KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi
diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni
Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73
peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan
kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era
Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.
Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi
(waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman
Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan
atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa
tentera.
Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja
pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka
sebagai pemenang.
Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi
ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung
proses pengundian dan kiraan kertas undi.
Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.
Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini.
Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya
Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90
minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu
Malaysia).
Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.
Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong
Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.
Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.
Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa
keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus
mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun
lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan
kepimpinan Hosni.
Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu
selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu
selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa
kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak
mereka.
Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka./SinarHarian
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Salam perjuangan.
BalasPadamTuan, mohon bertukar pautan.
Blog tuan telah saya pautkan di blog http://rojakpasembor.blogspot.com/.
Terima kasih atas kesudian.