KUCHING: Realiti sebenar negeri Sarawak tidak boleh dinilai melalui paparan imej di kaca televisyen dan ruang iklan pelancongan semata-mata. Tetapi keadaan sebenar diketahui hanya melalui pengalaman dengan turun sendiri ke kawasan pedalaman untuk merasai keperitan hidup di negeri ‘terkaya’ di Malaysia ini.
Konvoi lawatan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah di beberapa buah kampung di daerah sekitar Kuching membuktikan permasalahan rakyat Sarawak tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat.
Justeru, perubahan paling mendesak bagi rakyat Sarawak adalah melalui pertukaran pucuk pentadbiran negeri pada pilihan raya negeri kali ini.
Sambutan hangat masyarakat setempat dalam siri program Anwar memberi harapan baru untuk menyinari bumi Kenyalang yang telah puluhan tahun gelap sejarahnya setlah musnah dijarah kroni Taib-Barisan Nasional.
“Tidak kira sama ada orang Islam atau Kristian, tidak kira sama ada masuk universiti atau tidak, saya yakin orang Sarawak punya hati dan perasaan. Barisan Nasional jangan anggap orang kampung boleh diperbodohkan selamanya,” kata Anwar pada program ceramah di Kampung Stass, dekat Tasik Biru.
Lebih 300 penduduk tempatan yang terdiri dari masyarakat berketurunan Bidayuh hadir memberikan sokongan. Turut hadir ialah Naib Presiden Keadilan berketurunan Bidayuh, Datuk John Tenewi dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Sebaik tamat program, konvoi bergegas ke Kampung Rayang di Serian. Kira-kira 200 penduduk setia berhimpun untuk mendengar amanat sekali pun polis melakukan tinjauan. Trak dan uniform polis tidak dapat menggugat keberanian mereka.
“Rakyat Sarawak kena berhati-hati dalam pilihanraya kali ini. Perintah (Kerajaan) BN Sarawak akan guna taktik pecah belah. Mereka akan taja calon bebas dan parti-parti lain.
“Kita lihat sekarang ini parti yang dahulunya miskin, tiba-tiba kaya. Dari mana dia dapat wang? Sudah tentu ada yang beri untuk pecahkan undi Pakatan Rakyat.
“Orang Sarawak mesti ingat, yang berlawan dalam pilihan raya ini ialah Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional,” kata Anwar dalam ceramah di Kampung Rayang.
Program berakhir di Kampung Seria, Jalan Tebedu, kira-kira 10 kilometer daripada sempadan Indonesia.
Disini, penduduk yang ditemui optimis dengan perubahan.
“Harapan bagi hanyalah satu, mahu kerajaan ini negeri ditukar.
“Permasalahan di Sarawak ini terlalu banyak. Pembalakan haram, curi tanah, hasil bumi yang dibolot kelompok tertentu, sampaikan pemilihan Jawatankuasa Kampung pun dibolot kroni,” kata Nazaruddin seorang penduduk kampung yang bekerja sebagai pekebun sawit.
Justeru, beliau bertekad untuk mengajak ahli keluarga dan penduduk di kampungnya untuk mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri kali ini.
“Sudah 30 tahun Taib Mahmud perintah. Kita sudah bosan, mahu tukar orang baru,” tambahnya.KeadilanDaily
Senarai Blog...Geng
-
‘Duit tunai dalam beg galas’ - RM300k dikait menteri kewangan Sabah - MalaysiakiniPemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah telah mendedahkan tangkap layar WhatsApp dan butiran mengenai transaksi melibatkan RM300,000 yang d...39 minit yang lalu
-
-
SOLIDARITI PAS, UMNO BAKAL GEGAR PUTRAJAYA - Syabas dan tahniah kepada Pas kerana membuat keputusan yang tepat dan sangat betul untuk bersolidariti bersama Najib Razak pada 6 Januari 2025 akan datan...4 jam yang lalu
-
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga Serbuan Di Johor Dan Selangor - *TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga ...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...Seminggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, April 02, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...