Wahai!!!! Rakyat, Tukar Kerajaan Untuk Memerangi Rasuah!!!
Berpunca daripada pemimpin atasan
SHAH ALAM – Pas berpendapat satu-satunya cara untuk memerangi rasuah di negara ini dengan berkesan adalah menukar kerajaan sedia ada kerana gejala ini bermula dari peringkat atas kepimpinan negara.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelbagai cara telah digunakan, seperti membelanjakan wang yang banyak serta masa yang panjang untuk membanteras rasuah, tetapi ia masih tidak mencukupi.
Menurutnya, seperti dalam banyak kajian sebelum ini, pakar-pakar merumuskan bahawa 45 peratus punca rasuah adalah daripada kepimpinan teratas, 35 peratus daripada sistem yang digunakan dan 25 peratus daripada orang ramai.
“(Adalah jelas) faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan.
“Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan,” katanya.
Nizar menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi walaupun kerap disorak oleh hadirin yang tidak setuju hampir setiap kali beliau kaitkan politik dengan rasuah, tetapi ada kalanya beliau menerima tepukan dan suara-suara tanda sokong apabila beliau memberi contoh beberapa kes di beberapa tempat di negara ini yang beliau anggap sebagai rasuah.
Bekas Menteri Besar Perak itu juga bertegas jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya dipilih Parlimen, bukannya Perdana Menteri dan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.
Katanya, jika jawatan ini dipilih oleh Parlimen, maka profil individu bakal menjawat jawatan tersebut boleh diperiksa sepenuhnya untuk memastikan badan ini benar-benar bebas dan memuaskan hati semua pihak.
“Selepas Parlimen membuat keputusan memilih individu yang paling layak, barulah nama itu dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, tetapi hari ini tidak begitu.
“Saya pernah duduk di dalam Majlis Raja-Raja. Mereka cuma perkenankan tanpa bertanya kenapa memilih individu tersebut,” katanya.
Menurutnya, semua jawatan penting seperti Ketua Polis Negara, Ketua Peguam Negara dan kesemua jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan perlu melalui cara ini.
Nizar, yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, turut memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku di negara-negara Arab di mana rakyat bangkit menentang kerajaan yang penuh dengan rasuah.
“Apabila rakyat bangun menentang seperti yang berlaku di Timur Tengah, jangan pula kerajaan menyalahkan Pakatan Rakyat (PR). Jadi kita perlu ubah dari atas,” katanya.SinarHarian
Komen : Tahniah!!! YB Nizar.... Setuju 100% untuk menhapuskan rasuah di malaysia...umno mesti di hapuskan di bumi malaysia ini.....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...