Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International
Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah
Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ).
Memetik
pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu
melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh
pegawai-pegawai di Abu Dhabi.
WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.
Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.
Dengan
dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang
antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.
mk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...