Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 05, 2012

Nurul Izzah bahas usul tergempar penjualan dokumen rahsia negara berkaitan Scorpene

KUALA LUMPUR 4 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dijangka membahaskan usul tergempar berhubung penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis pada sidang Parlimen Jun ini.

Permohonan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) itu akan diserahkan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam masa terdekat.

“Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang seperti yang didakwa Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di Bangkok pada 30 Mei lalu yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah berkata, rakyat juga berhak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan segera berhubung perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan negara.

“Jika (dakwaan) benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara kerana maklumat rahsia pertahanan yang lain mungkin (turut) dijual kepada agen asing.
“Jika tiada respon segera, rakyat harus sedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi.

Peguam Perancis, Joseph Breham sebelum ini mendakwa syarikat pertahanan Perancis, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli.

Abdul Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda adalah pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Pada 3 Jun lalu, Suaram mendesak kerajaan menjelaskan peranan Terasasi berhubung dakwaan menjual rahsia negara ini dan menuntut siasatan penuh dibuat, juga terhadap pegawai tinggi Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Malaysia.

Penasihat Suaram, Kua Kia Soong dipetik berkata, ia adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Rahsia Rasmi dan boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Sidang Parlimen kali ini dijadual bermula pada 11 Jun ini./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...