Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.
Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.
"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu?
"Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.
"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.
Terdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.
"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.
Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan.
Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.
Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.
Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini.MalaysiaKini
Komen Seorang Hamba Allah :
Untuk rakyat Sarawak tidak mengira keturunan dan agama. jangan biarkan pihak BN dan Snap(bersenongkol) terus berkuasa di Negeri Sarawak yang hasil buminya amat kaya dan melimpah ruah,, hentikan pembohongan BN/Snap yang kata DSAI mereka sudah bekerjasama.. Berpuluh tahun Taib Mahmud menghimpun harta peribumi rakyat Sarawak. Harta taib mahmud adalah hak rakyat Sarawak.. rakyat sarawak terusdihimpit kemiskina dan dan kesusahan.. Bangun bangun bangun dan Barisan Nasional tyermasuk Snap mesti dan jangan dibenarkan untuk Menang di sarawak.. kalau asda lambang Dacing dari Pati komponan BN dan sekutunya,,, katakan pada saudara mara lambang itu hanya pembohong dann menipu rakyat,,, UMNO DULU KINI DAN SAMPAILAH AJALNYA.. hidup Dato' Seri Anwar dan PAKATAN RAKYAT. LAWAN TETAP LAWAN... lawan tetap lawan... LAWAN TETAP LAWAN.... lawan tetap lawan.... agi idup agi ngelaban.. MAJI SARAWAK, RAKYAT TERJAMIN DAN HARMONI DIKALANGHAN KAUM DIBAWAH PEMERINTAHAN RAKYAT,,, WAJIB HANCURKAN UMNO/BN DAN SEKUTUNYA....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...