KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah
bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui
desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan
Pas.
PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.
“Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain
daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia
bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.
“Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di
Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi
kepercayaan memerintah. Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon
berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan
BN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan
Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu,
Kuala Ibai, di sini.
Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.
Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti
Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti
tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal
itu.
Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.
Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan
dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih
dikaitkan dengan parti itu.
“Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang,” katanya.
sh
Jangan buat lawaklah. Haji Hadi boleh perintah Terengganu sepenggal saje. Nampak sangat buruk perangai korang. Sendiri cari pasal, sendiri buat hal nak salahkan orang!!!
BalasPadamDah gerun ke pkr?
PadamMana ader, ulamak kami maksum dan kami perlu wala atas segala keputusannya. Jangan nak tuduh kami kaki u-turn, tikam belakang dan kenyit mata dengan ameno. itu fitnah
BalasPadamudah ler tu. jgn menipu.
BalasPadampru lepas dlm tahaluf siyasai pun korg letak calon kat kerusi2 pkr. tak khianat namanye?
org munafiq takkan ngaku munafiq. dgr2 nak turut serta demo baju merah sbb nak satukan melayu?
korg bacalah hadis Nabi saw tentang asobiyah...
Dap yg kafir harbi lg assobiyah tu lah yg PAN dok dokongi bila tewas di muktamar!
Padam