek
antaranya infrastruktur dan prasarana.
“Sasaran kita adalah untuk membangunkan negeri Selangor dan
mengurangkan jurang pendapatan keluarga supaya pendapatan mereka lebih
tinggi.
“Kita sasarkan lebih 50 peratus keluarga golongan pertengahan akan
memperolehi pendapatan melebihi RM4,000 sebulan sebagai usaha
memperhebatkan pembangunan,” katanya lagi.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...