Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 29, 2016

YB Khalid Jawab PAS : Tidak timbul istilah Amanah mahu 'mencuri' kerusi PKR

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, jumlah 40 kerusi yang mahu dipertandiingkan berdasarkan kekuatan yang ada pada parti itu, antara sebab ia perlu dibincangkan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 Beliau berkata tidak timbul soal mencuri kerusi PKR sebagaimana dakwaan Naib Presiden Pas Iskandar Abdul Samad.
"Jumlah 40 kerusi itu adalah berdasarkan kekuatan yang ada pada Amanah sebagai parti baharu yang tidak mempunyai kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya sebelum ini.
"Itulah sebabnya ianya perlu dibincang bersama dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM.
"Ia juga mengambil kira strategi yang dicadangkan di mana setiap parti ditentukan Negeri untuk dipimpinnya. Ini mungkin akan menyebabkan sedikit pengubahsuaian agihan kerusi antara parti termasuk PPBM.
"Oleh kerana ianya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat, maka istilah 'mencuri' tidak sesuai," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Iskandar dalam kenyataan semalam menyebut Amanah seharusnya menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi PKR.
Sambung Khalid lagi, istilah 'mencurl' adalah sesuai untuk kisah seperti di Kota Damansara pada PRU13 lalu.
"Pada masa itu Pas melanggar keputusan yang dibuat bersama dan mencuri kerusi PKR. Amanah tidak akan berkelakuan begitu," bidasnya.
Justeru Ahli Parlimen Shah Alam ini berkata Pas tidak perlu risau mengenai Amanah jika berbalah dengan PKR berhubung pembahagian kerusi.
"Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa berbincang untuk mencapai persetujuan tanpa perbalahan.
"Namun demikian teguran dari YB Iskandar diterima oleh kami dengan hati terbuka. InsyaAllah hubungan kami dalam Pakatan Harapan dan Bersatu tidak akan terjejas atas sebab kerusi.
"Kami mengutamakan matlamat mengalahkan BN dan oleh itu usaha mengukuhkan Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa diutamakan berbanding isu kerusi," ujarnya.
Semalam dalam satu kenyataan Khalid dipetik berkata Amanah akan bertanding 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU akan datang.
Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Katanya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM. Apa yang penting senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13).
“Kita tidak boleh jadikan 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada PPBM," ujar Khalid.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

11 ulasan:

  1. Pas dah jadi biol...mana ada kerusi yg tertulis nama pas,jangan bertanding..."ini milik pas".kahkahkahkah....Malaysia mengamalkan sistem demokrasi,1 kerusi pun seratus parti blh lawan bertanding... Siapa memang dia lah yg punya kerusi,Inilah akibatnya apabila golongan tongong memimpin parti pas....kahkahkahjahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elehhh...mksud curi di sini ialah PANtat bertanding dan pas step down.
      Bertanding jer lah...tak payah berkias2.
      Bgmana dgn pgayR yg cdg agar PANtat join mrk tetapi bagi parti mamak peluang kerusi???
      Adakah PANtat hanya anjeng dlm pakatan haprak???Klu benar..PANtat cuma parti cebisan yg melukut di tepi gantang.
      Hamba abdi selama2nya...
      kahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Padam
    2. Astagfirullah hal azim..inikah akhlak pas????.bila nk berenti melucah?bagaimana kalau Allah tarik nyawamu dlm keadaan kamu sedang melucah???!

      Padam
  2. Xyah la layan pas.buang masa je.yg pkr dok lembik sgt dgn pas selangor tu apahal.kasi kata 2... Nk bersama ph atau x, kalau masih degil terus singkirkan dr krjn selangor....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PgayR layan pas baik bukannya apa...takut nyawa mrk hilang di slgor.Klu berdasarkan kerusi..pgayR nyawa2 ikan jer.
      Sebab itulah mrk kuat nak tarik PANtat dlm pgayR krn takut kerusi mrk makin hilang.Hilang kerusi...hilang kuasa dan peluang berniaga.Yg pelik mrk bercdg nak serah kerusi mrk kpd seteru utama waris gay tua iaitu waris mamak kerala.Pelik kan!??
      Apa2 pon aku tetap kesian dgn PANtat....mgkin sampai kiamat tak akan ada sekor pon pemimpin mrk jd km atau mb.Apatah lagi jd pm...
      kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      X-Reformis 98

      Padam
    2. Lg kesian dgn PAS parti melukut. Hidup di Selangor atas ehsan PH. Sanggup melutut pd kafir DAP dan liberal PKR. Umno pun tk hingin nk bergabung dgn parti lebai jual agama.

      KAH KAH KAH

      Padam
    3. Mengucap lah walaun pas...risau nt tgh sedap mencarut nt tersedak meninggal nt meninggal dlm keadaan mencarut.. Nauzubillah..

      Padam
  3. Memang Kolik Samak ni tak reti maksud mencuri, baiah pun dia boleh langgar macam tu je.

    Tidur asing-asing ke dengan isteri tercinta?

    Kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS parti gadai bini yg telah dilaknati Allah kerana peralatkan Islam.

      Padam
    2. Baiah konon lakonan pas....balak pun pas samun lagi mau cakap pasal baiah.puihhhhhhh

      Padam
  4. Mana ada kenyataan nk berpakat dgn pas kelantan...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...